Teringat zaman sekolah dulu masa tingkatan 3 mula lah kulit muka jadi terlampau berminyak, jerawat besar-besar dan kemerahan. Orang dulu kata jangan kira jerawat di bahagian muka nanti jadi lagi banyak, betul ke?
Ticer dulu percaya betul teori kira jerawat itu sebab jerawat jadi makin banyak. Bila dah meningkat dewasa baru lah faham sejarah kemunculan jerawat ini. Rupa-rupanya kemunculan jerawat ini disebabkan oleh:
- Perubahan hormon dalam badan
- Faktor persekitaran yang berhabuk dan kotor
- Salah guna skincare
- Sedang hadapi stress
Kita ambil point ketiga ya, faktor persekitaran itu sebenarnyan beri jesan pada jerawat malahan boleh mengakibatkan kemunculan jeragat juga. Sebenarnya yang paling utama ialah kesedaran tentang ilmu kesihatan dan kecantikan itu kurang.
Cantik dalaman cantik luaran
Zaman remaja waktu itu memang ticer akui kurang kesedaran tentang ilmu kesihatan dan kecantikan, tidak jaga kesihatan dalaman dari segi pemakanan dan tidak jaga kesihatan luaran juga terutama di bahagian muka.
Bila jerawat dah keluar tangan pun apa lagi, syok sahaja menggaru muka dan usik di bahagian jerawat sedangkan dibahagian tangan ada banyak kuman. Sebab tu jerawat senang membiak di bahagian muka. Bila dah usik jerawat itu maka dapat lah parut jerawat sebagai hadiah.
Kebanyakan jerawat akan meninggalkan kesan parut jerawat berlubang atau berlekuk atau nama cantik sikit orang panggil “kawah bulan”. Hehe
Bila dah ada parut jerawat hati pun jadi lagi susah hati, macam-macam skincare dah guna untuk merawat parut jerawat berlubang ini. Sebenarnya ada banyak cara merawat parut jerawat berlubang dengan berkesan, antaranya :
- Microneedling
- Rawatan laser
- Pengambilan vitamin untuk kulit
Ahad lepas ticer singgah ke MBH Skin Expert, Nilai untuk rawatan parut jerawat. Ini merupakan pengalaman pertama ticer pergi buat rawatan kulit muka, kalau sebelum ini hanya pergi facial biasa di spa.
Sebelum mula sesi rawatan, ticer di bawa ke sesi consultation untuk kenal pasti jenis dan masalah kulit wajah, kenal pasti rawatan yang sesuai untuk merawat parut jerawat berlubang dan yang paling best bila dapat banyak informasi dan tips kecantikan untuk kulit ticer. Alhamdulillah
Skin analisis sebelum mula rawatan
Sebelum ni ticer assume kulit ticer jenis berminyak dan sensitif sebab kebanyakan masa kulit muka ticer memang banyak minyak dikawasan hidung dan dahi. Jenis kulit berminyak la kan sepatutnya? Masa sesi consultation haritu baru ticer sedar diri sebenarnya jenis kulit kombinasi bukan berminyak. Kak Yana yang merupakan consultant dari MBH Skin Expert, Nilai buat sesi imbasan kulit ticer habis semua rahsia terbongkar.
Jadi barulah ticer kenal jenis dan masalah kulit yang ticer hadapi. Ehhh bukan parut jerawat berlubang sahaja rupanya, ada lain-lain “come with package” antaranya :
- Jeragat dah mula kelihatan
- Ada bahagian muka yang kering
- Ada bahagian muka yang berminyak
- Kulit agak kusam
- Liang pori terbuka
- Tona kulit tidak sekata
- Parut jerawat (of coz)
Dari imbasan kulit ni barulah tahu jenis rawatan yang sesuai. Alhamdulillah untuk masalah utama kulit ticer sesuai dengan rawatan SGF (Skin Growth Factor). Korang pernah dengar pasal rawatan SGF sebelum ni?
Rawatan SGF (Skin Growth Factor) merawat masalah kulit:
- Parut jerawat
- Parut berlubang
- Bintik hitam
- Kulit kusam
- Kulit yang agak nipis serta kekurangan kolagen
- Liang-liang pori yang agak besar dan terbuka
Semua itu ada pada kulit ticer. Kan tadi dah bagitahu “come with package”, semua list itu ticer bolot. Haha. Jom lah kita sambung buat rawatan, moga esok bangun pagi terus jadi cantik. I wish
Untuk kawan-kawan di kawasan Nilai boleh dapatkan rawatan SGF ini di MBH Skin Expert, Nilai berdekatan Lotus Nilai. Yang bestnya korang yang di luar Nilai pun masih boleh dapatkan rawatan SGF ni di mana-mana cawangan MBH Medispa berdekatan. Mereka ada 20 cawangan seluruh malaysia.
Rawatan SGF (Skin Growth Factor) ini menggunakan microneedling-pen dan Epidermal Skin Growth Factor Essence sebagai ubat kebas. Korang jangan risau takut sakit ke apa sebab procedure mereka akan bagi ubat kebas di bahagian muka sebelum proses rawatan SGF ini nanti. Dan korang tenang-tenang sahaja sebab ubat kebas tu bukan jenis cucuk tapi sapu.
Kebaikan Skin Growth Factor:
- Mengurangkan kedutan
- Meremajakan kulit
- Mempercepatkan proses pemudaran parut
- Melancarkan peredaran darah
- Anti penuaan
- Merawat parut jerawat yang berlubang
- Memberbaiki testur kulit
Dah siap rawatan, nanti kulit akan alami fasa downtime pula tau jangan terkejut bila tengok kulit jadi kering dan mengelupas. Baca sini https://farahsamad.com/fasa-downtime-lepas-rawatan-sgf-skin-growth-factor/
Hubungi MBH Medispa
Sekiranya korang berminat nak dapatkan rawatan SGF macam ticer ini atau nak buat rawatan lain-lain boleh ambil peluang ini sebab MBH Medispa di seluruh cawangan satu malaysia akan buat Anniversary Sales tidak lama lagi.
Jom follow MBH Medispa di facebook dan instagram ya.
Kot kalau korang macam tidak boleh sabar nak tahu pasal rawatan boleh juga hubungi team MBH Medispa di talian 011-3236 3754 laju-laju. Selain rawatan muka, MBH Medispa ada juga buat sesi imbasan kulit untuk korang yang nak tahu keadaan kulit masing-masing.
Check it out ya
Syioknye buat treatment muka.lama dah tka buat
jommmmm hehehe.
Baru tahu treatment ni. Menarik nyaa…
Alhamdulillah menarik sangat kak. Dapat lah manja kan diri sekejap. hehe