Ada satu hari ni ticer jalan-jalan sekitar Bangi singgah di Masjid Al Hasanah, Bangi dengan anak-anak. Terjumpa satu kedai songkok ni boleh kata rare la juga sebab ticer nampak banyak kopiah cantik-cantik tau.
Ada pelbagai jenis kopiah dijual kat sini. Kopiah bayi, kopiah dewasa, kopiah Ustaz Abdul Somad pun ada tau. Paling tertarik bila nampak kopiah pelbagai corak rupanya import dari luar negara. Original.
Sebelum ni ticer tahu kopiah ada warna plain hitam dan putih je. Cantik juga kopiah jenis corak ni, kalau kena dengan bentuk muka si pemakai memang segak betul.
Apa Yang Menarik Di Kedai Songkok Bangi
Kopiah Moden Bercorak Dari Luar Negara
Memang pertama kali bagi ticer jumpa kopiah bercorak ni. Cantik-cantik pula tu. Ada pelbagai design dan saiz.
Antaranya dari Uzbekistan, Oman, Alzie, Afghanistan dan banyak lagi. Ada juga kopiah biasa yang geng lelaki guna. Jenis nipis, jenis berlubang, jenis rendah, jenis kait semua ada.
Datang sini cakap je nak kopiah jenis apa, inshaAllah semua ada.
Kopiah Uzbek
Kopiah Afghan
Kopiah Alzie
Kopiah Lubang
Songkok Style Tun Mahathir Pun Ada
Dulu masa zaman Tun Mahathir memerintah negara Malaysia, waktu tu tun masih muda lagi. Tun pakai songkok hitam jenis tinggi macamni, sebab tu songkok ni diberi nama Songkok Style Tun.
Segak!
Hitam, Baldu dan Kemas. Boleh dilipat tanpa meninggalkan kesan lipatan. Kalau buat songkok sekolah memang segak lah anak-anak pergi sekolah. Hihi. Songkok Style Tun ni memang ada peminat tersendiri.
Selain di Kedah, Kedai Songkok Tok Urban ni merupakan kedai kedua yang jual Songkok Style Tun.
Recent Comments