











Keluarga
Hasil perkahwinan beliau bersama Tuan Syawal dikurniakan 5 orang cahaya mata. Selain fokus membina kerjaya, beliau turut beri perhatian penuh kepada anak-anak kiriman tuhan bersama suami tercinta.
Education
Selepas tamat SPM, beliau meneruskan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Alhamdulillah dengan keputusan cemerlang beliau dapat meneruskan pengajian di Universiti Teknologi MARA sehingga berjaya memiliki segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia.
Hobi
Beliau sangat suka berkebun sejak kecil dan sehingga hari ini beliau sentiasa teruja dengan keindahan pemandangan yang hijau dan segar.
Kerjaya
Bermula tahun 2011 beliau aktif sebagai seorang blogger dan setahun kemudian beliau memulakan langkah sebagai seorang tutor SPM. Kepakaran beliau adalah dalam subjek AddMath dan Kimia.
Dengan izin Allah, beliau berjaya bantu ramai pelajar yang gagal bagi kedua subjek itu terutama dikalangan pelajar sekolah harian, MRSM dan SBP. Setiap tahun sejarah melakarkan kejayaan anak-anak murid beliau berjaya mencapai sehingga A+.
Alhamdulillah.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang content writer yang menguruskan akaun sosial media dan website bagi beberapa buah syarikat terkemuka di Malaysia.