Skip to main content
FS Review

Jom Taksir Zakat Dengan Lembaga Zakat Selangor

By July 25, 2022December 9th, 2022No Comments

Korang dah bayar zakat ?
Sekiranya belum, Ticer Farah nak kongsikan tentang program Jom Taksir Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor bermula pada 15 Jun sehingga 31 Julai 2022 ini. Siap boleh tebus baucer dan menang hadiah tau.

JENIS-JENIS ZAKAT

  1. Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Zakat Harta

Zakat Harta ialah zakat yang diwajibkan apabila sudah mencapai nisab (jumlah tertentu) akan sesuatu harta tersebut. Pelbagai jenis zakat harta yang ada dan setiap zakat harta ini mempunyai kadar nisab yang tersendiri. Antaranya

  • Zakat pendapatan
  • Zakat perniagaan
  • Zakat simpanan
  • Zakat pelaburan saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat emas dan perak
  • Zakat tanaman padi

CARA SERTAI PROGRAM JOM TAKSIR ZAKAT

Untuk turut serta dalam program Jom Taksir Zakat ini, boleh layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun aplikasi Zakat Selangor di App Store mahupun Play Store. Selepas buat taksiran zakat terus boleh tebus baucar di cawangan Lembaga Zakat Selangor yang berhampiran. Mudah sangat!

Jom Taksir Zakat Dengan Lembaga Zakat Selangor | Farah Samad

Bukan itu sahaja, Lembaga Zakat Selangor juga ada kemudahan platform E-Zakat Online (EZO) untuk semak rekod bayaran zakat, semak status permohonan zakat, bayaran zakat dan lain-lain. Hanya perlu daftar sebagai pengguna dan seterusnya boleh akses kepada rekod bantuan zakat yang diterima. Tidak kira di mana korang berada, boleh terus akses dari hujung jari sahaja. Jimat dan mudah. Alhamdulillah.

AGIHAN ZAKAT

Setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah. Proses kelulusan permohonan agihan boleh diringkaskan seperti berikut :

  1. LZS terima permohonan borang yang lengkap dari pemohon.
  2. Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar had kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem Agihan Zakat
  3. Proses siasatan akan dijalankan terhadap permohonan
  4. Pemohon diluluskan/ditolak
  5. Pemohon dikelaskan mengikut asnaf fakir atau miskin
  6. Sekiranya asnaf, bantuan zakat yang bersesuaikan akan diberikan

Untuk hubungi Lembaga Zakat Selangor boleh singgah di,

Facebook : Lembaga Zakat Selangor
Website : https://www.zakatselangor.com.my/
No. tel : 1-300-88-4343

Baca : Sambutan ulangtahun MOLFIX

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!