Skip to main content
FS Review

Rawatan SGF Ada Fasa Downtime? Alamak!

By August 11, 2022June 4th, 20234 Comments

Seronok rasanya dapat buat rawatan SGF untuk rawat parut jerawat berlubang. SGF tu apa?

Skin Growth Factor. Baca sini ticer ada ceritakan tentang rawatan SGF ni.

Lepas siap rawatan SGF di MBH Medispa, kulit ticer alami fasa downtime selama satu minggu. Kiranya macam proses penyembuhan kulit.

Mula-mula jadi kemerahan dalam 2 hari, kemudian masuk hari ketiga dah mula mengelupas. Hari keempat teruk betul mengelupas.

Sebenarnya tempoh downtime ini bergantung kulit orang juga, ada yang cepat ada yang lambat. Antara faktor lain yang boleh mempengaruhi penyembuhan kulit semasa fasa downtime ini seperti hormon, persekitaran dan lain-lain.

Sebaik sahaja siap rawatan SGF di MBH Skin Expert, Nilai ahad lepas.

Pantang larang semasa downtime

  1. Tidak terdedah pada matahari
  2. Tidak menggunakan apa-apa produk penjagaan seperti toner, scrub, pencuci muka dan lain-lain
  3. Cuci muka hanya gunakan air sahaja
  4. Minum air sekurang-kurangnya 3L
  5. Tidak bersolek
  6. Tidak berada di kawasan berhabuk dan berasap
  7. Tidak boleh bersukan
  8. Tidak merokok
  9. Tidak ambil minuman berkafein
  10. Tidak buat rawatan muka dalam tempoh 28 hari selepas rawatan

Semasa downtime kulit muka alami beberapa perubahan, antaranya 1-3 hari kulit akan kemerah-merahan. Hari seterusnya kulit akan mula mengelupas.

Jangan gatal tangan pergi cabut atau usik ya. Biar tanggal sendiri.

Perubahan kulit muka ticer sewaktu downtime

Golongan yang tidak boleh dapatkan rawatan SGF

  1. Sakit jantung
  2. Eczema/allergic
  3. Chicken pox/ kayap
  4. Mengandung
  5. Menyusukan anak
  6. Keloid
  7. Kencing manis
  8. Jerawat yang aktif
  9. Sedang haid

Sekiranya kalian perlukan info tambahan boleh terus hubungi team MBH Medispa di talian 011-3236 3754. Jangan lupa follow MBH Medispa di facebook dan instagram ya. Dengar kata tidak lama lagi MBH Medispa akan buat anniversary sales.

Apa lagi? Jom lah kita cantik sama-sama.

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Join the discussion 4 Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!