Skip to main content
Uncategorized

Pakej Haji Premium : 10 Sebab Kenapa MKM Jadi Pilihan Utama

By January 21, 2025No Comments

“Didirikan Islam itu di atas lima rukun, iaitu mengucap Kalimah Syahadat (Aku beri’ktikad, berikrar dan mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua, dan sesungguhnya Junjungan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah) , mendirikan sembahyang lima waktu dan mengeluarkan zakat serta mengerjakan Haji dengan mengunjungi Baitullahil Haram dan puasa di bulan Ramadhan”.

Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim

Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan bagi yang mampu. Bukan sahaja mampu dari segi kewangan malahan kemampuan mental dan fizikal serta kesihatan juga.

Jenis Haji dan Cara Mengerjakannya

Haji Ifrad

Definisi : Mengasingkan ibadah haji dan umrah. Jemaah hanya niat haji dahulu, dan setelah selesai semua rukun haji, barulah melaksanakan umrah.

Ciri-ciri utama :

  • Tidak perlu bayar dam (denda)
  • Sesuai untuk yang fokus pada ibadah haji

Haji Tamattu’

Definisi : Menggabungkan ibadah umrah dan haji dalam bulan haji pada tahun yang sama.

Ciri-ciri utama :

  • Selepas selesai umrah, jemaah bertahalul (keluar daripada ihram).
  • Perlu membayar dam.
  • Pilihan popular untuk jemaah Malaysia kerana mudah dan selesa.

Haji Qiran

Definisi : Menggabungkan niat haji dan umrah dalam satu ihram

Ciri-ciri utama :

  • Melaksanakan kedua-dua ibadah tanpa bertahalul selepas umrah
  • Perlu membayar dam
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masa terhad

“Haji itu datang di bumi Arafah. Barangsiapa yang datang pada malam hari 10 Dzulhijjah sebelum terbit fajar maka sesungguhnya ia masih boleh mendapatkan haji.” .

(HR. At-Tirmizi dari Abdul rahman bin Ya’mar RA)

Cara Melaksanakan Haji

Ada yang rukun ada yang wajib, jadi macamana nak faham?

Rukun Haji

Rukun haji ni benda wajib buat, tak boleh skip mana-mana rukun. Kalau tertinggal salah satu rukun, haji dikira tidak sah, walaupun jemaah dah habis semua rukun yang lain. Kalau tak buat: Tak kira dah bayar berapa mahal pakej haji, haji tetap tak sah.

Rukun haji :

  1. Niat Ihram di Miqat
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf
  4. Saie
  5. Bercukur (Tahalul)
  6. Tertib

Wajib Haji

Wajib haji ni benda kena buat juga, tapi kalau tak buat, haji masih sah. Cuma, kalau jemaah skip, kena bayar dam (denda) untuk tebus kesalahan tu. Kalau tak buat: Haji sah, tapi kena bayar dam. Dam ni boleh dalam bentuk sembelihan binatang (contoh: kambing), atau cara lain ikut jenis kesalahan.

Perkara wajib haji perlu disempurnakan :

  • Bermalam di Muzdalifah
  • Melontar Jamrah
  • Bermalam di Mina
  • Tawaf Wada’

Tip untuk Jemaah Haji

Pilih pakej sesuai. Pastikan pakej menawarkan bimbingan sepanjang perjalanan supaya semua rukun dan wajib haji dapat dilakukan dengan betul.

Kuatkan Fizikal dan Mental: Haji memerlukan stamina tinggi, jadi persediaan awal seperti senaman dan kursus haji amat penting.

10 Sebab Kenapa MKM Travel Jadi Pilihan Utama

Syarikat Berpengalaman dan Berdaftar

MKM pengelola jemaah haji yang sah dan berdaftar dengan Tabung Haji.

Penginapan Berdekatan Masjid

Penginapan hotel bertaraf antarabangsa yang sangat hampir dengan Masjidil Haram (50m) dan Masjid Nabawi (50m). Hotel seperti Marwa Rayhaan by Rotana dan Millennium Al-Aqeeq memang terkenal dengan servis berkualiti tinggi.

Bimbingan Mutawwif Professional

Berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci. Menjaga kebajikan jemaah dan pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik. Mutawif akan bantu pastikan semua rukun dan wajib haji dilaksanakan dengan betul oleh semua jemaah.

Dapat buat pula dengan ustaz dan ilmuan agama yang sentiasa beri motivasi dan ilmu-ilmu baru. Setiap hari ada program dan pengisian yang telah disusun oleh MKM Travel

Alif Satar

Perkhidmatan Kelas Pertama

Jemaah menikmati penerbangan kelas perniagaan, lebih selesa berbanding kelas ekonomi. Sebelum berlepas, jemaah boleh berehat di lounge premium dan disediakan makan minum serta tempat yang tenang dan mewah. MKM juga sediakan bas VVIP untuk pergerakan dari lapangan terbang ke hotel dan lokasi ibadah.

Khemah VIP di Mina

Bermalam di Mina ialah perkara wajib haji, dengan pakej haji premium MKM jemaah lebih selesa untuk menunaikan ibadah haji. Pakej haji premium MKM menyediakan khemah VIP di Mina dan segala urusan khemah, makananan, minuman, kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan adalah dibawah kelolaan Mashariq

Nak cari songkok dan kopiah bercorak

Kedai Songkok Bangi

Sistem Kereta Api Laju Haramain

MKM Travel menggunakan perkhidmatan kereta api laju (Haramain High-Speed Rail) untuk perjalanan dari Mekah ke Madinah. Kelebihan kereta api laju ini dapat singkatkan perjalanan menjadi kira-kira 2 jam berbanding dengan menaiki bas selama 5 jam.

Makanan Halal dan Bertaraf Antarabangsa

Pelbagai menu disediakan lengkap dengan nutrisi yang penting halal dan bertaraf antarabangsa, sesuai dengan citarasa jemaah Malaysia. Masakan secara buffet Asia 3 kali sehari di Mekah dan Madinah.

Perkhidmatan Kesihatan dan Insurans

Adalah salah satu kelebihan utama bagi para jemaah dengan pakej haji premium MKM kerana pakej ini sediakan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang teratur sepanjang perjalanan. Pasukan perubatan profesional juga turut disediakan oleh MKM Travel.

Kemudahan rawatan disediakan berhampiran lokasi ibadah seperti khemah di Mina untuk memastikan jemaah boleh terus fokus ibadah walaupun memerlukan sekecil-kecil rawatan.

Pelan Perlindungan Takaful berkelompok (tertakluk pada terma & syarat syarikat takaful). Bagi yang berumur 65 tahun ke atas, insurans ini tersedia sebagai pilihan (dengan kos tambahan).

Jadual Perjalanan Terancang

Perjalanan ibadah haji dengan pakej premium haji MKM terancang dengan baik. Ramai berpuas hati dengan jadual perjalanan ini.

Semak jadual perjalanan haji MKM Travel.

Testimoni Pelanggan yang Positif

Pengalaman saya buat haji dengan MKM Travel ni, saya harus puji MKM. Sebab cara pengendalian yang sangat baik. Kita ikut MKM memang ikut sunnah nabi sebab aktiviti yang disusun

Faizal Tahir

Pakej Haji Premium yang Ditawarkan

MKM Ticketing Travel & Tours menawarkan 4 pakej haji premium yang direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan jemaah. Antara pakej haji premium yang disediakan :

Pakej Salam

Tempoh Perjalanan: Lebih kurang 40 hari.
Penginapan:
Mina: Khemah Muassasah (Muassim)
Mekah: Rayannah Hotel (lebih kurang 400m dari Dataran Masjidil Haram)
Madinah: Millenium Al-Aqeeq (lebih kurang 50m dari Dataran Masjid Nabawi)
Kelebihan:
Harga yang lebih berpatutan dengan kemudahan yang memadai.
Bimbingan ibadah oleh mutawwif berpengalaman.
Pengangkutan yang disediakan untuk ziarah dan aktiviti lain.
Harga Bermula: RM54,900.

Pakej Menara Jam

Tempoh Perjalanan: Lebih kurang 40 hari.
Penginapan:
Aziziyah: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400m-500m).
Mekah: Movenpick Hajar (lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Haram)
Madinah: Millenium Al-Aqeeq (lebih kurang 50m dari Dataran Masjid Nabawi)
Kelebihan:
Lokasi strategik dengan pemandangan langsung ke Masjidil Haram.
Kemudahan membeli-belah dan restoran di Menara Jam.
Bimbingan ibadah sepanjang masa.
Harga Bermula: RM75,900

Pakej Safa

Tempoh Perjalanan: Lebih kurang 20 hari.
Penginapan:
Aziziyah: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400m-500m).
Mekah: Marwa Rayhaan Rotana (lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Haram)
Madinah: Millenium Al-Aqeeq (lebih kurang 50m dari Dataran Masjid Nabawi)
Kelebihan:
Penginapan mewah dengan akses mudah ke masjid utama.
Bimbingan ibadah oleh mutawwif berpengalaman.
Pengangkutan selesa sepanjang perjalanan.
Harga Bermula: RM115,000

Pakej Firdaus

Tempoh Perjalanan: Lebih kurang 18 hari (tertakluk kepada penerbangan carter TH).
Penginapan:
Aziziyah: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500m).
Mekah: Dar Tawhid Intercont. (lebih kurang 10m dari Dataran Masjidil Haram).
Madinah: Oberoi MedinaN (lebih kurang 10m dari Dataran Masjidil Nabawi).
Kelebihan:
Penerbangan kelas perniagaan (tertakluk kepada kelulusan TH).
Lounge premium di lapangan terbang.
Perkhidmatan GMC & bas VVIP.
Khemah VIP di Mina (PMN).
Harga Bermula: RM275,000.

Disclaimer : Maklumat harga dan butiran pakej adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.

Hubungi MKM Travel

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.

Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.

  • +603 7831 6740 (Haji / Umrah / Visa)
  • +603 7831 8740 (Ticketing)
FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!