Setiap kali nak buat preparation barang sekolah anak-anak mesti akan throwback kenangan zaman ticer sekolah dulu. Eksaited lain macam tau. Tang baju dan kasut paling ticer suka sangat-sangat. Sebab apa tau nampak rapi dan kemas je bila awal masuk sekolah kan. Baju ticer brand Canggih, kasut Pallas Jazz siap kapur. Zaman dulu kan kasut putih. Merasa juga lah kasut pallas hitam bila ticer dapat jadi pengawas sekolah masa sekolah menengah.
Ehhhh suka nya lah dengan kasut pallas. Kemasan dia memang ticer in-love sangat-sangat tak tahu nak kata macamana. Sekarang makin canggih teknologi Pallas Jazz ni. Bukan sekadar kasut biasa yang pakai untuk aktiviti biasa-biasa tau.
Kepada geng mak-mak ayah-ayah, cuti sekolah hujung tahun sesi persekohan ni maksudnya preparation barang sekolah untuk sesi baru dah kena siapkan cepat-cepat. Baju sekolah set pagi dan petang, kasut sekolah, stokin, beg, buku sekolah, bekal anak. Tahun ni alhamdulillah kasut sekolah yang ticer siapkan dulu, sure ticer pilih kasut Pallas Jazz. Kan dah kata dari ticer sekolah lagi dah in-love betul dengan kasut pallas ni. Haha
Alhamdulillah. Semua siapkan awal supaya nanti tak kelam kabut dan yang bagusnya bila siapkan awal ni boleh lah dapat banyak pilihan kat kedai. Kalau dah akhir-akhir nanti saiz pun susah nak cari.
Bacaan selanjutnya
Barang keperluan persekolahan di Hari-Hari
Tahun ni ada 3 orang anak bersekolah. Ayyubi tahun 4, Jailani tahun 3, Amni tahun 1. Aisyah Amin relaks dulu. Hehe. Ada kelengkapan yang boleh recycle ada yang kene beli baru. Terutama tang kasut sekolah. Ingat kasut sekolah memang ingat kasut pallas je.
“Selesa lah bonda, rasa seronok nak lari”
Jailani
Kenapa Ticer suka kasut Pallas Jazz?
- Sebab design dia cantik dan kemas.
- Kasut dia sangat selesa.
- Kualiti pun bagus tak mudah rosak.
- Ada cushion khas menjadikan kasut selesa dipakai lama
- Ada insole cushion kat alas kasut dengan arch support
Zaman sekolah dulu kan memang boleh pakai lama kasut Pallas ni, hujung tahun tu masih elok alhamdulillah. Kena dengan cara jaga pun boleh jadi juga kan. Paling suka basuh kasut dulu-dulu tau sebab lepas basuh nanti kita kapur kasut jadi cantik dan kemas. Fuhhhhhhh suka suka suka.
Macam emak pula yang nak ke sekolah kan. Yela, yela…tahun ni alhamdulillah dapat rezeki anak-anak bersekolah dengan kasut Pallas. Untuk anak-anak semua ticer pilih yang jenis velcro strap. Senang tinggal sarung zapppp siap. Kasut tak longgar tau memang velcro strap dia jenis kuat melekat. Jadi selain nampak kemas, selesa pun ya. Sangat selesa nak berjalan tidak lah asik tertanggal aje sebab strap tak melekat dengan kemas.
“Rasa selesa, boleh nak bawa jalan-jalan je rasa”
Amni
Ciri-ciri lain kasut Pallas pilihan kami:
Lapisan Foam sekeliling kasut
Kalau nak tahu, kasut Pallas ni ada satu lapisan foam yang lembut dan tebal. Bila pakai memang extra comfort memang selesa. Sangat penting pilih kasut yang betul-betul selesa sebab tahu la kan aktiviti kat sekolah banyak bergerak sana sini. Sebab tu suka Pallas ni sebab selesa. Alas tapak kaki pun siap ada arch support. Tambah selesa untuk aktiviti lasak atau bila pakai kasit dalam tempoh lama. Pernah rasa sakit kaki bila pakai kasut dalam tempoh yang lama? Ticer pernah, jadi sebab tu bila part kasut sekolah ni pilih Pallas Jazz je senang. Anak tak merungut sakit kaki lah, ketat lah, tak selesa lah.
Tapak kasut lembut
Ini lah sebabkan anak-anak pakai terus rasa nak berlari tu tadi. Ringan dan sangat selesa nak buat aktiviti lasak dengan kasut Pallas. Bukan itu sahaja tau ventilation system kasut pallas ni terbaikkkkk! Kasut tak mudah bau kepam dan kaki pun tak cepat berpeluh sebab ada sistem pengudaraan yang baik.
Alas tapak kaki dengan arch support
Part ini ticer paling suka sebab kalau perasan design alas kaki dia macam ikut bentuk lekuk kaki. Kesan nya kaki tak rasa sakit bila otot kaki meregang. Especially bila pakai kasut tempoh lama dan ketika cuaca panas, ada waktu kaki berpeluh tak selesa kan bila pakai kasut tempoh lama. Design kasut Pallas ni memang dapat selesaikan masalah sakit kaki bila pakai kasut tempoh masa panjang.
Cakap pula part alas kaki ni, pernah ticer ke satu pusat Rehab & Physiologi bawa Tuan Syawal satu masa dulu. Terapis tu pesan suruh pilih kasut yang betul ikut bentuk tapak kaki supaya postur badan terjaga dan dapat cegah masalah sakit tulang belakang.
Nampak remeh hal kasut ni, kalau salah pakai kasut memang mudah kena sakit belakang. Terutama bila kita banyak bergerak dan berdiri. Jadi bila tahu yang kasut pallas ada arch support dengan insole cushion, ticer nampak ianya sangat sangat sangat rekemen untuk keselesaan si pemakai. Alhamdulillah.
Nak jadi geng ticer? Haha. Jom la bergaya dengan kasut Pallas. Boleh dapatkan dipasaraya berhampiran seperti AEON, Mydin dan Lotus. Lagi best bila dapat face-to-face kat kedai sebab feel dia masyaAllahhhh rasa nak terus pergi sekolah. Ewah !
Lagi mudah bila boleh shopping online, jimat masa jimat tenaga kan. Kalau nak beli online, kalian boleh layari
Haaaaa, sebelum tu ticer nak bagitahu ni Pallas ada Back To School Contest tau. Ada rezeki boleh menang wang tunai sehingga RM3000. Banyak lagi hadiah-hadiah lain untuk dimenangi. Apa lagi jom lahhhh kita pakai Pallas super selesa super jimat super best!
Recent Comments