Masuk tahun baru kelengkapan sekolah pun kena topup yang baru. Tapi ikutkan pengalaman, mana yang masih elok boleh guna lagi untuk sesi persekolahan baru. Tahun lepas keperluan sekolah anak-anak ticer beli di Pusat Pakaian Hari-Hari. Alhamdulillah tahun ni kelengkapan sekolah anak-anak masih beli di tempat yang sama.
Kenapa Pusat Pakaian Hari-Hari?
Kualiti pakaian tip top
Satu hal yang ticer suka dengan Pusat Pakaian Hari-Hari ni sebab kualiti pakaian nya bagus. Tadi kan ticer ada bagitahu mana yang masih elok kitorang guna balik untuk sesi persekolahan baru ni kan.
Terutama yang seluar sekolah. Masih elok tau jahitan seluar masih kemas dan kualiti kain tu tak menipis, maksud ticer fabrik seluar tu masih tebal. Kalau yang baju putih diorang ni dah jadi kelabu dah especially kat bahagian siku dengan lutut. Tak nampak jalan nak reuse balik kalau dah macam tu gayanya.
Jimat kos dan sangat berbaloi
Sebut pasal kos, ticer ada tiga orang anak yang sekolah. Peruntukan jadi bertambah tahun ni sebab Amni dah masuk tahun 1. Sekolah agama dan sekolah kebangsaan je dah kena ada sekurang-kurangnya 2 set pakaian lengkap baju, kain, tudung dan scarf.
Di Pusat Pakaian Hari-Hari walaupun harga rendah tapi kualiti dia memang setanding jenama besar. Alhamdulillah dapat jimat banyak bila beli keperluan sekolah kat sini tau. Tambah pula untuk Ayyubi dan Jailani ada seluar yang boleh reuse semula tambah lah jimat. Alhamdulillah.
Bacaan selanjutnya
Jenama Kasut Sekolah Terunggul
Salah size boleh tukar
Part ni paling risau bila kita dah beli pakaian tiba-tiba tak muat atau terlebih size. Jangan risau sebab dalam tempoh 7 hari dari tarikh belian seperti tertera dalam resit, kita boleh tukar size yang lain. Syaratnya pastikan resit simpan dan tag pada pakaian tidak ditanggalkan tau.
Staff Pusat Pakaian Hari-Hari mesra dan sangat membantu
Semalam tu ticer pergi waktu tengah ramai orang. Redah lah juga sebab nak tunggu lengang tak tahu bila. Almaklum tempat tarikan orang ramai, memang sentiasa penuh alhamdulilah.
Bayangkan dengan keadaan ramai orang bersesak nak tanya saiz, nak cari baju, nak test seluar. Tapi staff Pusat Pakaian Hari-Hari ni masih baik melayan pelanggan semua. MashaAllah kagum ticer. Langsung takda nampak serabut. Setiap pelanggan yang tanya saiz dan pakaian semua dilayan baik dan semua dapat apa yang dicari. Ehhhh kagum lagi. Bagus betul diorang ni.
Semoga terus komited dan seronok melayan pelanggan ya team Pusat Pakaian Hari-Hari. Moga beroleh keberkatan dalam rezeki kalian. Bukan apa, ticer bayangkan ticer sendiri kat tempat mereka dengan ramai orang nak itu ini jadi serabut ticer. Tapi mereka cool betul. Alhamdulillah.
Jenama No Problem dan Jony Jeny
Dua jenama ni memang tidak asing lagi dengan anak-anak ticer. Tahun lepas kami beli jenis kain licin. Semalam masa try sample baju tu macam sedap pula kain cotton nya so tahun ni kasi try kain cotton pula. Kalau ticer memang penggemar cotton sebab dia macam terletak elok je kat badan dan kemas. Tuan Syawal pula suka kain licin tapi semalam dia ubah fikiran lepas tengok anak-anak sarung kain cotton tu nampak kemas.
No Problem ok
Jony Jeny pun ok
Kualiti kain untuk baju sekolah dan seluar sekolah memang terbaik dua jenama ni. Ticer bagitahu tadi baju sekolah putih yang tahun lepas tu dah kelabu kat bahagian siku dan lutut kan. Tapi warna putih baju tu sendiri dia tak kekuningan kusam tau. Dia masih putih cantik tapi sebab anak-anak ticer ni lasak ya ampunnnnn. Bahagian siku dengan lutut tu jadi tak cantik dah.
Kain pun boleh tahan tebal juga. Memang puas hati membeli di Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Korang pun try lah nanti. Pastu kita geng tau!
Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari
Kat Nilai ni ada dua cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Satu kat 9Avenue, Giant Nilai dan satu lagi di sekitar kawasan KTM Nilai. Bagi yang mencari lokasi Pusat Pakaian Hari-Hari sekitar kawasan korang boleh semak lokasi di Lokasi Pusat Pakaian Hari-Hari
Nak Beli Online Pun Boleh
Tak ada masa nak ke kedai atau rasa lebih selesa dengan berbelanja secara atas talian, tak ada masalah. Pusat Pakaian Hari-Hari dah siapkan tempat shopping online untuk memudahkan urusan ibu ayah. Klik pautan berikut ya
Alhamdulillah selesai persiapan sekolah anak-anak. Lega sangat rasa satu part bahagian pakaian dah selesai. Seronok ticer sebagai ibu bila dapat sediakan kelengkapan yang terbaik untuk anak-anak.
Anak-anak pun tengah menahan rasa teruja nak mula sesi persekolahan baru terutama Amni sebab tahun ni dia mula tahun 1. Moga Allah merahmati semua ibu ayah diluar sana yang bekerja keras mencari rezeki untuk sediakan segala yang terbaik untuk anak-anak.
Aamiin ya mujib.
Recent Comments