Bila sebut Umai Cafe memang ramai familiar dengan Umai Cafe Putrajaya. Satu-satunya cafe dengan pemandangan tasik Putrajaya kan. Ticer pernah ke Umai Cafe Putrajaya bawa family makan-makan kat situ. Cantik, selesa dan menu pun sedap belaka. Tahun lepas Umai Cafe ada buka cawangan lain. Kami pun baru berkesempatan nak ke salah satu cawangan nya iaitu di Umai Cafe Serumpun yang terletak dalam UPM.
Bacaan selanjutnya
Jom singgah Umai Cafe
Cawangan Umai Cafe
Umai Cafe sekarang dah ada tiga cawangan termasuk di Putrajaya.
- Umai Cafe @Putrajaya
- Umai Cafe @Serumpun, UPM
- Umai Cafe @KTAG, UPM
Umai Cafe Putrajaya
Ingat ke tidak bila sebut Umai Cafe ni?
Lokasi nya terletak di tepi tasik Putrajaya. Datang dengan family memang best. Dulu pernah datang masa bulan puasa, berbuka puasa kat situ diorang buat buffet Ramadan. Ticer duduk di bahagian rooftop masa tu, makan sambil meeting dengan team Digital Marketing untuk projek di Indonesia.
Kali kedua datang bawa anak-anak, kami duduk bahagian bawah kat luar. Makan-makan sambil tengok tasik. Anak-anak la teruja sebab bila nampak tasik macam sinonim dengan bagi ikan makan. Haha. Tu yang teruja anak-anak nampak tasik.
Umai Cafe Serumpun
Yang ini kira baru juga dibuka pada bulan September 2023 dalam kampus utama UPM. Berkonsepkan food court ada pelbagai pilihan menu dari pelbagai vendor. Dah ada kurang lebih 10 vendor juga dalam tu. Besar juga kawasannya. Kalau dikenang waktu mula-mula ticer masuk UPM sebab nak hantar produk susu kambing pada student kat sana, tak macam sekarang.
Boleh imagine food court atau cafeteria dalam universiti?
Dulu lah masa ticer datang UPM waktu tu tahun 2015 macamtu tak silap. Tempat yang sama cuma masa tu belum ada Umai Cafe Serumpun ni. Baru lagi ticer pergi bawa family siap pakej dengan suami, mak mertua, adik ipar dan anak-anak sekali. Datang memang untuk makan purposely. Wehhhh best! Haha. Nanti ticer story lagi.
Umai Cafe KTAG
Ini pun dalam kampus utama UPM. Umai Cafe KTAG ni nama penuhnya Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Nama dulu Kolej 13. Sekarang panggil KTAG.
Jom singgah Umai Cafe Serumpun UPM
Haaaa meh ticer nak sambung cerita Umai Cafe Serumpun ni tadi. Beberapa minggu lepas, sebelum Ramadan ticer ajak Tuan Syawal pergi makan lepas tu Tuan Syawal ajak mak mertua sekali. Adik ipar pun nak ikut juga. Masa tu kebetulan kami kat sekitar Putrajaya, lajak sikit sampai ke UPM.
Sampai lah di Umai Cafe Serumpun ni. Terus teringat masa ticer jumpa orang kat situ. Lain sangat dulu dengan sekarang. Rupanya dah renovate jadikan kafe yang lebih hidup dan selesa dari dulu.
Umai Cafe Serumpun ni mula beroperasi sejak September 2023. Lama betul ticer tak ke sana dari 2015. Terbaru ticer datang haritu Mac 2024.
Dibuka kepada orang luar, bukan student UPM sahaja
Selalu bila sebut kafeteria ni memang dalam kepala set hanya untuk stdudent je. Kita orang luar tak boleh datang, well actually bukan tak boleh datang cuma bila kafeteria ni kan pilihan menu pun tak banyak. Menu pun memang menu student je la. Kita nak bawa keluarga pun macam tak seronok pilihan makanannya kan.
Tapi kat Umai Cafe Serumpun ni lain tau, satu of course dia open to public. Lokasi pun tepi jalan utama nak ke kampus. Memang senang nak sampai. Bila sebut “public” jadi pilihan menu tu dia ada banyak dan sesuai untuk bawa keluarga. Seronok makan-makan haritu sebab macam-macam ada kat Umai Cafe Serumpun ni.
Umai Cafe Serumpun selesa dan bersih
Ehhh betul ni tau. Memang terjaga dan bersih. Sinki bersih, lantai bersih, meja bersih. Bukan jenis food court biasa-biasa. Selesa lah nak duduk lama makan sambil bersembang. Anak-anak ticer tiga orang tu dah berlari sana sini si Aisyah Amin Amni.
Menu pelbagai, menepati selera satu keluarga
Ada 10 vendor. Masa tu nampak ada vendor laksa dan cendol tapi dukacitanya masa kami sampai dia tutup pula. Huuuuu. Terbawa-bawa sampai harini haa sedihnya tu. Kena datang lagi hanya untuk laksa dan cendol je lepas ni haha.
Pilihan menu yang ada di Umai Cafe Serumpun :
- Laksa dan cendol
- Western
- Pantai timur delicacies
- Dessert & snacks
- Nasi campur & masakan panas
- Masakan mamak
- Northern delicacies
- Hotplate Yee Mee & Claypot Asam Pedas
- Chinese Muslim Noodles
- Nusantara Delight
- Minuman
Kami order Nasi Ayam Kicap untuk Tuan Syawal, ticer dengan mak mertua makan nasi campur, anak-anak pilih masakan mamak. The rest kita order waffle. Waffle dia puas hati. Tebal lepas tu intinya meleleh-leleh. Kitorang ambil peanut butter campur coklat ni la yang leleh leleh tu. Haikal order waffle premium isi nutella. Lepas tu satu ticer order blueberry mix strawberry haaa yang ni take leleh la. Semua sedap. Korang datang tau sini. Ticer dah cakap sedap ni maksudnya sedap betul, ahgituuu. Hihi
Tak perlu beratur untuk order makanan
Part ni paling ticer suka. Ingatkan kena beratur pergi vendor ke vendor untu order. Rupanya boleh order terus dari tempat duduk kita. Senang.Senang Ticer suka la macamni. Almaklum bila anak ramai ni karang kita tengah seronok nak pilih menu kang time tu lah tarik-tarik baju kita nak pergi toilet la nak berlari lah nak pergi kedai sebelah lah. Ehhhh rimas aku! Haha
Kat sini tak sempat nak pening layan ragam anak-anak terutama yang ada anak kecik. Dengan applikasi ni semua hujung jari je. Pilih menu, buat bayaran dan tunggu menu siap. Mudah kan. Jimat masa. Harga makanan dan minuman kat sana affordable pada ticer tapi ada juga menu-menu nya yang lebih murah dari harga di luar.
Waktu kami sampai ni ada 3 vendor cuti. Western, laksa dan pantai timur tutup. Tak ada rezeki nak merasa laksa dan cendol. Memang fevret ticer laksa dengan cendol ni. Nanti kita datang lagi inshaAllah.
Boleh bayar cash atau cashless
Dah pilih menu boleh terus buat bayaran secara online dari aplikasi easyeat juga atau kalau nak bayar di kaunter pun boleh. Lepas bayar nanti aakan dapat slip order, masa nak pickup order di kaunter vendor just tunjukkan slip order tu je. Memang mudah. Alhamdulillah.
Dah kenyang?
Jom detox dengan air halia
Buffet Ramadan 2024 di Umai Cafe Putrajaya
Bila tiba bulan ramadan, ramai yang tercari-cari lokasi istimewa untuk bawa seluruh ahli keluarga berbuka puasa di luar. Alang-alang tu meh sini ticer nak bagi tahu yang Umai Cafe Putrajaya ada buat buffet ramadan sepanjang bulan ramadan ni tau.
Pada ibu ayah yang ada anak-anak kecil tak perlu risau tentang makanan sebab menu-menu yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Tempat pun selesa dengan pemandangan tepi tasik.
Recent Comments