Minyak zaitun Al’Ard sangat kaya dengan kandungan antioksida seperti hydroxytyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotena selain vitamin E tokoferol dan juga vitamin K. Ianya juga tinggi kandungan lemak baik dan sesuai diamalkan seawal usia bayi 6 bulan sehingga warga emas.
Bacaan pantas
Jenis minyak zaitun di pasaran anda perlu tahu
- Minyak zaitun extra virgin (Extra virgin olive oil)
- Minyak zaitun virgin (Virgin olive oil)
- Minyak zaitun asli (Pure olive oil)
- Minyak zaitun refined (Refined olive oil)
- Minyak zaitun pomace (Pomace olive oil)
Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan
- Mencegah stroke
- Menurunkan risiko terkena penyakit jantung
- Membantu menurunkan berat badan
- Mencegah sembelit
- Mengurangkan risiko terkena diabetes
- Mampu mengawal kanser payudara
- Membantu menguatkan tulang
- Kuatkan sistem imun
- Membantu perkembangan bayi
- Merawat luka
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Merawat buasir
- Neutralkan insulin dalam badan
- Membersihkan hati
- Membantu meningkatkan kesihatan mental
- Mencegah penyakit alzheimer’s
- Melancarkan sistem usus
Baca di sini : Khasiat minyak zaitun
Tip pilih minyak zaitun, ticer pilih minyak zaitun Al’Ard
Antara bahan antioksida terbaik dalam minyak zaitun ialah Hydroxytyrosol dan Tyrosol, ianya bertindak keatas radikal bebas dan juga berfungsi sebagai antiradang, antivirus dan antikanser.
Hati-hati bila nak beli stok minyak zaitun di pasaran kerana kebanyakan produk minyak zaitun adalah palsu. Macamana nak pastikan minyak zaitun yang anda beli itu adalah yang asli?
“70% minyak zaitun extra-virgin dalam pasaran TIDAK ASLI dan GAGAL memenuhi kriteria umum yang telah ditetapkan.”
Olive Centre UC Davis
Pilih botol gelap kalis UV
Minyak zaitun sangat sensitif terhadap cahaya, oksigen, masa dan suhu. Apabila terdedah kepada cahaya, minyak zaitun mudah teroksida menyebabkan khasiatnya berkurang dan perubahan bau dan rasa. Pilih jenis botol yang gelap ya, kalis UV.
Pembelian
Beli minyak zaitun Al’Ard di sini
Ada maklumat tarikh tuaian dan tarikh luput kurang dua tahun
Pastikan ada tertera tarikh tuaian buah zaitun nya. Jika ada terjumpa minyak zaitun yang tidak disertakan tarikh harvest, jangan beli ya. Mungkin buah zaitun itu sudah lama diproses menjadi minyak dan tersimpan lama.
Semakin lama minyak zaitun disimpan, semakin kurang kualiti minyak dan khasiatnya. Ingat! ianya terlalu sensitif terhadap masa. Jika penutup botol sudah dibuka, habiskan dalam tempoh 2 bulan ya.
Pilihan Extra Virgin Olive Oil paling terbaik
Minyak Zaitun Extra Virgin adalah yang paling menyihatkan dan berkualiti tinggi. Selamat untuk diminum begitu sahaja.
Minyak zaitun Al’Ard versi Limited Edition First Harvest Premium Organic Extra Virgin Olive Oil ini adalah dari buah zaitun yang dituai pada hari pertama musim menuai.
Khasiat dan fungsi antioksida dalam minyak zaitun dari first harvest ini adalah yang paling tinggi dan terbaik berbanding minyak-minyak zaitun yang dari late-harvest.
Baca selanjutnya
Kenali Minyak Zaitun Al’Ard
Cara guna minyak zaitun Al’Ard dalam aktiviti harian
Dalam masakan
“Eh, EVOO boleh buat masak?”
Boleh. Asalkan masih di bawah paras smoke point nya 190 °C. Ticer letakkan sesudu minyak zaitun Al’Ard dalam nasi yang sedang dimasak.
Nak tahu? Nasi yang dimasak dengan minyak lebih baik daripada nasi putih kosong. Ini antara kebaikannya :
- Mengurangkan kalori dalam nasi
- Mengurangkan paras indeks glisemik nasi
- Badan tidak dapat serap gula berlebihan dari nasi
- Tinggi serat baik untuk sistem pencernaan
- Melambatkan pencernaan kanji
Nasi putih mempunyai indek glisemik (GI) yang sangat tinggi. Oleh kerana itu apabila ia di makan secara berlebihan ia akan memuncakkan paras glukosa darah dengan sangat cepat dan akan meningkatkan paras insulin darah juga. Kesannya, semakin banyak kita makan maka kita akan merasa lebih lapar dan perut akan menjadi buncit.
Dr. Norman Norawi
Dressing makanan
Selain itu, kebanyakan cara paling popular nak guna minyak zaitun ialah guna sebagai dressing salad. sebenarnya selain dressing salad, boleh juga buat dressing hidangan lauk-pauk hidangan Malaysia. tak perlu tunggu nak makan salad baru dapat makan rasa minyak zaitun.
Lepas dah siap masak, hidang dalam pinggan atau mangkuk dan kemudian tuangkan sesudu minyak zaitun ke atas lauk-pauk tadi. Satu keluarga boleh dapat manfaat dan khasiat minyak zaitun.
Bacaan selanjutnya : Tambah evoo dalam resepi puree bayi
Minum begitu sahaja
Alhamdulillah ticer pun mula ajar anak-anak minum minyak zaitun dah sekarang. Minyak Zaitun Al’Ard ni rasa dia sedap, mild dan senang nak telan. Anak-anak pun suka siap minta tambah. Dulu masa mengandungkan Amin dan Aisyah memang ticer telan minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak habbatussaudah.
Sekarang ajar anak-anak pula minum minyak. Kalau ada yang takut nak minum minyak zaitun secara terus, campurkan sesudu madu dan setengah sudu minyak zaitun. Nak lagi fresh boleh tambah sedikit perahan lemon.
MashaAllah segarnya
Sapu pada kulit bila anak demam panas
Pernah buat?
Bila anak-anak demam panas, sapukan minyak zaitun pada seluruh bahagian badan dan biarkan minyak tu diserap oleh kulit, inshaAllah panas badan akan berkurangan kerana sifat minyak zaitun yang menyejukkan. Selepas sapuan minyak zaitun, urut secara perlahan-lahan bahagian badan dan tapak kaki. Ini juga bantu anak lebih rileks dan tenang.
Namun jika panas tadi tidak berkurangan, terus bawa anak ke hospital atau klinik berdekatan anda ya.
Minyak zaitun ini bagus untuk kesihatan
Bagus olive oil nie.. untuk kesihatan dalaman dan luaran.
Bgus sangat Minyak zaitun al ard ni kan farah …
anak-anak suka yer minum minyak zaitun ni? bagusnya!