Skip to main content
FS Event

MOLFIX Sambut Ulangtahun Pertama Di Malaysia

By December 1, 2022January 2nd, 2023One Comment

Happy anniversary Molfix! Alhamdulillah ticer dapat peluang bawa baby Aisyah ke majlis sambutan ulangtahun pertama jenama Molfix di pasaran Malaysia. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta mereka iaitu Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Ticer antara pengguna Molfix juga, rezeki Amin dapat gift dari kenalan ticer, Kak Shima. Dari situ lah ticer kenal Molfix, rupanya jenama lampin Molfix ini baru setahun di pasaran Malaysia. Alhamdulillah bestnya Molfix ni sebab Amin tak merengek bila pampers penuh melainkan kalau dia berak.

Walaupun pampers basah dengan air kencing tapi kulit Amin masih kering sebab tu dia rasa selesa. Molfix menggunakan teknologi lapisan kering tambahan yang membuatkan tahan kering sehingga 14 jam. Bagusnya.

Mampu bertahan selama 14 jam pun tetap disarankan tukar lampin setiap 3-4 jam atau bila dah kotor sebagai langkah menjaga kebersihan. Kelebihan macam ini sebenarnya sangat membantu ibu ayah macam ticer dan suami bila perlu bergerak dalam perjalanan jauh. Alhamdulillah.

MOLFIX jenama lampin bayi berkualiti | Farah Samad

By the way, nak tahu apa komen Scha Al-Yahya tentang Molfix?

“Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini untuk membina jenama Molfix dalam kalangan ibu bapa Malaysia dan berkongsi pengalaman, keunikan dan kualiti produk hebat ini yang tidak pernah gagal membawa kegembiraan, keselesaan dan perlindungan kepada bayi.

Juga kami berpeluang merasai pengalaman ini dan banyak lagi apabila anak perempuan kami Lila, yang berusia setahun mencuba produk Molfix. Kami mempercayai Molfix, dan gembira kerana kami memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama yang diyakini dalam memberikan yang terbaik untuk ibu dan bayi.”

Scha Al-Yahya

MOLFIX jenama lampin bayi berkualiti | Farah Samad
Tambah teruja ticer bila dengar Scha dan Awal kongsikan pengalaman Lila dan Molfix.

Menarik Tentang Jenama Lampin Bayi Molfix

  • Kategori Molfix ‘Natural’ dengan bahan khusus seperti gentian buluh dan kapas organik mampu memberikan kelembutan dan sentuhan mesra kulit seperti yang dibuktikan oleh pakar dermatologi dari Eropah.
  • Mampu menampung sejumlah besar kencing bayi. Data ujian makmal menunjukkan kekeringan sehinga 14 jam dapat dicapai.
  • Dengan teknologi lapisan kering tambahan membolehkan penyerapan Molfix cepat dan mudah.
  • Memberikan perlindungan penuh kepada bayi dan memastikan kulit mereka kering dan sihat.

Pencapaian Molfix di Malaysia

Ini merupakan tahun pertama Molfix berada di pasaran Malaysia. Orang kata tak kenal maka tak cinta, walaupun baru setahun namun pencapaian Molfix sangat luar biasa kerana berjaya merangkul Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk MamaPapa 2022 untuk kategori Pita Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik.

Hebat kan?

Molfix sebenarnya dah digunakan oleh para ibu ayah lebih dari 100 buah negara selama 23 tahun. Pengeluaran dan R&D mereka bermula di Turki dan ia merupakan jenama kelima terbesar di dunia. Wow!

Mengulas mengenai Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia, Encik Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd., berkata,

“Sokongan dan kepercayaan yang luar biasa daripada ibu bapa Malaysia mencerminkan keutamaan mereka terhadap produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi dalam usaha memastikan keselamatan dan melindungi kulit bayi mereka. Di Hayat, kami percaya akan kepentingan memahami keperluan dan trend pengguna kami, justeru kami memberi penekanan yang besar kepada kajian dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan produk inovatif yang organik dan berkualiti premium.”

Encik Alp Bilgili

Ibu ayah yang berminat nak dapatkan produk-produk Molfix boleh dapati di pasar raya dan pasar raya hiper terpilih seperti :

  • AEON Big
  • AEON Retail
  • Lotus’s
  • Giant
  • Billion Shopping Centres
  • Econsave
  • TF Value Mart
  • HeroMarket
  • Manjaku
  • Lain-lain serta platform atas talian utama.  

Untuk info lanjut boleh layari MOLFIX

Baca pengalaman bersalin baby NICU

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Join the discussion One Comment

Leave a Reply

error: Content is protected !!