Skip to main content
FS Story

Milk Booster Terbaik Tambah Susu Badan Pekat

By August 27, 2022June 18th, 2023No Comments

Bila dah bersalin, kebanyakan ibu akan alami masalah susu badan kurang kan? Pengalaman ticer sendiri pernah rasa begitu dan hampir rasa nak give up. Rezeki bersalin kali ini ticer belajar penyusuan susu ibu dan ticer ada juga try beberapa jenis milk booster untuk tambah dan pekat kan susu badan. Alhamdulillah menjadi

Milk Booster Tambah Susu Badan 06 | Farah Samad
Baki stok susu bawa balik dari NICU Hospital Serdang haritu

Ticer melahirkan anak kedua pada 22 Jun 2022 di Hospital Serdang. Yang pertama dulu ticer bersalin czer full term, kali ini ticer bersalin awal 2 bulan. Meh baca kisah pregnancy baby kedua ticer . Ini merupakan pengalaman pertama ticer lepas bersalin baby duduk dalam wad NICU. Memang kena pam susu dan siapkan stok untuk bekalan susu baby sepanjang kat wad.

Masa bersalin kan anak pertama ticer, Ahmad Al Amin memang baby terus ada kat sebelah ikut naik sampai wad ibu bersalin. Direct feeding dan dapat moment skin-to-skin lepas bersalin. Memang tak ada ilmu tentang penyusuan, ticer cuma bagi Amin susu direct feed. Botol pun tak guna. Cuma masa kuning awal-awal tu doktor tanya berapa oz bila pam susu, terpinga-pinga ticer jawab sebab tak pernah pam dan tak tahu pula kena pam ya.

Pernah tau masa tu sampai bengkak susu, itu pun ticer baru tahu apa itu bengkak susu. Ada yang pernah alami macam ticer? Jom baca tips redakan bengkak susu.

Ada sorang nurse India selalu round wad untuk share kan pasal ilmu penyusuan susu ibu. Dari situ ticer belajar kaedah marmet iaitu cara perahan tangan. Kekok juga ya mula-mula tu, sampai lenguh tangan nak perah susu. Sudahnya ticer tak buat pun lepas balik rumah. Direct feeding je masa anak pertama.

Bila anak kedua warded sebab bayi pramatang, nak tak nak memang ticer kena pam susu untuk hantar ke hospital. Ticer teringat nurse India tu ada bagitahu masa mula-mula lepas bersalin rasa macam susu tak ada sebenarnya ada. Kena rangsang payudara supaya susu keluar. Caranya dengan kaedah marmet dan urutan.

Milk Booster Tambah Susu Badan 05 | Farah Samad
Susu perahan pertama ticer yang dalam bekas kecil tu, lepas tu setiap kali perah susu ticer simpan dalam ziplock milkstorage bag tu jimat ruang.

Ya Allah ticer betul-betul tak percaya susu boleh keluar. Sama macam ibu-ibu lain yang pertama kali bersalin, rasa susu kurang. Bila dah mula perahan, susu keluar sikit-sikit sampai lah jadi banyak. Alhamdulillah.

Lepas balik hospital hari kedua bersalin tu ticer mula berurut dengan Kak Salina dari Kampung Jijan untuk tiga hari. Alhamdulillah sambil urut tu Kak Salina ada ajar cara guna milk collector, pun ticer baru tahu cara nak guna.

Milk collector tu kawan ticer bagi hadiah masa mengandung kan Amin tahun 2020, tapi masa tu tak reti guna. Kali ini baru tahu nak guna, selain kaedah marmet boleh juga gunakan milk collector untuk tadah susu yang keluar.

Milk Booster Tambah Susu Badan 04 | Farah Samad
Hasil perahan lepas berurut

Awal-awal tu baby minum sikit, jadi bila perah susu dapat banyak macamni boleh lah buat stok banyak untuk hantar ke hospital. Bila dah banyak stok, ticer mula rasa malas nak perah dah. Kejap perah kejap tidak kadang tu lupa terus nak perah susu.

Hasilnya susu badan drop sebab ticer perasan bila perah susu dapat tak banyak macam yang selalu tu. Minum air pun kurang dan waktu makan tidak teratur, selesa sangat dengan keadaan waktu tu. Yelah baby pun belum boleh breastfeed, lagi lah ticer asik terlupa nak perah susu.

Keadaan jadi lagi menakutkan bila stok susu kat hospital dah surut, tapi kat rumah susu tak cukup. Pernah tau ticer try guna pam susu pinjam dari kakak ipar, tapi hasilnya hanya 1oz sahaja. Baby masa tu dah mula minum lebih 1oz. Setiap 3 jam baby akan diberi susu, jadi total sehari minum lapan kali.

Panik juga ticer masa tu sebab setiap kali pam tak cukup untuk sekali minum. Fikir punya fikir ticer pun ternampak iklan milk booster tambah susu badan dari MaMom. Ticer minta husband belanja hehe.

Antara Milk Booster yang ticer dah consume :

Milk Booster Tambah Susu Badan 03 | Farah Samad
Suplement milk booster tambah susu badan jadi pekat dan banyak

MaMom milk booster ni jenis tablet kunyah rasa pun sedap. Bahan-bahan dari habbatussaudah, alfalfa, kurma, spirulina, madu, susu kambing, halba, gam acacia, serbuk kacang soya, kismis dan bawang putih. Alhamdulillah ticer consume suplement milk booster MaMom dalam tiga hari macamtu susu dah mula banyak.

Walaupun consume milk booster, ticer tetap ikut juga tips dan cara nak banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan. Ibu yang tengah cari suplement milk booster boleh try nanti ya harga dalam RM80 sebotol. Beli banyak lebih jimat. Tapi ticer try sebotol dulu nak tengok serasi ke tidak. Alhamdulillah serasi.

Milk Booster Tambah Susu Badan 02 | Farah Samad
Nufiya organic milk booster pun ticer pernah try dan serasi. Alhamdulillah

Selain MaMom, ticer pernah juga consume Nufiya Organic Milk Booster. Yang ini lebih organic sebab tidak di proses, bahan-bahan pun dari madu , kurma merah, kurma hitam, goji berry dan longan kering. Selalunya kat kedai cina yang jual ubat-ubat ginseng tu ada bahan-bahan ni, boleh beli sendiri atau ibu beli terus satu set Nufiya Organic Milk Booster ni senang dah lengkap semua dalam satu pack.

Bahan-bahan tadi direbus sehingga semuanya kembang kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Satu pack ni boleh tahan untuk 2 minggu, tapi ticer punya perangai seminggu dah habis. sebab sedap rasa dia pun tak manis sangat. Ticer suka makan kurma merah dankurma hitam tu manis, Longan kering tu bila dah kembang dia tawar.

Harga satu pack ni dalam RM25 kalau tidak silap ticer. Ticer beli dua pack dari zaman anak pertama tahun 2020. Masa tu guna satu pack, yang satu lagi simpan. Memang tak sangka pregnant lagi lepas 2 tahun. Kita habiskan jelah stok yang ada kat rumah.

Nufiya ni yang ticer perasan bukan sahaja bagus untuk tambah susu badan tapi juga dapat bantu tambah darah tau. Sebab masa ticer nak checkup di Klinik Kesihatan sebulan bersalin, malam sebelum tu ticer minum Nufiya ni (tegukan terakhir lepas tu memang habis terus). Esok tu ambil darah, mashaAllah result darah ticer paling tinggi dalam rekod selama ticer pregnant dan lepas bersalin. 14.9 alhamdulillah.

Milk Booster Tambah Susu Badan 01 | Farah Samad
Fevret ticer dari sebelum pregnant ticer consume Annona Bird’s Nest

Annona Bird’s Nest dengan kandungan ginseng, sarang burung, rock sugar dan american white fungus bantu ticer tambah susu badan dan cantikkan kulit. Alhamdulillah. Dari lepas kahwin ticer dah consume Annona Bird’s Nest memang banyak manfaat dari sarang burung sendiri. Antaranya :

  • Kulit makin sihat
  • Bacaan darah sentiasa cantik sepanjang pregnant (11-13.9)
  • Kurangkan sembelit
  • Bantu tambah susu badan
  • Mengenyangkan

Banyak lagi kelebihan dari Annoan Bird’s Nest, inshaAllah ticer kongsikan dalam entri yang lain ya. Alhamdulillah ticer doakan buat para ibu yang sedang berjuang untuk menyusu anak secara eksklusif selalu kuat semangat, tenang dan happy. Kita enjoy moment ni ya.

InshaAllah

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!