Alhamdulillah syukur alhamdulillah atas nikmat kurniaan dari Nya. Kalini ticer bersalin baby girl. Bersalin di Hospital Serdang pada 22 Jun 2022. Sepatutnya tarikh dijangka bersalin 28 Ogos 2022, dengan izin Dia ticer bersalin awal 2 bulan. Jadi baby sekarang masih di NICU Hospital Serdang.
Kisah pregnancy ticer yang kali ini magik sikit. Kurang lebih sebulan lepas bersalin kan anak sulung kami Ahmad Al Amin, ticer ambil perancang alat dalam rahim (IUCD) pasang di klinik kesihatan tempat ticer selalu check up pregnancy.
Lepas 5 bulan guna IUCD tiba-tiba ticer tak datang period sebulan. Pelik juga. So diam-diam ticer pergi beli pregnancy test kat Heal Pharmacy, Desa Cempaka, Nilai. Balik je rumah memang tak tunggu lama, terus je cek.
Sah Pregnant With IUCD
Bila bagitahu nurse kat klinik kesihatan masa ticer nak buka buku pink, nurse pun terkejut sebab boleh pregnant. Jadi ticer antara 3% yang gagal tu lah. Haha. Sebenarnya ticer tak salahkan IUCD tu, dah Allah yang izinkan semua ni jadi. Ticer akur. Cuma lepas dah bersalin ni masih mengekek gelak teringat cerita sepanjang hamil.
IUCD tu masih ada kat dalam rahim sepanjang ticer pregnant baby kedua ni, lepas dah bersalin dia tak nak ikut keluar. Alahai. IUCD tu masih duduk kat dalam rahim ticer tau. Lepas habis pantang nanti baru doktor akan keluarkan.
Sekarang ticer sedang menikmati cuti berpantang kat rumah dengan suami dan anak-anak. Alhamdulillah. Betul-betul dapat berehat kali ini. A to Z suami ticer yang bantu uruskan, masak untuk ticer, masak untuk anak-anak, siapkan air mandian ticer, tungku ticer, sapu minyak panas kat kaki. Rezeki juga sebab dia dapat cuti seminggu. Mak mertua ticer pun datang bantu uruskan ticer untuk beberapa hari. Alhamdulillah.
Bersalin normal
Rezeki bersalin kali ini Allah mudahkan semudah-mudahnya mashaAllah. Ticer bersalin normal tanpa koyak dan luka, mungkin juga sebab baby kecil 1.36kg (bersalin 30minggu) memang tak sempat tunggu kandungan matang 36minggu. Dari awal sampai bersalin asik terkejut terkejut je kitorang laki bini. Haha.
Ticer dah sakit perut dari subuh lagi masa tu kat rumah. Suami ticer ajak ke hospital tapi ticer taknak sebab esoknya dia kena ke Penang, kalau ticer ke hospital nanti ganggu kerja dia pula. Bila tengok ticer teruk sangat sampai terduduk menahan sakit perut tu, dia ajak juga ke hospital.
Masa kejadian tu perut ticer sakit macam sakit senggugut tu, so memang ticer ingat sakit biasa. Tak pernah rasa sakit contraction sebab yang pertama dulu ticer czer, baby unstable lie. Bila dah sampai hospital, ticer tak mampu nak berjalan dan kena naik wheelchair. Nurse bantu tolak dan uruskan ticer kat hospital sebab suami kena uruskan anak-anak.
Makin sakit dan ticer makin tak tahan sebab kena baring je. Masa tu doktor tengah scan perut ticer nak cek kondisi kandungan tiba-tiba sakit datang lagi. Doktor cek bukaan baru 1-2cm. Sambung balik scan nak tengok air ketuban, eh dah kurang. Sakit lagi. Kali ini ticer macam nak berak. Doktor cakap jangan teran. Doktor cek bukaan semula dan waktu tu ticer dah lalok tak mampu nak buka mata.
Tiba-tiba kan…
“30 weeks full.. labor room.. labor room”
Nurse datang nak tolak katil ticer ke labor room. Begitu begini ding dong ding dong, ticer dah sampai labor room. sakit on off. Doktor suruh tarik nafas, tahan dan teran. Ticer terannnnnn…
Ehhhhhh keluar dah kepala baby. Legaaaaaaaa terus rasa perut ticer. Sakit tadi semua gone!!! MashaAllah. Alhamdulillah. Terkejut sangat sangat sangat. 30minggu ticer boleh bersalin normal tanpa sebarang jahitan. Allahuakbar. Allahuakbar.
Baby girl =)
Mohon doakan baby cepat discaj NICU ya. Aamin.
Recent Comments