Bila family makin bertambah, rasa meriah dapat berkumpul semua ahli keluarga. Alhamdulillah rezeki ticer dapat berkumpul dengan family Tuan Syawal di Hani Homestay, Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini. Anak-anak pun seronok dapat bermain dengan sepupu mereka.
First time ticer duduk homestay untuk family gathering macamni, sebelum ni ticer gunakan homestay untuk tujuan annual meeting dan strategic planning dengan team syarikat. Not bad. Dapat lah berehat sekejap.
Lokasi Hani Homestay ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam betul-betul dekat dengan UiTM Shah Alam dan UNISEL. Rumahnya mashaAllah cantik, kemas, bersih, rasa tenang je bila masuk dalam. Memang berbaloi sangat dapat Hani Homestay ni.
Ruang tamu luas dan selesa
Tengok lah tu anak-anak ticer main kejar-kejar kat ruang tamu, baby Aisyah pun ticer letak je kat bawah biar dia bebas bergerak. Memang luas dan kami selesa sangat. Feeling macam rumah sendiri pula sebab cantik. Haa siapa yang rasa pening tengok rumah asik bersepah boleh lah datang rehatkan fikiran kat Hani Homestay ni. Ticer memang puas hati sangat-sangat datang sini. Dapat recharge energy dan rehat puas-puas tenangkan fikiran.
Ruang makan pun selesa
Ada dua bahagian ruang makan. Satu kat dapur satu kat bahagian depan sebelah ruang tamu. Sebab cantik so kita mak ayah lah duduk situ. Anak-anak duduk di ruang makan belah dapur. Cukup ruangan untuk setiap orang. Boleh lah menikmati juadah rendang, kan raya! Tapi waktu ni kami tengah sarapan roti canai. Tuan Syawal beli kat luar. Mulanya plan nak rehat je pagi tu santai-santai tak nak keluar rumah, order sarapan guna Grab atau Food Panda je. Disebabkan pampers Aisyah Amin dah habis, kena keluar juga. Haha. Alhamdulillah senang nak cari makan sebab kedai semua berdekatan je homestay.
Bilik tidur selesa ada aircond
Bila bawa family ramai, part paling utama ialah bilik tidur. Di Hani Homestay ni ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air (semua bilik air atas bawah air laju memang best). Setiap bilik tidur juga dilengkapi dengan aircond dan katil queen, selesa sangat memang lena masing-masing tidur malam. Bilik bahagian ground floor tu bilik air di bahagian luar sebelah bilik. Bilik bahagian atas pula ada 2 bilik air dalam bilik. Satu bilik untuk ticer dengan Tuan Syawal. Mak mertua dengan cucu-cucu perempuan satu bilik. Boys satu bilik. Ipar ticer satu bilik. Semua ada bilik masing-masing tak ada yang kena tidur kat ruang tamu. Tu penting. Keselesaan yang dicari.
By the way tuala ada disediakan dan jika perlu toto, selimut atau bantal lebih mereka ada sediakan. Tak perlu risau tau. Almaklum kan kita bila travel ramai-ramai ni karang ada je benda tak cukup. Hani Homestay tidak, lengkap semua kelengkapan inshaAllah. Ticer tertinggal telekung pun, alhamdulillah kat Hani Homestay ada sediakan telekung dan sejadah. Syukurrrrrr ya Allah.
Boleh memasak dan lengkap dengan kelengkapan memasak
Kat dapur ni tadi ticer maklum ada satu ruang makan kan, nah semua kids makan kat situ. Pagi tu ticer siapkan air teh (3 in 1 disediakan siap dengan gula) dan mak mertua ticer panaskan rendang ayam yang kami bawa dari rumah ke homestay. Lepas tu kan selain kelengkapan memasak, Hani Homestay ada juga sediakan mesin basuh dan water filter.
Ada orang rasa dua benda tu kalau tak ada pun tak apa, tapi [ada ticer sebagai mak anak ramai ni kena consider dua benda tu sebab memudahkan urusan. Balik dah tak perlu fikir baju kotor nak dibasuh dan bila-bila masa nak minum air tak payah beli stok air mineral berkotak-kotak. Alhamdulillah senang.
Rice Cooker, Microwave, Dapur Gas, Water Filter (hot & cold), Peti Ais, pinggan, periuk, kuali, cawan semua ini ada disediakan.
Lengkap dengan swimming pool
Ini lah tarikan utama kat Hani Homestay ni, anak-anak paling teruja bila nampak Intex Private Pool ni. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Kami dari Hulu Langat sampai homestay tu dalam waktu maghrib, dah siap solat terus anak-anak minta nak mandi pool. Layan kan ajelah dan kalau boleh memang diorang nak tidur je dalam pool tu. Punya lah sayang sampai tak mahu keluar, tak nak balik rumah sebab nak mandi pool. Besar tau pool ni size 450cm x 220cm x 84cm.
Kemudahan lain yang Hani Homestay sediakan :
- Seterika
- Iron board
- Wifi
Andai kata ada plan nak bawa family atau team syarikat anda gather macam ni dan nak buat aktiviti luar pun boleh sebab lokasi Hani Homestay ni berdekatan dengan banyak tempat menarik antaranya :
UiTM Shah Alam | Masjid Kristal, Seksyen 7 | Aeon Mall | I-City Theme Park | Jakel |
Ariani | Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Muzium Sultan Alam Shah | Kompleks Taman Seni Islam | Hospital Shah Alam |
Dataran Shah Alam | Perpustakaan Raja Tun Uda | Taman Tasik Shah Alam | Skytrex Shah Alam | Taman Botani Shah Alam |
Laman Seni 7 | Laman Budaya, Galeri Shah Alam | Uptown Shah Alam | Taman Tema Air Wet World | Plaza Alam Sentral |
SACC Mall | Kompleks PKNS | Plaza Perangsang | Decathlon | Stadium Shah Alam |
Alhamdulillah percutian yang sangat indah bersama seisi keluarga. Anak-anak teringat pool mereka sampai harini. Betul-betul melekat dalam kepala ni.
Bagi anda yang mencari homestay sekitar shah alam bagi tujuan konvokesyen, family gathering, me-time anak beranak, meeting syarikat dan pelbagai lagi boleh singgah Hani Homestay. Untuk tempahan boleh hubungi :
Whatsapp Hani Homestay Shah Alam
Baca : Tip tanam pokok kesum
Recent Comments