Skip to main content
FS Review

Program Back To School Pusat Pakaian Hari-Hari

By December 31, 2022No Comments
Program Back To School Pusat Pakaian Hari-Hari | Farah Samad

Cuti sekolah bulan Disember ini ticer dan suami ambil peluang untuk sediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Dah buat persiapan awal, mudah nak urus kewangan untuk hari mendatang inshaAllah. Baru-baru ini ticer singgah ke Pusat Pakaian Hari-Hari di 9Avenue, Nilai banyak kelengkapan sekolah ada kat sana. Alhamdulillah one-stop centre macamni senang kerja bagi parents yang anak ramai macam ticer kekangan nak berjalan cari barang sekolah di banyak kedai.

Antara kelengkapan yang ada dijual :

  • Baju sekolah
  • Seluar sekolah
  • Kain sekolah
  • Kasut sekolah
  • Tudung
  • Anak tudung
  • Beg sekolah
  • Stokin
  • Alat tulis
  • Tali pinggang
  • Pakaian dalam
  • Botol air
  • Pakaian sukan

Tahun depan tiga dari lima orang anak-anak ticer akan bersekolah. Ayyubi tahun 3, Jailani tahun 2 dan Amni pra-sekolah. February 2023 baru ada taklimat untuk sesi pra-sekolah, so barang-barang sekolah Amni ticer belum siapkan lagi. Habis taklimat baru fokus untuk dia pula. Tu yang dia tak ikut beli barang sekolah haritu.

Jom Shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari

Promosi Back To School

Pusat Pakaian Hari-Hari sekarang tengah adakan promosi back to school, FREEGIFT calendar untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit! Ticer pun tak nak lepaskan peluang ini.

Kelebihan beli awal ialah :

  1. Stok pakaian masih banyak pilihan dan saiz
  2. Kedai belum sesak dengan pelanggan
  3. Selesa nak memilih barangan dan saiz

Lagi pula bila dah buat persiapan awal macamni dapat lah rancang kewangan untuk bulan-bulan akan datang. Ingat lagi tahun 2022, sekolah buka Mac kemudian puasa dan tidak lama lepas tu nak raya. Alamak, kos lagi. Huu. Kali ini kita rancang awal perbelanjaan sekolah dan hari raya inshaAllah.

Staffness peramah dan baik

Di Pusat Pakaian Hari-Hari ni ticer sangat senang dengan staffness mereka yang peramah, baik dan bersungguh-sungguh melayan customer. Alhamdulillah. Urusan kami jadi mudah dan cepat dengan bantuan staffness mereka. Terima kasih banyak.

Kualiti Tinggi Harga Mampu Milik

Pada keluarga yang anak ramai bersekolah, boleh bezakan saiz pakaian atau jenama pakaian untuk elakkan bergaduh atau berebut pakaian sekolah di hari persekolahan nanti. Pusat Pakaian Hari-Hari tersedia dengan dua jenama yang berkualiti tinggi iaitu Jony & Jeny dan No Problem.

Ticer belum pernah try brand No Problem, tapi Jony & Jeny yes. Bagus kualiti kasutnya memang tahan lasak. Ini kali ticer nak try dua brand ini untuk pbaju dan seluar sekolah anak pula. Oh ya, bukan jenama pada kasut sahaja tau malahan baju sekolah, seluar sekolah dan stokin pun dari jenama yang sama ini.

Pusat Pakaian Hari-Hari kini mempunyai lebih 95 rangkaian cawangan di seluruh Malaysia dengan menawarkan pakaian harian buat semua golongan dari kanak-kanak sehingga dewasa. Dengan pelbagai produk berkualiti setanding jenama lain menjadikan ia pilihan pusat pakaian seisi keluarga. Harga mampu milik dan sangat berpatutan seperti ini dapat bantu banyak keluarga yang berpendapatan rendah hingga sederhana.

Alhamdulillah barangan sekolah dah dapat, untuk hari ini anak-anak dapat 2 pasang baju sekolah kebangsaan, 1 pasang sekolah agama, pencil case, dan ruler. Lain-lain barang masih elok danboleh digunakan lagi. Kita reused.

Moga anak-anak semua terus bersemangat dalam perjuangan menuntut ilmu. Aamiin

Marilah Pergi Hari-Hari! Selamat bershopping

Baca : Buku bantu anak kuasai asas matematik dengan mudah

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!