Skip to main content
Jom Kebun

Tip Mudah Tanam Pokok Kesum Dalam Pasu

By June 13, 2021No Comments

Macamana sibuk buat kerja dalam rumah, saya pastikan setiap petang akan keluar rumah juga untuk jenguk pokok-pokok kat halaman rumah. Ada lah sikit koleksi hijau untuk segar kan mata. Sejak Covid-19 melanda, aktiviti luar rumah pun jadi terbatas. Maka, bila ada kelapangan waktu jom lah kita berkebun. Mata sihat badan pun sihat.

Terperuk dalam rumah pun stress kan. Setiap hari hadap screen laptop dan handphone, badan jadi kurang sihat juga. Kalau tanya pokok apa ada kat rumah ni?

Kami ada:

  1. Pokok Daun Kari
  2. Pokok Daun Kesum
  3. Pokok Lidah Buaya
  4. Pokok Bunga Aster
  5. Pokok Bunga Garlic Vine
  6. Pokok Bayam Brazil
  7. Pokok Daun Pothos (orang panggil duit-duit)
  8. Pokok Daun Ketumbar Jawa
  9. Pokok Daun Selasih
  10. Pokok Oregano
  11. Pokok Bunga Ros Jepun
  12. Pokok Daun Sansevieria (pokok lidah jin aka lidah mertua)
  13. Pokok Ulam Temu
  14. Pokok Ulam Cekur

Halaaa halaa, gigih kita jenguk keluar tengok pokok. Kadang-kadang kan saje tanam dalam pasu extra lepas tu kita bagi lah kat bestfriend atau mak-mak student atau sahabat facebook yang nak. Saje. Memang niat nak bagi. Pernah dulu tanam pokok cili, pokok bayam brazil. Bagi-bagi kat orang lain sikit sama sikit. Seronok bila orang lain happy.

Kadang ada yang tanam menjadi, ada juga yang tanam tak menjadi.. Jadi bila kita bagi yang da siap hidup, diorang pun suka. Alhamdulillah.

Haritu sempat buat projek pokok kesum. Mula-mula saya tanam memang tak jadi, susah betul nak faham perangai Cik Kesum ni. Tanam dalam air tak mahu, tanam direct kat tanah pun tak mahu. Sudahnya, ada kenalan saya kirim pokok kesum 3 batang. Kita pun terus pindah kan ke pasu. Ehhhhh terus hidup. MashaAllah. Hidup sampai harini dan dapat buat berpasu-pasu kesum lagi untuk kawan-kawan. Syukur alhamdulillah.

Bagi yang nak belajar tanam kesum, haaa jom saya share kan cara tanam yang mudah. Saya tanam dalam pasu je. Dapat lah stok dua pasu kat rumah. Selebihnya kita sedekah kat kawan.

First!

Ambil pucuk kesum (dalam dua ruas jari pun dah ok.

Second!

Rendam keratan pucuk kesum tadi ke dalam air. letak dalam bekas lutsinar lagi best. Senang nak tengok pertumbuhan akar

Third!

Tunggu dalam tiga ke tujuh hari sampai akarnya keluar. Macamni. Masa ambil gambar yang ni ada lagi keratan lain yang belum keluar akar. Dalam seminggu tu mostly semua dah berakar. Jom pindah ke tanah pula

Forth!

Siapkan media tanaman. Saya selalu ada masalah nak mix kan potting soil tau. Jadi saya guna Tanah Subur Hitam Organik ni. Tak perlu tambah apa-apa tanah lain lagi dah. Terus je tanam. Senang.

Finally!

Cucuk keratan kesum tadi ke dalam pasu yang dah isi tanah tadi. Siram tau. Jangan dibiar je diorang duduk dalam pasu tu. Mentang-mentang dah keluar akar. Amboi!

Senang kan?

Boleh juga tanam direct terus ke tanah tau sebenarnya tapi cara ni saya buat tak menjadi. Orang lain buat jadi. Korang boleh try. Ni cara mudah saya biakkan kesum.

Oh ya, pasal tanah. Selain tanah yang ini, saya suka juga guna Tanah Sawit campur siap-siap dengan baja tahi ayam atau tahi kambing. Biarkan seminggu berhujan berpanas lepas tu baru mula kan aktiviti menanam. Subur mashaAllah. Try lah.

Kalau tak jadi, bukan salah tangan korang cantik tu tau. Tapi mungkin keadaan tanah tu yang tak bagus untuk tanaman. Sabar keh! Jangan putus asa, teruskan usaha. Allah kan ada 😉

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!