Travel kalini memang bawa mood lain daripada mood travel sebelum ni. Tak pernah rasa gusar sampai macamni sekali nak tinggalkan adik-adik kat rumah sendirian dan mereka kena uruskan diri sendiri tanpa kakak.
Beberapa jam sebelum flight sempat feeling kelam kabut siapkan barang-barang dapur untuk diorang masak sepanjang kaklong tak da kat rumah. Kena masak sendiri, ala alaaa ciannya korang.
Belikan ayam siap basuh dan pack kan kecil-kecil masuk dalam bekas untuk bekalan memasak 4 hari. Naget ayam Ramly dan hotdog blackpepper and cheese pun kaklong siapkan untuk diorang.
Risau wey, kang aku kat sana sedap makan adik-adik kat rumah tak makan. Naya!
Dah siap pack barang masak. Siapkan pula makan malam untuk diorang, masak sup ayam je cepat dan mudah sambil aku kemas dapur sambil tunggu sup masak. Tak da lah nak banyak sangat kerja jenguk dalam periuk tu. Tinggal je sampai masak. Dinner ready! Yeyy
Nak dijadikan ceritanyaaa, punya kelam kabut sebab tiba-tiba sinki tersumbat. Habis banjir dapur aku. Benci betul kalau dapur kotor.
Dengan baju tak siap packing lagi, barang-barang pun tak siap lagi. Almaklum it was last minute news maklumkan dapat jemputan ke Jakarta untuk training digital marketing tim kat sana. Feeling? Of coz I’m excited but the same time very the kelam kabut sebab nak uruskan adik-adik dan rumah.
Mungkin feeling business trip macamtu kot eh. Kelam kabut. Kalau feeling jalan-jalan holiday tak da plak aku rasa kelam kabut camni. Fuhhhhhhhhhhh
Alhamdulillah, walaupun keletihan tetap aku rasa happy. Trip kalini fully sponsored tapi takyah tahu lah siapa sponsor eh.
Khamis malam gerak, Isnin malam balik sini. Oh damn it! Aku rindu adik-adik aku
Recent Comments