Skip to main content
Uncategorized

Lepak Boomtown Cafe kat USJ berbuka puasa

By May 30, 2017October 21st, 2017No Comments

Selesai sudah 3 ramadhan 1438. Harini dapat jemputan daripada kekanda, well actually jemputan ni sejak minggu lepas dapat voice note di whatsapp lepas event di UiTM Puncak Alam last Saturday (20 Mei 2017). Ahad besoknya tu dapat text dan voice note dari Kanda Shikin lepas tengok video live record event tu.

Hajat yang disampaikan nak sponsor adik-adik berbuka puasa bersama setiap hari di Boomtown Cafe, USJ. MashaAllah, bayangkanlah “setiap hari”. Rezeki adik-adik biar semangat mereka berpuasa. Alhamdulillah.

At first relationship kami sebagai strangers dan mula berkenalan sejak 4 tahun lepas, masa tu saya melawat sahabat (Kak Nini) di Putrajaya keserentakannya kawasan rumah Kak Nini ada buat jualan sempena hari kesihatan penduduk situ.

Saya follow Kak Nini kat booth, jual PhytoScience dan sebelah booth kami tu lah booth kanda Shikin. Dia jual sabun dan softener dobi 10kg. On the way balik sempat lah beli sebotol sabun dan sebotol softener buat stok kat rumah. Sempat juga sembang kosong dengan Kanda Shikin dan ambil nombor contact.

Lepas sebulan setengah dah guna sabun dan softener tu tak habis lagi, tiba-tiba tergerak hati nak contact Kanda Shikin nak register jadi ejen sabun sebab terbukti sabun tu sangat menjimatkan. Hari berganti hari, tahun berganti tahun sempat lah saya jadi ejen sabun KakTon (gelaran Kanda Shikin kat fesbuk sampai terikut-ikut gelaran diri sendiri DikTon adehhhhhh) selama beberapa tahun.

Alhamdulillah jualan memberangsangkan dapat jual 50 botol sabun dalam sebulan (oklahhhh untuk permulaan orang tak reti menjual ni. newbie kata kauuuuu). Stok sabun tu dihantar direct dari USJ ke Nilai dan sampai satu tahap order 100 botol sabun tapi tak muat nak simpan stok kat rumah. Almaklumlah rumah teres setingkat space agak limited and finally decide tak nak jual sabun dah sebab tak mampu nak buat COD setiap bulan ke Damasara, Shah Alam dan KL. Jadual sangat tight dengan kelas tuisyen dan nak COD sabun, but it was a good start for me in doing bisnes.

Kanda Shikin banyak bantu saya kenal dunia bisnes trading dan berkenalan dengan ramai network baru. Alhamdulillah, Kanda Shikin juga yang mula-mula perkenalkan saya dengan dunia bisnes secara online, dia ajar macamana nak jual sabun ni melalui posting di fesbuk.

Alhamdulillah memang kebanyakan customer sabun saya dulu daripada media online merujuk kepada posting di fesbuk. Last 2 years back, dalam tahun 2015 last jumpa Kanda Shikin kat Boomtown Cafe milik Kanda Shikin dan suami. Masa tu dah tak jual sabun, saja singgah kedai dia nak jumpa sembang-sembang dan sharing ilmu. Dia memang tak lokek ilmu tau. Apa saja ilmu baru dia ada, dia akan share dengan saya and sames goes to me selalunya bila ada ilmu baru dari perkongsian guru bisnes atau guru motivasi mesti kami akan share each other dan topup ilmu masing-masing.

Dan itulah kali terakhir berhubung dengan Kanda Shikin. Kami pun tak whatsapp mungkin sebab masing-masing sibuk dengan urusan life masing-masing. Setakat komen di fesbuk dan komen each other punya posting je yang sempat.

Sampai lah hari sabtu lepas, saya terima jemputan untuk program “Inspire From Heart” bersama Sifu Rizal Hassan di UiTM Puncak Alam. 30 minit sebelum slot saya mula, tiba-tiba datang idea nak buat live recording di fesbuk. Mohon bantuan Kanda Mia (yang datang for surprise nak tengok adik dia perform LIVE depan mata dia. thank yoouuuuu kanda) untuk record kan fesbuk live.

Tak sangka keesokannya (hari Ahad) Kanda Shikin antara penonton live video tu. Habis tengok video terus terima hajat dari Kanda Shikin dan suami untuk sponsor adik-adik berbuka puasa di Boomtown Cafe “setiap hari”. besar hajat kanda nak kami ada masa buka puasa dengan family Boomtown. Alhamdulillah, siap bagi amanah kat kami sebelum balik dari berbuka malam tadi,

“Farah dan adik-adik kalau kakak tak da dengan uols time berbuka atau kakak lambat datang cafe, uols terus order je tau kakak nak korang nikmati semua jenis makanan yang ada dekat cafe kakak. Besar hajat kami nak Farah dan adik-adik berbuka dengan kami setiap hari dan rasa apa yang kakak dan abang dapat rasa kat sini. Pilih je nak makan apa, nak minum apa order je. Kakak dan abang nak sponsor uols ya. Kakak dah bagitau semua staff supaya layan uols baik-baik dan bagi apa saja yang uols nak makan dan jangan segan tau berbuka kat sini”

Allahhhhhhh, rasa nak menitik air mata tapi tahan sat tak nak bagi jatuh depan kanda. InshaAllah kami tunaikan hajat kanda, jika tak ada jemputan lain dan tak ada apa-apa majlis bantuan sempena Ramadhan ni. Selalunya setiap kali Ramadhan memang penuh jadual dengan jemputan berbuka puasa dan majlis bantuan anak-anak yatim. Ambo ikut jah, yang penting adik-adik gembira.

Alhamdulillah terima kasih so much kanda sudi jemput kami dan still tak lokek share ilmu (pasal bisnes, motivasi, life, family) and the best tentang Kanda Shikin ni yang buat I respect gilerrrr dekat you kanda, dia seorang ratu kepada 5 orang puteri dan putera, juga suri hati kepada abam kacak yang mengetuai keluarga mereka dan seorang businessman berjaya, juga seorang businesswoman yang sukses. MashaAllah…

Kalau jumpa Kanda Shikin, selalunya saya akan perhatikan cara dia layan anak-anak. Tak garang, tak tinggi suara, cool mother, very supportive dan sempoi. Anak-anak pula jenis yang dengar cakap, behave, pandai tolong mama diorang kemas rumah. Selalu berdoa kat Allah supaya hadirkan sifat kasih sayang macam Kanda Shikin dalam hidup saya supaya dapat saya didik anak-anak saya nanti dengan penuh kasih sayang. Yes, my wish.

Thank you Kanda Shikin, wanita yang sangat adorable di mata saya. Selalu give support dan selalu sumpah saya dengan kalimat “Kakak sumpah Farah jadi someboday yang berjaya satu hari nanti di dunia dan di akhirat”. Ya, dia selalu sumpah saya dengan kalimah tu bila dia datang restok sabun kat rumah dulu. MashaAllah, terdiam terkedu

Malam ni dapat follow berbuka puasa dengan Ila dan Biha sebab Faiq baru sahaja pulang ke madrasah, Firaz pula kerja…emmm, dulu masa kecik selalu lepak makan dengan kakak fullset (5 orang termasuk kakak, Firaz, Ila, Faiq dan Biha). Bila dah besar ni selalu tak cukup set. Huuuu…semoga ada peluang dan rezeki untuk kami berbuka puasa bersama Ya Allah. Aamiin

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!