Skip to main content
Aidilfitri 2021

Salam Aidilfitri 2021 (1442H)

By May 14, 2021No Comments

Dulu, bila tiba musim raya mesti gembira bila dapat jumpa keluarga dan dapat kunjung ke rumah-rumah saudara dan sahabat. Persiapan raya pun boleh tahan juga, serba serbi baru nak sambut raya. Meriahnya dengan juadah ketupat, lemang, rendang, lontong, ketupat palas dan banyak lagi. Ehhhh kuih raya pun wajib ada kan.

Rindu persiapan raya dengan keluarga. Ada yang pasang langsir, ada yang potong bawang, ada yang susun kuih raya, ada yang masak didapur, ada yang kemas rumah. Bangun pagi pun dengan perasaan ceria dan teruja nak sambut raya. Cepat-cepat mandi sunat Aidilfitri, sarung baju raya, makan juadah raya, pergi solat raya. Balik dari solat raya mula lah aktiviti salam raya seisi keluarga.

Rindunya pengalaman berhari raya sebelum musim PKP. Sekarang, semua dah lain. Ramai antara kita yang tidak dapat pulang beraya di kampung demi keselamatan keluarga terutama kedua ibu ayah di kampung. Wabak Covd ni betul-betul ujian seluruh umat islam di dunia. Bukan kita seorang yang alami. Satu dunia.

Sabarlah duhai hati.

Walau tidak dapat pulang ke kampung, walau tidak dapat ziarah sanak saudara dan sahabt, walau tidak boleh merentas negeri dan daerah, RAYA STILL ONZ!

Hari raya hari kemenangan. Bila jiwa kita tenang, jiwa kita menang. Itulah raya. Moga apa pun ujian yang sedang kita hadapi, apa pun situasi yang kita alami kita tetap gembira dan panjatkan rasa syukur pada Allah atas kurniaan dan limpahan rahmat serta nikmat dari Nya. Saya doakan juga moga Allah sentiasa lindungi kita semua dari kesesatan, kejahatan, kecelakaan dan segala fitnah akhir zaman.

Salam Aidilfitri dan Syawal dan Farah sekeluarga

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!