Skip to main content
FS Review

Tip Jaga Mata Lepas Penggunaan Gadget

By December 9, 2021December 9th, 2022One Comment

Tip jaga mata sangat penting, hari ini penggunaan gadget dah jadi satu keperluan dalam kehidupan harian kita. Mana tidak nya, kita yang dewasa dengan urusan kerja menggunakan aplikasi Whatsapp, Google, Facebook dan banyak lagi. Manakala dalam kalangan kanak-kanak pula dengan urusan sekolah sejak PDPR dilaksanakan. Bukan itu sahaja, ada juga yang gunakan gadget untuk bermain game dan sosial media.

Baru-baru ini Ticer Farah ada join sesi perkongsian dari Dr Mohd Hafidz bin Ithnin, Pembantu Professor di Jabatan Optometri dan Sains Visual Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, juga merupakan Konsultant Optometri di Optom Eyecare.

Paling menakutkan bila dapat tahu kesan penggunaan gajet yang melebihi 3 jam dikalangan anak-anak. Jom Ticer Farah share kan hasil perkongsian dari Dr. Mohd Hafidz, antara kesan penggunaan gajet pada mata anak-anak:

Peningkatan power spek mata

Sejak lahir, bola mata akan membesar dan memanjang sehingga umur 13 tahun. Makin bertambah power spek, bola mata akanmemanjang dan meregang dengan sangat cepat sehingga boleh menyebabkan saraf dibelakang mata terkoyak. Kesan dari saraf koyak ini boleh menyebabkan buta.

Berbeza dengan mata anak-anak yang masih sihat, pemanjangan bola mata tetap berlaku tapi dalam kadar yang sangat perlahan berbanding anak-anak yang berkaca mata. Bukan power yang perlu dibimbangkan, namun kesan dari regangan dan pemanjangan bola mata hingga menyebabkan kebutaan itu yang perlu risau. Sebab tu penting untuk kawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak.

Tip Jaga Mata Lepas Penggunaan Gadget | Farah Samad

Otot fokus mata tak stabil

Ok meh tengok dalam gambar ni, nampak tak ada lelaki tengah pegang kamera? Ok sekarang imagine tangan yang pegang kamera tu macam otot yang berfungsi untuk pegang kanta mata. Kanta kamera pula sebagai kanta mata yang akan kawal fokus mata. Dah imagine? bagus.

Bila kamera tu terlalu fokus pada objek, lama kelamaan tangan yang pegang kamera tu akan penat kan? Fokus sana fokus sini sebab nak cari titik fokus yang terbaik.

Sama juga dengan mata kita, kesan dari penggunaan gajet yang terlalu lama akan menyebabkan otot fokus tadi jadi terlalu aktif fokus fokus fokus sampai satu masa akan jadi kabur. Bila ini terjadi, mata akan jadi cepat penat sebab mata dah tak mampu kawal fokus.

Tip Jaga Mata Lepas Penggunaan Gadget 02| Farah Samad

Mata cepat penat

Bila terlalu lama menghadap gajet, mata akan jadi penat sebab terlalu aktif bekerja kawal fokus seperti Ticer farah share point nombor 2 tadi. Selain penat mata kita juga akan jadi kering dan tidak selesa.

Juling

Mungkin ada yang tak percaya penggunaan gajet yang melebihi had masa boleh menyebabkan juling. Ini akibat dari otot fokus yang tak terkawal menyebabkan kawalan allignment mata juga tidak terkawal.

Akhirnya mata jadi penat dan anak mata jadi tak terkawal dan ke dalam. Nampak macam kelakar, tapi hanya lama kelamaan boleh menyebabkan masalah mata juling pada anak-anak yang terlalu terdedah dengan gajet melebihi 3 jam.

Susah tidur malam (Insomnia)

Pernah alami masalah susah tidur malam atau lebih specific Insomnia? Jika ya, cuba cek bila waktu terakhir kita pegang gajet sebelum tidur. Ini kerana kesan penggunaan gajet pada waktu malam terutama sebelum tidur akan menghalang penghasilan hormon melatonin iaitu hormon yang bantu proses tidur.

Tidur anak-anak akan terganggu jika mereka masih bermain gajet hingga lewat malam. Ini terjadi pada semua orang termasuk kita yang dewasa ini tau.

Itu antara kesan-kesan penggunaan gadget pada mata anak-anak, macam Ticer Farah bagitahu awal tadi penggunaan gajet ni dah jadi keperluan, segala urusan sekarang perlukan gajet seperti laptop dan smartphone. Kalau pun bukan bermain game, namun tetap perlukan gajet untuk urusan lain-lain kan.

Tip Penjagaan Mata Tanpa Meninggalkan Gadget

Apa nak buat ni? Haa jangan runsing. Dr Mohd Hafidz ada share juga tip bagaimana nak jaga mata tanpa meninggalkan gadget ni.

Berehat sebentar dan sambung semula penggunaan gadget

Apa pun yang kita nak buat kena berpada-pada. Sama juga dengan kes penggunaan gajet ni, bila melebihi had tempoh ianya akan beri kesan yang negatif pada kesihatan mata. Jadi disarankan setiap 1 jam penggunaan gajet, rehat.

Rehat kan mata dengan alihkan perhatian daripada tengok screen termasuk lah tengok TV. A big no! Beri ruang pada anak-anak dan diri sendiri untuk lihat pemandangan luar yang fresh. Bukan rehat mata dari laptop atau henfon tapi pergi buka TV pula. Ish. Cubit karang.

Galakkan aktiviti luar rumah

Jika dapat ibu ayah boleh juga bantu bawa anak-anak buat aktiviti luar rumah seperti riadah, joging, berkebun, evening-walk atau apa sahaja aktiviti luar yang tidak memerlukan gajet.

Kanta khas untuk penggunaan gadget dan penapis warna biru

Untuk kegunaan gajet memang ada kanta khas supaya dapat melindungi mata anak-anak dari terdedah terlalu lama cahaya biru dari gajet.

Beri ganjaran pada anak

Ibu ayah boleh sediakan ganjaran sebagai reward pada anak-anak bila mereka dapat kurangkan penggunaan gajet berbanding selalu. Kita nak raikan kejayaan mereka.

Boleh masakkan menu kegemaran mereka, atau bawa mereka berjalan, atau belanja anak-anak makan aiskrim, atau boleh juga belikan mereka permainan yang bantu perkembangan otak mereka.

Tidak semestinya beri duit. Yang penting kita hargai usaha mereka dan sama-sama beri sokongan pada anak-anak untuk kurangkan penggunaan gajet.

Jom dengar kan sharing dari Dr Mohd Hafidz

Nanti boleh bawa anak-anak jumpa Dr Mohd Hafidz pada 11 Disember 2021 di Optom Eyecare Bangi. Boleh ambil peluang ini untuk berjumpa dengan Dr Mohd Hafidz sendiri dan boleh dapatkan nasihat dan pandangan dari beliau sendiri tentang penjagaan mata anak-anak.

Di Optom Eyecare Bangi kini memperkenalkan servis rawatan mata terbaru iaitu Kiddos Eyecare khas untuk kanak-kanak. Tunggu apa lagi, datang tau!

OPTOM Eyecare Bangi

Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)

IG : Optom Eyecare

FB : Optom Eyecare

Whatsapp : wasap.my/601111479093

Baca : Cara Taksir Zakat Secara Online

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Join the discussion One Comment

Leave a Reply

error: Content is protected !!