Alhamdulillah selepas 5 tahun melangkah keluar dari pintu gerbang UiTM akhirnya kembali semula. Jemputan ke “An Evening With ALUMNI of FKK UiTM” yang diadakan di Intekma Resort & Convention Centre kalini berjaya mengumpulkan para ALUMNI dari batch terawal sehingga ke latest batch yang bakal bergraduasi tahun depan.
Anugerah batch paling ramai dimenangi oleh senior kami dari batch tahun 2006, dahsyat! Terima kasih pada organizer yang berjaya mencari kami dari seluruh pelosok dunia bergabung kembali dalam satu event yang meriah.
Ramai lagi yang tidak dapat hadir disebabkan komitmen pada kaluerga dan kerjaya masing-masing. InshaAllah akan datang mesti lagi meriah. Batch kami yang attend 6 orang and me the only ladies wakil batch kami yang hadir.
Tak ada rezeki nak dapat cabutan bertuah malam ni, tapi Allah bagi hadiah lagi besar dari tu. Bila dapat pelukan dan ciuman dari Prof dan Dr, yang paling buat hati rasa nak melompat sampai ke bintang bila mereka masih ingat dan cam muka ni.
Antara lecturers yang dapat ketemu malam ni Puan Atikah (Thermodynamic), Madam Roselina (Strength Material), Dr.Fitrah (Visiting lecturer masa zaman praktikal), En.Najmi, Miss Noni, Dr. Norazah (Timbalan Dekan), Prof.Sharifah (Dekan), Dr.Kamariah
Tu zaman kami kat FKK batch 2007/2011, sekarang dah upgrade. Prof Norazah merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam. How time flies, masing-masing dah ada kerjaya sendiri.
Terima kasih buat adinda, ‘Aqilah sudi teman kakak pergi dinner malam ni dan jadi photographer kakak. Ada rezeki kakak pula teman adik-adik pergi dinner fakulti suatu masa nanti, InshaAllah aamiin.
Bersama dengan Prof. Sharifah, mantan dekan fakulti kejuruteraan kimia dan Dr.Kamariah, koordinator program master study by mix-mode. Dulu masa tengah buat master, tiba-tiba arwah mak meninggal dan saya kira itu turning point yang buatkan saya tak boleh putus asa dalam hidup dan kerjaya. They do support me.
Ingat lagi masa Prof dapat tahu yang mak dan abah meninggal lepas tu saya pula sakit, tak pasal-pasal saya kena marah dengan Prof sebab lambat diberitahu pasal hal tu.
Yelaaaaaaa, mana lah tak marah. Kau dah la student situ, semua benda kau tak bagitau orang. Kau assume tak ada orang nak tolong kau padahal Prof tu dah macam ibu untuk students FKK tu tau? Baru tahu ke Farah? memang padan lah muka kau. Kau sakit, tak bagitahu. Parents kau meninggal pun kau tak bagitahu. Yang paling zaaaaaaaaapppppp kena marah tu sebab Prof dapat tahu dari lecturer fakulti lain. Haih! Farah. Farah. Suka nau buat perangai.
Prof dan Dr siap datang rumah dengan beberapa orang lain wakil dari pihak UiTM dan fakulti untuk hantar bantuan. MashaAllah. Ok dah tak nak buka cerita ni nanti nangis. Haha. Bila malam ni dapat dinner bersama dan bergambar bersama, saya happy tersangat happy.
Recent Comments