Teknik Pemakanan Bayi 6 bulan
Baby Led Weaning (BLW)
Baby Led Weaning atau ringkasnya BLW adalah kaedah beri anak makan dengan cara bayi memegang makanannya sendiri tanpa bantuan suapan dari ibu. Antara kelebihan teknik BLW ini dapat bantu :
- Tingkatkan perkembangan motor halus bayi
- Bayi tentukan kuantiti makanan yang diperlukan
- Bayi belajar tekstur, bentuk dan rasa makanan
- Kurangkan bayi jadi picky-eater
- Upgrade skill baru seperti kawalan tangan dan suap makanan ke dalam mulut
Kelemahan Teknik BLW
Namun begitu teknik BLW ini juga ada kekurangan seperti :
- Bayi tidak dapat nutrisi yang seimbang (karbohidrat, protein dan vitamin)
- Lebih banyak makanan jatuh ke lantai berbanding yang masuk ke dalam mulut
- Baby alami gag-reflex
Untuk mulakan teknik BLW, ibu boleh sediakan makanan dengan potongan dadu (melatih pincer-grasp bayi), potongan memanjang (seperti finger food) yang memudahkan bayi untuk pegang sendiri makanan mereka.
Credit : Gambar dari google
Teknik Puree
Menggunakan teknik puree, ibu hanya perlu melenyek atau kisar makanan yang sudah direbus untuk dapatkan tekstur yang lebih likat. Antara kelebihan teknik puree ialah bayi dapat nutrisi sepenuhnya.
Ibu boleh sediakan makanan dari bahan karbohidrat (nasi, oat, gandum, keledek) digabungkan dengan bahan protein (telur, daging, ayam, ikan) dan vitamin (sayur, buah-buahan). Selain itu ibu juga dapat pastikan bayi dapat makanan yang cukup.
Kelemahan Teknik Puree
Kelemahan teknik puree ialah :
- Kemahiran motor skill bayi tidak dapat diasah
- Kawalan koordinasi tangan dan mulut juga tidak dapat diasah
- Bayi cenderung overfeeding
- Bayi tidak belajar self-feeding
- Bayi jadi picky-eater
Credit : Gambar dari google
Gabungan BLW dan puree
Ibu dah tahu kelebihan dan kekurangan antara teknik BLW dan teknik puree, jadi ibu boleh pilih untuk gabungkan kedua teknik ini. Sambil suap bayi makan agar bekalan nutrisi bayi mencukupi, bayi juga boleh belajar self-feeding dengan memegang, menyentuh, merasa makanan dan mengawal koordinasi tangan dan mulut.
ARTIKEL BERKAITAN
Nutrisi
Makanan Bayi 6 Bulan Padat Nutrisi
Resepi Puree Buah-Buahan
Sebaik sahaja bayi berusia 6 bulan, sudah tiba masanya untuk memperkenalkan makanan pejal dan puri buah-buahan adalah antara makanan pertama yang terbaik. Ini kerana ia berkhasiat, mudah disediakan serta mempunyai rasa manis semulajadi. Ia juga menjadikan si manja anda terbiasa memakan buah-buahan yang mencukupi setiap hari. Berikut adalah beberapa buah yang boleh anda gunakan untuk membuat puri:-
Puri Epal
Penggalak immuniti yang penuh dengan nilai pemakanan adalah perkara yang anda inginkan sebagai makanan pertama bayi anda bukan? Nah, itulah buah epal. Dengan kekayaan serat dan rasa manis semulajadi, bayi anda pasti menyukainya.
Bahan dan cara penyediaan
Ambil 1 biji epal yang bersaiz medium. Kupas kulit dan buang bijinya. Kemudian, potong menjadi kiub dan kukus hingga lembut. Selepas itu, lenyek epal yang sudah siap dikukus menggunakan masher dan puri epal sedia untuk dihidangkan.
Puri Nanas
Jangan abaikan buah berduri ini kerana ia boleh menjadi keperluan tambahan yang baik dalam diet bayi anda. Bagaimana?. Ia mempunyai antioksidan, vitamin C dan banyak nutrien penting lain untuk membantu membina tulang dan otot, imuniti dan meningkatkan fungsi otak.
Namun begitu, ia boleh menyebabkan ruam pada sesetengah bayi, jadi jangan lupa peraturan 3 hari untuk mengenalpasti sebarang alahan. Sekarang mari kita ikuti resepi puri ini.
Bahan dan cara penyediaan
Sediakan sebiji nanas yang ranum serta bebas dari cela dan buang kulitnya. Kemudian, potong dadu dan kukus hingga lembut. Akhir sekali, lumatkan menggunakan masher dan hidangkan.
Puri kiwi
Bayi sangat ‘dahagakan’ warna-warna cerah! Dan buah ini pasti menghilangkan ‘dahaga’ itu. Anda pasti tidak akan melepaskannya kerana ia juga merupakan ‘rumah kuasa’ nutrien. Pilih kiwi yang lebih pejal dan tunggu sehingga ia ranum barulah sesuai dijadikan puri untuk si manja anda.
Bahan dan cara penyediaan
Ambil 1 biji buah kiwi ranum dan padat apabila disentuh. Kupas kulitnya dan potong dadu. Kemudian, lumatkan menggunakan tangan. Siap!
Puri Pisang
Sekarang, inilah buah yang tidak memerlukan sebarang pengenalan. Siapa yang tak akan sukakan pisang? Ia merupakan salah satu buah super dan merupakan pilihan pertama kebanyakan ibu untuk snek yang mengenyangkan. Ia juga menjadi kegemaran setiap ibu kerana ia membantu dalam penambahan berat badan yang sihat. Tiada sebab seseorang boleh menjauhkan diri daripada kebaikan itu. Jadi mari kita semak resipinya.
Bahan dan cara penyediaan
Bahan yang diperlukan ialah sebili pisang bersaiz medium yang sudah masak. Kupas kulitnya dan lenyekkan menggunakan tangan. Puri pisang dah siap!.
Puri tembikai
Diperkaya dengan elektrolit untuk membantu agar badan kekal terhidrat, tembikai ialah buah musim panas yang sempurna. Kemanisan semulajadinya pasti membuatkan bayi anda meminta nya berkali-kali!.
Bahan dan cara penyediaan
Ambil sebiji tembikai dan kupas kulitnya. Kemudian, potong dadu dan buang bijinya. Lenyekkannya menggunakan masher dan puri tembikai sudah siap.
Puri betik
Betik adalah salah satu buah yang paling berkhasiat dan sihat. Tahukah anda betik boleh melegakan sembelit? Betik sarat dengan serat dan asid folik. Ia juga membantu pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Bahan dan cara penyediaan.
Sediakan sebiji kecil betik dan kupas kulitnya. Kemudian, potong buah betik menjadi separuh dan buang bijinya. Lenyekkan menggunakan masher selepas dipotong dadu dan siap!.
ARTIKEL BERKAITAN
Finger Food
Best Finger Food For Babies
Recent Comments