Memiliki kulit wajah yang bersih, licin, tanpa garis halus dan bercahaya adalah idaman setiap individu yang menitikberatkan soal kecantikan dan kesihatan kulit lebih-lebih lagi para wanita. Dengan NIVEA Luminous630, anda pasti boleh menjadikan impian ini satu kenyataan.
Ianya terbukti berkesan dalam mengurangkan kemunculan bintik-bintik gelap di muka yang disebabkan oleh tiga punca utama iaitu :
- Proses penuaan
- Terdedah kepada cahaya matahari
- Perubahan hormon
Sejarah penciptaan NIVEA Luminous630
NIVEA Luminous630 dihasilkan setelah beberapa orang saintis syarikat itu menjalankan kajian selama 10 tahun dengan tujuan mencipta semula enzim yang bertanggungjawab menghasilkan pigmen melanin iaitu pigmen yang menyebabkan tona kulit berwarna gelap.
Setelah menguji lebih daripada 50,000 ramuan aktif, mereka mendapati molekul yang dilabelkan dengan nombor 630 yang paling berjaya menyeimbangkan penghasilan pigmentasi.
Ini telah membuktikan Luminous630 bertindak bukan saja ke atas pigmentasi sedia ada dengan mencerahkan bintik-bintik gelap dan mengurangkan saiznya malahan ia juga mampu menghalang kemunculan jeragat pada kulit wajah.
Hasil kejayaan dari penemuan inilah akhirnya Luminous630 diberi nama.
Produk ini sangat bagus digunakan.Sebelum ini wajah saya agak kusam dan ada jeragat sikit. Namun lama kelamaan semakin hilang dan tona kulit saya nampak sekata. Tidak berminyak lagi dan Jerawat juga tak berani lagi singgah di wajah saya.
Mas (AMPANG)
![](https://farahsamad.com/wp-content/uploads/2023/06/20.jpg.webp)
Mengandungi Asid Hyaluronik
Apa itu Asid Hyaluronik?
Asid Hyaluronik merupakan molekul gula yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan. Ianya antara ramuan penjagaan kulit yang dapat meningkatkan dan mengekalkan kelembapan agar kulit menjadi lembut, licin dan gebu.
Bila usia semakin meningkat, penghasilan asid hyaluronik ini semakin berkurang. Kesannya kulit semakin hari semakin kurang anjal. Asid Hyaluronik ini mempunyai keupayaan luar biasa dalam mengekalkan air sehingga 1000 kali ganda beratnya dan menjadikan ia sebagai pelembap dan humektan yang berkesan.
Fungsi Asid Hyaluronik
- Melembap
- Melindungi kulit
- Merawat skin barrier
- Antioksidan
Asid Hyaluronik bertindak seperti span dengan menarik dan mengekalkan air supaya keanjalan kulit dapat dipertingkatkan dan penampilan keseluruhan kulit juga menjadi lebih gebu.
Ia juga mampu mengurangkan penampilan garis-garis halus serta menambah baik keanjalan kulit. Selain itu, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit terutama bagi mereka yang mempunyai kulit jenis kering.
It is easy to apply and my face is not sticky after applying it as the serum absorb nicely into the skin after applying it. Spots on my face also brightens a lot. Recommended!
Anis (RAWANG)
![NIVEA Luminous630 Rawat Bintik Hitam | Farah Samad](https://farahsamad.com/wp-content/uploads/2023/06/Untitled-1024x568.png)
Alhamdulilah sejak ticer buat rawatan parut jerawat, mula timbul kesedaran untuk jaga kulit dengan baik. Tujuannya nak kulit sihat tanpa perlu mekap untuk kelihatan cantik, seronok bila tengok orang lain kulit cantik bersih lebih-lebih lagi bila yang naturally cantik tanpa mekap. Adorable sangat!
Memang impian ticer sangat nak kulit macam tu. InshaAllah slowly belajar ilmu skincare dan penjagaan kulit.
Dengan penjagaan rutin skincare yang betul dari awal inshaAllah dapat cegah pelbagai masalah kulit akan datang. Jika anda sedang mencari sunscreen, ticer suggest 10 produk sunblock terbaik untuk dijadikan rujukan.
Recent Comments