Assalamualaikum, sahabat blogger!
Maaf la sebab baru berkesempatan nak online n update pasal prof. Awal april, prof dibedah di Hospital Putrajaya, dan alhamdulillah semuanya selamat dan urusan telah berjalan dengan sangat lancar dan berjaya! Nah, ikuti kisah prof selama 11 hari…
Hari pertama di Hospital Putrajaya, seawal jam 9pagi dah berada di hospital untuk pendaftaran kemasukan wad. Malangnya, haritu ahad n registration tutup dan akan dibuka jam 11pagi. Pendaftaran wad prof sepatutnya jam 10pagi. So, kami ke bahagian kecemasan untuk pendaftaran wad. Unfortunately, wad penuh so kene tunggu petang baru ade kosong. Dari pagi, nak tunggu ke petang tu agak lama…kami pulang ke rumah dulu la nampak gayanye. Hari ni, lepas zuhur prof terima kunjungan dari sahabat2 prof dari KL dan Lumut. Fatin, Ida, Yong, Safwan dari KL…Aisyah dan suami dari Lumut datang semata2 nak lawat prof sebelum operation. Thank you korang…agak nervous gak bile orang ramai datang melawat, haha…
Dalam jam 4.15 pm, dapat kol dari pihak hospital mengenai wad…Alhamdulillah, lepas asar kitorg siap2 nak gerak ke Hospital Putrajaya dengan penuh keterujaan. Aunty Siti, Syara, Nadiah peneman setia harini…Nadiah selaku PA prof, menawarkan diri untuk menjaga prof dari mula prof langkah ke hospital sampai prof keluar nanti, Insyaallah!
Sampai di hospital, dapat nom wad 2A-16…kami pun terus naik. Tetapi, diberitahu oleh pihak nurse malam tu xboleh ade orang teman sebab pesakit belum operate. maksudnye prof xyah ngengade nak ade orang temankan sebab prof masih boleh berjalan n buat ape2. Ish! baru nak rase jadi bidadari…hehe.
Malam tu prof sorang2…Nad Razak, Aunty, Syara dah balik. but before balik, ade jugak kunjungan dari teman2 Aunty Siti harini. Dan yang penting, sebelum tu sempat lagi bergambar dengan PA dan baju hijau. hehe…have a look! =)
With PA, Nadiah lepas makan petang dalam wad
|
Hari yang ditunggu2…turn yang ke3 mengikut schedule sepatutnye, dan dianggarkan 2jam tuk operation ni. Tungu, tunggu, dan tunggu akhirnya kul 1pm baru name prof dipanggil tuk operation. dah cam cacing kepanasan duduk dalam wad sebab cuak n sorang2…yela, xde sape dibenarkan teman prof malam td, kalau x mesti boleh gosip2 relax kan minda. hahahah…Sebelum name prof dipanggil, prof text Nadiah yang dari awal pagi td dah tunggu kat lobi bawah, suruh die get ready bile prof cakap nak masuk OT nnt diorg boleh tunggu kat tempat menunggu level 1. Tapi, alhamdulillah diorg boleh naik ke wad n gerak same2 ke bilik OT dari wad. Sempat la bergambar same2…turut hadir sebelum operation, Wak Mail, Wak Som, Kak Musliha, Nisa, Azrin, Airin, dan adik2 prof. Tapi yang boleh naik Firaz sorang je sebab bawah 12 tahun xboleh naik.
Oh noooooooo!!!! please jangan prof tersedar waktu tengah2 pembedahan tengah berlangsung. Serious, prof takot kalau tersedar, saye takot sangat kalau sakit! =( .Prof bukak mata, nampak lampu tengah menyala…that’s y prof rase prof dalam OT lagi.
Prof: Doktor, dah siap ke?…
Doktor: Ehh, dah, dah lame siap…awak ok? ade rase sakit2 x?
Prof: (Sambil mengangguk tanda sakit)…Doktor, sejuk!
Doktor: Ok, (sambil staf2 sume setup painkiller tuk prof n selimutkan prof dengan 2 lapisan selimut.)
Prof xingat ape yang jadi kemudian tu sebab prof tengah mamai lagi…yang pasti prof dengar suara doktor suruh prof tekan controller ubat yang doktor letak kat genggaman prof kalau prof rase sakit. Dalam xsedar tu prof masih ingat prof sempat tekan 2x…1x kat dalam OT, 1x kat dalam wad. Sampai kat katil prof, nurse pakaikan baju prof…
Belum ape2 prof dah menggigil kesejukan, seriously!!!! sangat sejukkk…baru prof rase macamne ngan keadaan prof time tu nak g oversea???? Sejuk sikit…menggigil! hah! Mase tu prof nampak Nadiah, Aunty, and ramai lagi tapi prof xcam…minta maaf pada sesiapa yang baca blog ni yang hadir lepas prof kuar OT, xdapat tengok kamu semua.
Ya Allah, kalau nak tau….everybody doing nice to me! sangat baik, dari nurse sampai lah doktor dan juga pihak Hospital Putrajaya. Moga kalian akan Allah balas jasanya dengan hadiahkan hidayah dan barakah untuk kalian, Alhamdulillah…Terima kasih!!!!
Terima kasih pada mereka yang mendoakan kesejahteraan prof juga…sangat terharu dengan kebaikan dan ketulusan semua teman taulan, saudara mara, aunties and uncles…coz now I ade ramai mak angkat yang sangat concerns to me.
Sehingga harini, prof masih dalam pemulihan…dari sibuncit sampai sikerimping, tengah menyesuaikan diri dengan badan baru. Sangat nipis skang…haha. Hari kedua selepas pembedahan, prof cube bangunkan diri dan berjalan sebab nak cepat sembuh…Dengan bantuan Nadiah dan Aunty prof boleh berjalan, alhamdulillah! syukur!
Selaku PA, Nad Razak dan Atiqah telah berjaya lakukan tugas2 dengan baik. I feel like a baby…lepas mandi disapukan minyak, disuapkan makan, dimanja2kan oleh 2 PA prof yang sangat pandai menjaga prof =) Thank you korang…hugs for u both.
Terima kasih juga pada yang datang melawat dari sebelum pembedahan, hingga selesai operation…antaranya Fatin, Ida, Yong, Aisyah dan Farhan (suami), Azrin, Nisa, Airin, Officemate Atiqah, Wak Mail, Wak Som, Kak Musliha, Adik2 prof, Kak Nini, Kak Ita, Hanis, Nasuha, Maimanah, McD, Azreen, Atul, Amal, Rosyida, Fatin kawan serumah, Dr.M and his wife, Syamin, Aswad dan adik2, Adlin dan Syed (suami), En.Hanafiah, dan x lupe juga pada rakan2 Aunty Siti yang datang melawat…pada yang xtermention dalam ni, do let me know if ada datang tapi xtulis. =)
Hari ketiga lepas pembedahan, prof dah sihat…n boleh keluar wad! alhamdulillah…terus gerak ke rumah Aunty kat Sepang, dijaga rapi oleh Aunty dan anak2 beliau. rase macam keluarga sendiri da. sangat prihatin, ade dibekalkan Gamogen Healin dari Nad Razak n Pati Ikan Haruan Polleney dari Adlin untuk makanan tambahan bagi cepat sihat. Thank You! =)
Harini, hari ke-5 lepas pembedahan dan perkembangan terbaru prof awal pagi tadi prof masih xboleh bangun dengan stabil dan selesa. Dalam jam 7lebih Syara buatkan prof susu, dan lepas tu prof makan ubat painkiller dan antibiotic dari Unit Farmasi Hospital Putrajaya. Kemudian, berehat kejap amik nafas sambil berbaring…sebab nak duduk lama, sangat xlarat n sakit tulang pinggul. Sambil2 rehat, Syara datang bawakan air untuk lap kan badan prof..cuci rambut, sapukan minyak kat bahagian bahu sebab dari lepas operation lagi bahu prof sakit2…tp mase kat wad je dapat free treatment urutan bahu dari Nadiah. Sebab kat rumah skang katil flat, xboleh nak naikkan bahagian kepala…agak sukar bagi Syara nak tolong sapukan minyak kat bahu. Tapi harini, Alhamdulillah…prof mengengsot sikit ke bahagian hujung katil tanpa duduk untuk memudahkan kerja Syara sapukan minyak dan syampukan rambut. Lepas siap sume kerja2 membersihkan badan prof, masa untuk berehat plak…keadaan badan pun dah agak selesa sikit, prof pun tidur nyenyak. Dalam kul 10++ prof terjaga, pastu tatau nak buat ape, prof pun amik buku yang Airin pinjamkan dari dalam wad haritu. Dapatlah habiskan sampai chapter5, lepas tu prof cuba gagahkan diri untuk duduk…perlahan2, dan Alhamdulillah boleh duduk tapi masih sakit2 lagi…cube lagi, tarik nafas, sikit2 cuba tegakkan badan. Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah boleh duduk dah tanpa rasa sakit n waktu ni dalam jam 12++. Anak2 aunty balik dari sekolah…prof mintak Syadiah amikkan rehal, nak on laptop atas katil. Firtst thing, prof saje godek2 laptop n kemaskan ape2 yang penting. Xlame lepas tu, prof gerak ke toilet nak amik wudhuk tuk zuhur….Alhamdulillah, makin boleh berjalan dengan laju Cuma masih sakit2 bahagian dada dan bahu bila prof tunduk. Solat pun macam biasa, masih solat duduk atas kerusi…lepas solat zuhur, prof pun xrase sakit2 pinggang mahupun badan dan bahu, Syara amikkan nasi tuk prof. Haa…harini prof dah boleh makan dengan sendiri. Syarah buatkan ikan bakar, makan dengan nasi putih…dan Alhamdulillah, prof makan dengan banyak (2x tambah). Sebelum makan, Syara offer nak potongkan buah…my request nak Apple! Hehe…makan ngan Sya’indah, dan Syadiah kat bilik. Lepas makan, terus sambung update blog plak…
Terima ramai kunjungan tetamu yang prihatin termasuk dari kalangan kawan2 Aunty, sedare mare belah arwah abah prof, dan kawan2 tersayang juga. Thank you semua…sayang korang sangat2!
Sekarang, prof kat rumah dijaga oleh kawan prof, Nad…alhamdulillah, sikit2 dan makin hari ade perubahan pada prof. Semakin boleh berjalan dengan tegak, semakin boleh tunduk bile nak amik wudhuk, semakin boleh tarik nafas dalam2 bile berdiri…yang pada mulanya agak susah, bile nak bagun, susah nak tarik nafas, lebih selesa bile baring…
Semoga prof makin hari makin sihat…insyaallah! buat masa ni, prof ambil cuti khas selama satu sem. Segala aktiviti kajian akan disambung pada bulan september-januari, Insyaallah, after Januari prof dah stat kerja…cuma skang tengah fikir adik2 prof, hopefully diorg ok. Kalau nak tau, salah sorang adik prof menangis nak tidur malam sebab rindukan prof masa dalam wad…and she is Ila. How sweet she is, nangis sebab rindu kat akak die…muah tuk Ila =)
Take care!
With Love, xoxo
Prof Ique
ak rse pas operate mmg akan rasa sejuk giler…aku pon teringat time ak operate dulu..nurse kejut ak..'dik, dik..bgn..da siap operate"..ak pon bgn…mmg mengigil giler..smpai lbh 4 selimut kot diorg selimutkn ak..still ak kate kt doktor tu sejuk..huhu..mmg mcm tga naked kt tga pdg yg pnuh ngn snow..huhu~~
hahaha…yeke? aku selalu ingat aku abnormal, so maksudnye memang normal la lepas operate tu kite rase sejuk. haiyaa!
btol…smpai abes selimut kt tmpt operate tu wat selimut ak jer..smpai doktor kata…dik, selimut da abes..tahan sket je…sekejap j.e..nti blik wad..huhu..tmpt tu yg sejuk kot..
betul! mase aku sampai wad, diorg tutupkan econ. pastu esok tu die bukak econ aku sejuk balik, nurse cakap aku sejuk sebab xgerak, diorg xrase sejuk sebab diorg bergerak…tp diorg sgt baik!
Farah take care yaaa =)