Assalamualaikum, sahabat sekalian yang tersayang
Prof nak share sikit pasal diri prof…ape yang special sangat kat prof ni?? ahaaa!! teka2 =p
Takde ape yang best, xde ape yang special…cume prof ni unique!!! seriously, hahaha…perasan sorang2 je prof ni. Xde unique mane la…bukan cantek macam Izara Aisyah pun, prof comel macam Farahatul Naqueah je =p.
Kesah nye berbunyi begini, sewaktu kecil…ada seorang bayi lelaki comel dilahirkan kedunia bernama Mohamad Salleh, setahun kemudian adik kepada Mohamad Salleh pula dilahirkan dan diberi nama Mohamad Hassan, setahun selepas tu lahir pula seorang bayi perempuan yang sangat comel diberi nama Siti Suhada.
Kelahiran mereka disambut dengan penuh kasih sayang dan terukir senyuman bahagia oleh pasangan suami isteri Abdul Samad dan Ba’ayah. Tetapi, Allah lebih menyayangi bayi2 comel itu…maka telah dipulangkan kepada-Nya beberapa jam selepas mereka lahir.
Tahun keempat, si ibu mengandung lagi…tetapi, kali ini kandungannya sonsang dan harapan untuk melahirkan bayi tu sangat tipis. Si ibu berusaha untuk menyelamatkan kandungan beliau…kesane kemari mencari jalan agar dapat menyelamatkan kandungan itu. Sehinggalah tiba hari kelahiran, tidak disangka2…lahirnya seorang puteri cilik pada 23 September 1988 dan nama diberi Farahatul Naqueah oleh seorang sahabat baik si ibu. Ya Allah, si ibu menangis tanda bersyukur atas kelahiran puteri sulung beliau itu selepas 3 kali berturut2 kehilangan putera2 dan puteri beliau.
Alhamdulillah, puteri itu masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini…walaupun puteri itu bukan cucu sulung dalam keluarga besar, tetapi beliau sangat disayangi oleh wan dan atok hinggakan diberi gelaran manja IQUE.
Dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana sebagai anak peniaga kantin, setahun lepas kelahiran puteri…pasangan itu dikurniakan pula seorang putera yang diberi nama Mohamad Fadzli. Alhamdulillah, selepas kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh pasangan itu di awal kelahiran…akhirnya, Allah kurniakan zuriat yang lain sebagai pengganti dan pengubat kesedihan mereka.
Kehidupan mereka berempat tetap diteruskan, walaupun susah mahupun senang. Aku akui hidup sebagai peniaga ni adakalanya senang adakalanya susah. Tapi, kesusahan juga yang mengajar kita untuk lebih menghargai waktu senang…
Pasangan suami isteri tersebut sentiasa berpesan pada anak2 mereka jangan terlalu mengejar harta benda, biar susah didunia kelak diakhirat kesenangan akan menanti. Diberi didikan yang sempurna, nasihat yang baik, ajaran yang baik, dan sentiasa positif. Itulah mak dan abah prof…
Sesusah mane pun kehidupan kami sekeluarga, mak abah cool je. Same2 berusaha selesaikan masalah yang datang. Dah namanya dugaan Allah, hanya insan2 terpilih sahaja yang berhak dapat dugaan yang sedemikian rupa tau…lain orang lain dugaannya, bergantung pada tahap kekuatan masing2. Allah sayangkan semua hambaNya…sebab tu disetiap pengakhiran dugaan dan kesusahan, pasti diselitkan kesenangan atau kebahagiaan sebagai ganjaran kepada hamba2 yang telah berjaya harungi dugaan yang diberi dengan jayanya!
Sampai lah suatu ketika dimana waktu tu prof dah membesar dan bersekolah dan sekali lagi kekuatan kami diuji. Prof diberikan penyakit yang dikire agak kronik jugak…perut semakin membesar seawal umur prof belasan tahun.
Dapat detected ketumbuhan dalam perut, n masa tu prof kecik lagi dalam umur 12 tahun perut prof sikit2 die membesar. Sampailah nak cecah umur 14 tahun, makcik prof perasan perut prof besar dan keras. Mase tu g la try ubat kampung…orang tu pun takot nak pegang perut prof sebab keras. Kami disuruh rujuk ke doktor, takot ade ape2…
Mule2, macik prof bawak g scan kat klinik biasa…memang nampak something sebesar biji kacang soya. Doktor terus refer ke Hospital Seremban, tapi kitorang x g Seremban…abah bawak prof g Shah Alam ade satu tempat rawatan traditional, nama klinik dirahsiakan sebab telah dilaporkan owner pusat perubatan tu xmempunyai lesen yang sah! ish! menakutkan…nasib baik doktor tu xde buat ape2 yang membahayakan nyawa prof dahulu kala.
Sepanjang tingkatan 2 prof x sekolah sebab dapat cuti khas dari pihak sekolah atas masalah prof ni…naik tingkatan 3, terus masuk kelas bawah sebab xde result final exam tingkatan2. Atas bantuan Cikgu Zainab dan Cikgu Zaini, dapat lah prof dinaik kan ke kelas atas lepas beberapa minggu persekolahan bermula. Alhamdulillah, rezeki Allah…dengan izin Allah, prof dapat meneruskan persekolahan dan pengajian sampai sekarang dalam keadaan sihat (maksudnye xsakit2)
Hinggalah prof sekarang yang bakal berusia 24 tahun September ni…masih menanggung sakit yang same. Previously, ade jugak g ubat traditional…tapi bukan ape, hati ni xteringin langsung nak jejak kan kaki ke tempat2 macamtu. Sebab prof tau, sakit ni sakit yang nyata…memang sakit yang datang dari Allah, prof yakin satu hari nnt akan sembuh tapi bukan dengan cara bomoh atau seangkatan dengannye.
Pernah prof menyuarakan hasrat hati untuk wat operation, tapi malangnye dihalang oleh orang tua prof. Kerana terlalu menyayangi prof, so mak abah takot anything happen to me.
Pertengahan tahun lepas, prof ade buat rawatan kat HUSM…doktor cakap buah pinggang prof seakan bengkak, n kalau dibiar lame2 nanti takot effect kat buah pinggang plak. Ya Allah, mase tu tatau nak cakap perasaan prof macamne. Lepas satu2 hal yang datang…bile prof cakap kat mak sejelas2nye, mak tetap xbagi. Ketika tu sampai prof bergaduh dengan kawan prof sebab die nak sangat tengok prof sihat…tapi prof sendiri xberusaha nak sihat.
Bukan macamtu, memang prof nak sangat sembuh dari penyakit ni…tapi prof ditentang sekeras2nye oleh ibu prof yang terlalu menyayangi prof. Prof xnak dilabel jadi anak derhaka…ape yang prof buat??? Prof tetap bersabar, sebab prof yakin akan ade jalannye kalau Allah kata ADA!
Sampailah awal tahun ni…sejak 3 tahun arwah abah pergi, sampai beberapa minggu sebelum mak pergi…prof ade mimpi arwah abah cakap suruh proceed dengan operation. Dan, dengan segala kekuatan dari hati yang Allah beri pada prof…prof cube menyuarakan hasrat hati sekali lagi pada mak untuk buat pembedahan tu.
Alhamdulillah, Ya Allah…bayangkan, selama berbelas tahun prof sakit ni xpernah sekali pun mak izinkan tuk buat pembedahan. TAK PERNAH! Tibe2…bile prof cakap “Mak, boleh akak nak operation x? sebab bile akak nak rukuk akak sakit pinggang, akak takot buah pinggang akak problem macam yang doktor cakap”
Lepas tu, mak terus kol tanye keadaan prof…benda pertama yang mak tanye, kos rawatan dan pembedahan. Sebenarnye, ramai kawan2 prof yang sudi bantu dari segi kos rawatan…tapi prof xberani nak cakap pasal tu kat mak. Bile prof dah dapat yakinkan mak pasal duit, mak cakap OK. Syukur, Ya Allah…betulkan, kalau dah itu jalannye memang tu je arahnye.
Tidak lama lepas mak dah bagi green light tuk operation tu, mak pun pergi meninggalkan kami adik-beradik. Ceritanye bermule disini…yang panjang lebar prof cite dari muule tadi tu just introduction je…hehe. Haaa, begini prof nak cite…dulu kan my parents memang refused xnak buat operation, so sume urusan jadi tergendala n lambat…but then bile mak dah izinkan, n mimpi yang abah pun bagi green light memang sume urusan berjalan sangat lancar. Alhamdulillah, xtau nak berterima kasih pada Allah macamne lagi…dari hari selasa (13/3) prof settlekan ct scan, n amik sample darah.
Keesokan harinye terus buat appointment dengan salah seorang doktor di Hospital Purtarajaya. Pada 15/3 bertemankan Airin dan Ila (adik prof), kami ke Hospital Putrajaya…memang dah dalam waiting list appointment.
Hasil dari appointment dengan doktor, dah sepakat nak buat operation pada 2 April 2012 ni, in two weeks time je lagi. Takot!!!!!!!!!!!! hehehehe…
Kepada kawan2 yang sudi membaca, doakan pembedahan nnati berjaya dan selamat dan sume urusan berjalan lancar ye. Insyaallah, doakan juga prof cool nak hadapi dugaan Allah ni just like my parents. Moga adik-adik prof pun setabah + sekuat mak dan abah. Amin!~
Thank you pada semua yang terlibat hingga ke peringkat ni…hanya Allah yang maha pengasih dan penyayang saje yang mampu membalas jasa tuan/puan sekalian. Insyaallah, moga Allah berikan hidayah, permudahkan pintu rezeki kalian, serta memberi barakah pada sahabat2 + pensyarah2 + uncles + aunties + pihak yang bertanggungjawab + semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. TERIMA KASIH, tulus ikhlas dari saya, Farah.
p/s: sejak hari pemergian mak, prof dapat ramai uncles and aunties yang sangat caring n concern kat prof dan adik2. Thank you Allah…tindak tanduk mereka just like mom n dad. thank you! thank you! love u guys so much =)
With Love, xoxo
Farah~tak sangka kita seumur lah
=)
dan hampir menangis nis baca kisah farah dkt entri kali ni
memang kuat dugaan yg dihadapkan Dia utk farah
Nis memang dpt tahu farah sememangnya seorang wanita yang tabah
dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita sekalipun sesuatu itu menghancur luluhkan kita
=) Penyakit ni hanya pinjaman je…Allah kan sayangkan saya, Dia akan temukan penawarnya. Insyaallah!