Skip to main content
Uncategorized

Kuasa tuhan

By March 15, 2012October 21st, 20175 Comments
Assalamualaikum,sahabat2 sekalian =)
Takde ape yang prof nak share untuk entry kali ni, cume bulan ni (Mac) prof dan keluarga diuji oleh Allah. Diberinya dugaan yang sangat besar untuk kami sekeluarga.
Ahad lalu, 4 Mac 2012…prof bersama beberapa rakan seperjuangan bersama2 menghabiskan masa bersama diawal pagi semata2 nak panjat Bukit Broga…second time for me, but first time bagi mereka yang lain. Bersama Nisa, Maimanah, dan Madihah…seawal 4 pagi dah gerak ke Semenyih. Subuh di puncak bukit Broga…Ya Alah, nyaman nye. 
Lepas beberapa jam mendaki…siap bersarapan kat atas sane, dalam kul 8 lebih tu kami dah stat turun sebab xsabar nak balik. Prof dah janji ngan Nisa nak balik harini jugak sebab Nisa sudi nak hantar prof balik Shah Alam…so, agak2 prof sempat la nak siap2, mandi2, n rehat2 dulu before balik. 
Assalamualaikum…“, sahut prof dari luar rumah… “Wa’alaikumussalam… kakak dah balik“, kedengaran suara mak dari dalam dah menunggu anak die balik. Masuk rumah, mak dah tunggu kat pintu…tersenyum manis, ceria je muka mak harini. Prof pun salam mak, n letak barang2 mendaki kat bakul kain kotor. Terus ke depan berborak dengan mak…cerita pengalaman mendaki n merancang nak bawak adik2 kesane plak nanti. Insyaallah…
Xlame lepas tu prof minta izin nak rehat kejap…penat sangat!! Bile dah tidor tu memang xingat jam. Terjaga lepas Nisa kol, die tanye jadi or x nak balik? Sebabkan prof kepenatan yang teramat sangat2…baru bangun tido plak tu, so prof cakap xjadi balik…esok baru balik, tumpang Airin. 
Dah bangun dari tidur, terus siap2 solat Asar…tunggu maghrib, sembang2 dengan mak. Tetibe mak cakap “Kalau dapat satay malam ni pun sedap kan kakak, angah…esok kakak nak balik dah. Boleh angah, tolong g beli satay kejap?” kebetulan prof pun terase macam nak beli barang makan tuk rumah sewa. Mintak angah temankan g beli barang kat Giant, Nilai. 
Mak pesan, “Angah nanti singgah kat satay kejap order kan satay, amik balik nanti“. On da way ke Giant tu, singgah kedai satay tu…tapi tutup, xde rezeki mak nak makan satay malam tu. 
Balik dari Giant, on the way nak balik rumah…tibe2 ternampak kedai satay tu bukak…Ya Allah, memang rezeki mak malam ni nak makan satay. Alhamdulillah! 
Dapatlah kitorang makan satay same2 ngan mak malam tu…dalam kul 11 lebih gak kitorang makan, sebab tunggu satay tu lambat sangat2. Tapi xpelah, xkesah…yang penting dah dapat makan. Susah nak dapat makan satay same2 macam malam ni…sume ahli keluarga ade malam ni, seronok nye rase =)
Ceritanye, malam tu jugak…dalam jam 12 lebih, bonda tercinta prof telah pulang ke rahmatullah pada 5 Mac 2012 (Isnin)…dan sekarang ni kami adik beradik secara rasminya berstatus yatim piatu, Arwah abah pergi pada 28 Januari 2009 (Rabu). 
Sangat sedih pada mulanya, prof terkejut sangat2 dengan apa yang terjadi tapi prof yakin setiap dugaan yang datang dari Allah tu sebenarnya ada ganjaran yang menanti. 
Dengan sokongan dari adik2 tercinta, sahabat2 tersayang, kenalan yang sangat berhati mulia, dan saudara-mara yang ambil berat…Alhamdulillah, semuanya baik2 belaka.
Dalam ketiadaan mak dan abah, prof dihadiri oleh ramai kenalan baru yang banyak membantu dan menjadi tulang belakang prof. 
Terima kasih yang tidak terhingga, tulus ikhlas dari prof untuk semua yang banyak membantu uruskan beberapa urusan penting…antaranya urusan kewangan, dan kesihatan prof. Alhamdulillah…
Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik mereka semua, bantuan ikhlas dari mereka sangat2 prof hargai…Ya Allah, I am not alone! Syukur.
Antara kata-kata semangat dari sahabat2 yang prihatin:
“Innalillahi wa inna ilahi rajiun…sabar ye fara…Dia lebih sayang pada mak ko…sabar ye…sedekah fatihah banyak2”-arif
“Ko kene kuat fara…pasti ada hikmahnye…kite same2 doa untuk arwah…sabar k”-nad razak
“Takziah fara, tabahkan hati…kuatkan semangat”-hanis
“I am sorry to hear that, please take care of yourself”-DrM
“Farah, aku harap ko tabah. Allah sentiasa jaga ko. Jangan takut”-Syida
“Awak, tabahkan hati ya…saya xde dekat awak…saya tahu awak kuat”-najua
“Farah…sorry scha takde nak tolong. Sabar ya farah…scha tahu takda ayat yang boleh legakan hati farah sekarang, tapi bersabar ye. Adik2 farah perlukan farah”-scha
“Salam, takziah farah…harap farah dapat bersabar dan tabah”-Ira
“Salam, baru dapat tahu berita…takziah, kalo de pape yang aku boleh tolong bagitau la”-harith
“Salam farah, takziah…kuatkan semangat ye walaupun perit, Allah lebih menyayanginya. Teruskan kehidupan ini dengan redha”-fadz
“Assalam, takziah atas apa yang berlaku farahhh. semuanya di bawah penguasaannya. redha dan tabah atas setiap apa yang berlaku ye…semoga arwah abah dan mak ditempatkan bersama orang2 yang beriman, aminn”-dila
“Tabahkan hati, ko dipilih untuk menerima ujian sehebat ini kerana Allah tau ko kuat dan mampu untuk menerima qada’ dan qadarNya…bukan sebarang orang diberi tamparan sehebat ini.”-nad razak
“Salam takziah farah, tabahkan hatimu dan semoga diberi kekuatan hadapi dugaan…semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman…Al-fatihah”-sidah
“Atun, takziah sayang, banyak2 berdoa dan sabar k. sume jadi ade hikmah…Allah menguji hamba yang disayangi. harap ko tabah, kuat, dan cekal…kitorang ade ngan ko. pape hal ko jangan segan nak bagitahu aku ye. nanti aku datang jumpe ko.”-nadrah
“Takziah farah atas perkara yang berlaku. moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh. be strong!”-fendi
“aku terkejut sangat2 farah! Ya Allah sekelip mata. bukak fb pagi tadi baru tau…xpe farah, dugaan ni bonus untuk kamu. sekarang uncles and aunties ade kan? diorang akan jaga kamu semua. n aku kawan2 boleh tolong support farahh. tabahkan hati ok! permission yang arwah mak kamu bagi untuk opret tu sangat mengejutkan. n ini petanda untuk die restu apa sahaja yang terbaik untuk mu farah. kuatkan semangat ok. apa2 hal remeh temeh ke bagitau la aku, aku sudi berkongsi denganmu. nanti kalau ade free, text aku ko punyer acc num ye, abah aku nak bagi sedekah”-dila
“takziah fara…terkejut sangat, semoga ko tabah hadapi ujian ni ye…aku doakan ko dapat menjalani kehidupan seterusnya dengan berani dan redha atas pe yang terjadi. semoga arwah ditempatkan ditempat yang diredhainya”-hasanah
“Assalamualaikum fara…Nisa baru lepas baca yasin untuk arwah dan fara. Nisa doakan fara tenang menempuh dugaan Allah ne. Amin. If you need me, just say it. I am always here for you. Insyaallah”-nisa
“Allah s.w.t. lebih sayangkan arwah mak…mak meninggal dalam keadaan ingin solat isya’…supaya Allah tempatkan roh arwah emak di tempat orang2 beriman, Sungguh mulia pemergian emak…Ini adalah perjalanan hidup  yang penuh hikmah dan hanya orang2 yang dekat dengan Allah sahaja memperolehi ujian ini…Allah akan sentiasa menjaga dan bersama dengan awak n adik-beradik…tabahkan semangat”-ikhwan
“Salam, takziah fara…i don’t have the guts to contact u before. Be strong! adik2 ada saudara tolong tengok2 kan? =) if u need anything, let me know kayh”-bella
“Salam fara…ko ok? adik2 sume ok? kuatkan semangat tau. Untuk diri ko dan adik2…jangan patah semangat, kalau ade pape yang boleh aku tolong, bagtau ye =)”-azreen
“I often wonder what Dua to make for the people I care 4, then I realize that all I have to do is mention your name to Allah S.W.T. He knows what you need! =)”-kina
“Takziah fara, tabahkan hati ye…kuatkan semangat”-kak idi
“Salam farah..just heard about your loss…minta maaf sangat2 tak dapat datang, hope farah ngan adik2 ok”-fae
“How are you doing? You have been very quiet, I appreciate that you suddenly have a lot more commitments. Take care and all the best. salaamz”-DrM
“Ibu kepada slh seorang kwn kita, Farah telah kembali ke rahmatullah. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah & berdoa semoga roh ibundanya tersayang dicucuri rahmat & tergolong di kalangan orang2 yg beriman. Amin” – Nad Razak
“salam takziah dr mama sekeluarga…Innalillah, Al fatihah, semoga arwah mak farah ditmptkan bersama org2 beriman dan para syuhada, tabahkan hatimu nak, terima ketentuan Allah dgn redha, dia x akan menguji hambanya diluar kemampuan seseorang, mama jgk sedih mndapat berita dr nad sebentar td….be strong, ok…” – Mama Zura
“takziah buat farah sekeluarga..alfatihah” – Mira
“takziah…al-fatihah…smoga arwah mak fara ditmptkn bersama2 org yg beriman…kuatkan smgt n tabahkan hati…” – Hanis
“takziah fara. semoga beliau ditempatkn di kalangan beriman. al Fatihah. harap ko lbh tabah n sbr menempuh hari yg akn dtg” – Wani
“Salam farah…takziah atas kehilangan..moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..al-fatihah..farah n family..kuatkan semangat ya..” – Izreen
“takziah farah atas pemergian ibu tersayang. semoga ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang solehah..” – Aida
“takziah farah..be strong ok..” – Linda
“Salam takziah farah…be strong k..” – Nuril
“Farah…takziah…:( Tabahkan hati ye…” – Ummaira
“fara.. be strong okay.. takziah.. al fatihah..” -Eshie
“Fara, kuatkan semngat n tabahkn dri menghadapi dgaan ni ea…semoga mk ko ditempatkn dikalangan orang2 yg beriman… Takziah…” – Anis
“fara.. kuatkn smgt tau!! wlaupn ak xde dekat dgn kao skang..igt la ak sntiasa ade d sisi kao.pggl je kalo ko nk bahu ak atau ape saje.. jgn segan2 dgn ak tau!” – Ceqdu
“Takziah atas pemergian mak, kuatkan semangat, relakan pemergian arwah dengan iringan doa, Al Fatihah…” – Mama Zuraida
“Salam Farah, takziah dari nik sekeluarga…farah kuatkan semangat yer, setiap yg bernyawa pasti akan merasakan nya (surah ar-ra’d)…kita yg msh diberi pinjaman nyawa perlu sentiasa mendoakan arwah dan jadi anak yg soleh sbg aset arwah..farah tabahkan hati dan redha ek…al-fatihah….” – Nik 
“Takziah k farah….. Be strong…. Allah lg syg mak…. God bless u….” – Kak Nona
“Farah, GOD always has something for you, a key for every problem, a light for every shadow, a relief for every sorrow & a plan for every tomorrow. Be brave, be strong, have faith.. we’re here for you.” – Scha
“salam farah..takziah fara.saba pe yg brlaku,anggapla ini ujian dr yg esa tuk menguji diri kte.tabah tuk menghadapinye..sntiasala brdoa tuk arwah dan jadila ank yg soleh..al-fatihah” – Hakim
“salam takziah farah, be strong syg….sedekahkan al-fatihah byk2 k” – Lianie
“salam takziah..sabar ea kak.. mmg ssh kita nk terima org yg kita syg pergi tgl kn kita bt selama2nya..tp akk jgn sedih sbb allah lebih syg kn mak kita sbb 2 allah jemput mak kita dulu..kita sama2 sedekah kn al-fatihah utk mak kita ea..be strong k ingat x akk pnh ckp sama dgn ira cm 2..:) jgn sedih ea.. minta maaf ira x dpt dtg.. nnt ira ade masa ira dtg jumpa akk ea..” – Eira
“alhamdullilah semua nya selamat…kepada Farah sy tahu awk kuat sayang…….apa yg berlaku ini,semua ujian dari allah….just remember yg saya selalu ada utk awak” – Darl
“Salam Farah…Takziah…Kuatkan semangat Farah..Ini semua ujian Allah..Al Fatihah!” – Mala
“Takziah Farah .smga arwah d tmptkn d klngn org yg beriman.” – Shima
“Salam takziah kak farah…semoga roh arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman…” – Faiqah
“Salam farah..aku baru tau berita sedih ni..takziah..sabar bnyk2 k?kuatkan smgt!!” – Fahmi
“kepada Farah… be strong!!… x mo seday2.. redha ngn pemergian arwah.. dan byk2kn sedekahkn al-fatihah utk arwah… smg arwah ditempat dikalangan org y beriman..” – Hanisah
“Takziah fara.kuatkn semangat ye.Allah salu ade :)” – Atifah
“Farah..takziah ye..banyakkan sabar..n smoga roh arwah dicucuri rahmat, amin..” – Mek Ain
“Farah , hope u strong.” – Ain Hasani
“salam takziah farah…semoga ALLAH merahmati bonda tcinta…” – Susi
“salam takziah farah, Allah lebih syg bonda farah…sedekah kan la ayat2 suci Alquran pada arwah…… tabah kan hati…. aku, n kawan2 len sentiasa ada ngn farah….. lebiu ” – Latipah
“kak farah, w’pun kita jumpa skali je,tp sy tau kak farah org yg kuat. bykkan bersabar ye. adik2 perlukan kak farah. takizah kak farah. :)” – Madihah
“Salam takziah buat sepupuku yang tersayang..farah semoga tabah dan kuat semangat menempuhi segala dugaan yang allah berikan…k.ti sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik2 akak yang dikasihi…….:” – Kak Yati
“Takziah farah…kuatkan semangat..akak doakan semoga farah tabah mghadapi dugaan dariNya..” – Kak Nana
“salam……takziah pada semua ahli keluarga…..kuatkan semnagt….iku kakak sulong an…kuatkan semant..bg semangat pada adik2 yga lain…..insyallah..minggu nie…datg k umah iku yer….semalam xbkesempatan nk dtg…….insyallah….alfatih
ah pada arwah.” – Zakee
“salam farah..takziah..kuat kan semangat..sesungguh nya Dia Maha Mengetahui ape yg terbaik utk setiap hamba-Nya..kite sentiasa doa kan yg terbaik utk farah dunia dan akhirat..insyAllah..” – Maizatul
“”Firman ALLAH swt yang bermaksud:”Dan sesungguhnya kami akan memberikan percubaan sedikit kepada kamu seperti ketakutan , kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah:155)

“Allah bersama-sama hambaNya yang bersabar insyaAllah. So stay strong Farah ! Allah knows you can deal with this. He brings you TO this, He will bring you THROUGH this :’) *hugssss* take care sayang” – Dila Bakren

“dear..takziah..sorry sb yana br tau..i really hope u can stay strong and be strong.. semoga ALLAH memberi rahmat pd bonda farah..semoga farah sentiase tabah..sbr eh wak..” – Yana
“sabar k farah.salam takziah.org bru taw.kalo nk mintak tolong pape,bagila tau k.insyaAllah kalo xde pape hal, org tolong.semoga farah kuatkan semangat menghadapi hari yg mendatang.Tuhan bagi ujian dekat kita supaya kita jadi lebih kuat.teruskan kehidupan dgn kekuatan yg Tuhan bagi pada kita ye.” – Amalina Munir
“Assalamualaikum. Forever strong k.” – Nadzreen
“How r u and adik2? semua okay? kalau ada apa2, pls let me know” – Mama Zuraida
“Kak ique…TAKZIAH…kuatkan smgt yer, allah lbh sygkan arwah…tp xpe…ktorg sygkn akk n adk2 yer..papehal ktorg ade tuk korg…” – Deqno
“Salam…iku..kuatkan semangat….Allah takkan uji hambanya dg apa yg mereka tidak mampu hadapi…sbb Allah tahu iku jkuat semangat dan mampu hadapi ujian…dia ujin mcm tu…..besabarlah….Allah sayang pada iku..sbb tu dia uji macm tu….;)” – Abang Rizal 
“ima baca blog prof tadi…. maaf..baru perasan… Takziah…semoga rohnya bersama orang2 beriman… teruskan hidup ya Prof… pastinya…kehilangan itu memberi kekuatan yg luar biasa untuk prof….” – Ima Zahra

Messages ni sume yang prof hold dalam inbox…sampai penuh inbox. So dalam beberapa hari sebelum entry ni keluar, prof xley nak mesej sangat. And now, dah abadikan dalam blog ni, boleh delete da, prof suke orang bagi semangat, prof suke baca =)

Sebelum berakhir, nah ni video yang disuggest kan oleh salah sorang sahabat prof:

Thank You Nad Razak

With Love, xoxo
FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Join the discussion 5 Comments

  • al fatihah~

    takziah farah~

    boleh nis tau arwah ibu pergi disebab kan apa~

    Farah mesti kuat & semoga adik2 farah pun kuat

    Allah sentiasa bersama farah & keluarga

    Nis doakan farah& adik2 sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup di dunia & akhirat

  • Prof Ique says:

    xde sakit ape2 pun awak…Allah lebih sayangkan mak dan abah dan kami adik beradik. die tinggalkan saye ngan adik beradik je skang…awak doakan saye ye. I'm just a bit worried, now saye lah mak dan abah secare xrasmi…

  • Ya Allah~
    Besarnya dugaan yg Dia bg pada farah..

    Nis doakan farah tabah & kuat =)

    Dia akan bersama dgn org yang Dia sayang

    Farah mesti tabah & kuat demi hidup & adik-adik

    InsyaAllah segalanya dilindungiNYA

    Farah

    Allah works in mysterious ways

    Nis baca entri ni rasa sebak & mennagis

    evan kita tak pernah jumpa tapi nis dapat rasa kesedihan farah~

    sebab farah kena pikul beban yg Dia bg ni bersama adik-adik

    Apa-apa pun nis akan doakan farah sentiasa tabah =)

  • Prof Ique says:

    Thank you nis! kadang2 tu rase nak nangis jugak nak ngadap sume benda ni…previously, saye xmacamni. betul2 hilang terus, bukan 2 3 bulan. tapi, banyak motivator (kawan2, lecturers, aunties, uncles, adik2…and sume) pesan nangis ni xkan dapat hilangkan masalah, tapi kalau da jatuh tu jatuh jugak…huu. but, hopefully sume nye baik2 saje. =) inilah yang dinamakan kehidupan kan?

  • Ya kehidupan

    dan bukan hidup namanya jika tidak dihadapkan dengan ujian~

    tidak salah untuk menangis tapi dengan masa yang sama perlu kuat & tak reti tewas

    seperti saya juga dihadapkan dengan ujian yg Maha hebat daripadaNYA

    cuma setiap manusia tu diagihkan dengan ujian yg berbeda~

    Subhanallah~Dia Maha Adil =)

    =)

    nis kagum dgn cara farah menjadi wanita yg tabah =)

Leave a Reply

error: Content is protected !!