Skip to main content
FS Review

Bestnya Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel Rawat Masalah Kulit Sensitif

By September 15, 2021October 30th, 2021No Comments

Dah seminggu guna pembersih muka berasaskan tanah liat dari Azyma Care ni, mashaAllah. Bestnya.Sebelum ni dah try Azyma Care punya mandian sebab gatal satu badan. Lepas guna mandian tu hilang dah gatal badan.

Alhamdulillah.

Kalini, dapat pula try pembersih muka ni elok pula time stok cleanser saya habis. Best lah Azyma Care ni. Dedua best. Mandian dan pembersih muka ni. Setiap kali cuci muka dengan Clay Soap-Free Purifying Gel ni saya suka sental kat bahagian hidung.

Especially yang jenis pori terbuka tu kan, bila kulit berminyak nanti nampak tompok minyak yang tersumbat kat dalam pori tu. Try bersihkan dengan Clay Soap-Free Purifying Gel dari Azyma Care ni, nampak ketara liang pori jadi bersih lepas cuci. Segar sangat kulit muka lepas cuci. Alhamdulillahhhh best. Korang try la.

Dalam Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel ni ada kandungan Kaolin Clay yang berfungsi untuk serap minyak berlebihan di kulit muka dan badan. Minyak berlebihan ini akan menyebabkan liang pori tersumbat kemudian jerawat pun beranak pinak. Dengan pembersih muka Azyma Care ni boleh bersihkan minyak berlebihan hingga ke liang pori. Best kan?

Selain Kaolin Clay, Azyma Care ada 4 bahan utama iaitu Lavender, Chamomile, Cucumber dan Aloe Vera sama seperti kandungan bahan dalam Clay Body Wash. Kali ini untuk Clay Soap-Free Purifying Gel ada gabungan bahan aktif semulajadi iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis yang kaya dengan asid amino, mineral serta vitamin untuk perbaiki sel kulit dan yang lagi best ianya dapat kekalkan kelembapan kulit dan kulit jadi lembut. Dalam masa yang sama ia dapat melindungi kulit kerana tidakan anti-bakteria dan anti-oksida dalam Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel ni.

Kalau nak rasa macam apa yang saya rasa, korang boleh klik link di bawah ini ya. Siapa dah try boleh lah join the club

Website : https://www.azymacare.com/
FB : https://www.facebook.com/azymacareHQ

IG : https://www.instagram.com/azymacare/

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!