Tadaaaaaaa, anak pokok cili dah menjadi. Tak kira pula tempoh masa berapa lama nak jadi tinggi macamni. Setakat hari gambar ni diambil, belum letak apa-apa baja lagi cuma jaga kuantiti dan waktu siraman.
Daun semua segar bugar. Mungkin juga medium tanah yang saya guna sesuai dengan perkembangan pokok cili. Ada lebih kurang 25 anak pokok cili yang berjaya disemai dan hidup. Saya ambil 2 anak pokok cili dan tanam di depan kebun mini rumah Nilai.
Yang selebihnya saya beri kan pada kawan-kawan lain yang berani nak jaga pokok cili. Saya update di facebook terus habis stok anak pokok cili dalam masa 1 hari. Alhamdulillah
Alhamdulillah seronok dan puas saya dapat share dengan orang lain. Ada orang susah nak semai pokok cili, ada juga yang dah tanam tapi tak menjadi. Jadi dengan alternatif TERlebih semai ni dapat la bantu kawan-kawan lain nak ada koleksi pokok cili di kebun rumah sendiri.
InshaAllah, saya nak usahakan untuk semai daun kesum pula dan share lagi dengan yang lain. Keterujaan mereka menggembirakan saya. Alhamdulillah
Recent Comments