Skip to main content
Uncategorized

Kebun KakLong : Pokok Cili

By August 1, 2019No Comments

Comel pula letak nama Kebun KakLong. Seronok bila dapat menanam ni, boleh jadi terapi juga. Bila dapat pegang tanah terus rasa tenang dan perasaan tu kosong. Macam Coach Zaida ada ajar kan teknik grounding. Beban dalam kepala macam mengalir keluar ke tanah. Bestnya feeling tu.

Haritu saya ziarah sahabat di Kota Seriemas, Nilai. Dah nak balik tu ada dia kirim sekali dengan biji cili. Saya luahkan pada dia yang saya tanam cili jambak tapi tidak menjadi.

Itu yang dikirim biji cili yang lain, katanya semai dalam bekas dulu. Dah keluar akar baru pindah ke tanah. Mari lah kita buat.

Nak semai benih, ada yang semai dalam kotak semaian. Ada juga yang rendam dalam air mana yang tenggelam tu benih berkualiti mana yang timbul tu kurang berkualiti. Cara semai guna tisu atau kapas ni zaman belajar masa sekolah rendah dah diajar. Kalau ingat, masa tu cikgu sains ajar cara semai pokok taugeh.

Lepas dah keluar akar tadi, saya cepat-cepat pindah kan ke kotak semaian ni guna tanah peatmoss beli kat nursery Batu 9, Cheras.

Yang ini pula bla dah berdaun sikit daya terus pindah ke dalam pasu kecil. Kalau tanya kenapa pasu kecil sebab eksaited dan tak sabar nak pindah ke pasu tap tak sempat nak beli pasu besar. Saya guna sahaja apa yang ada. Pasu kecil ni sebenarnya bekas tanam pokok ketumbar dulu. Mati dah pokok tu sebab tak dijaga. Aduh

Letak dalam bekas kuning bukan nya apa, nak senang siram dari bawah jadi air tidak lah meleleh dan comot kat tempat letak pokok-pokok cili ni. Status sekarang, sedang tunggu pokok cili ni membesar dan boleh la kita berbagi-bagi hadiah kat kawan-kawan sepasu pokok cili.

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!