Skip to main content
Uncategorized

Wirid untuk dikongsi bersama

By November 18, 2012October 21st, 2017No Comments
Assalamualaikum, blogger dan sahabat semua
Things to share ngan u guys semua…
Ape die? hehe
Bismillahirahmanirahim, maksudnya…dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. 
Kenapa plak tiba2 prof share pasal ni??
Ahaa…Allah bagi peluang pada prof untuk share dengan semua betapa kuatnya kuasa ayat Bismillah ni. 
Dalam keadaan prof skang, xde lain yang boleh teman melainkan Allah…to be honest, kadang2 setiap kali nak tidur mesti cuti mata dengan air mata dulu. Bila ade problem sikit nangis, sikit2 nangis…
Bestie cakap menangislah kalau itu yang boleh buat prof tenang…indeed! Bile ade problem, prof takot…sebab tatau nak refer pada sape. Dulu mungkin ada mak abah nak discuss sama2 cari solution. But not anymore…
Prof ada bestie yang slalu share ayat2 wirid/zikir/selawat untuk pelindungan diri, pengubat kesedihan, permudah urusan, banyak lagi…so, it’s the time to share dengan korang pulak.
I did share this to many…I hope this might help u guys kat luar sane yang tatau ape nak buat bile ade masalah.
Xde sape boleh paksa kite berhenti nangis…so, rase nak nangis tu teruskan je. Tapi, ade kajian telah membuktikan bahawa menangis ni boleh buatkan kite rabun. Hati2 para wanita yang suka menangis like me. Ehemm!
Ok…kite cite pasal keadaan prof lepas mak meninggal.
Emosi xstabil lagi…adik2, duit sara hidup, study, sume benda tu buat kepala serabut tau. Cuma prof diberi satu tuah yang orang lain mungkin xada. Yes! prof ade adik2 yang sangat memahami keadaan…sedangkan yang paling kecil, Biha. She is just 9 years old this year, Faiq-10, Ila-12, Firaz-13, Faizal-16 but da xde mak. Pity them…but diorang yang selalu buat prof tenang sangat bile ada masalah.
Let say…xde duit nak makan, prof pernah cakap macamni:
“korang…akak minta maaf ye, minggu ni kita kene makan nasi goreng je boleh? akak xcukup duit nak beli ikan ngan ayam”
Immeditely diorg respon:
“ok, xpe…janji dapat makan. nasi goreng pun sedap kan?”
Ya allah…syukur alhamdulillah. 
Nak nangis bile diorg faham apa yang terjadi…
Haha…nangis tu memang nangis. senyap2 je bile duduk dalam bilik. Prof ingat bestie cakap jangan berhenti baca bismillah.
Dalam nangis2 tu…bibir xberhenti baca bismillahirahmanirahim. Sebanyak yang boleh…jangan berhenti. Dalam hati pun boleh bace kalau dah sedih sangat.
Allah x kejam…cuma kita yang selalu lupa Allah bila senang. betul x??????
Dah susah baru nak cari Allah. hmm…berubah! buang jauh2 sifat tu. Setiap masa kita kene jaga hubungan dengan Allah. 
Bak kata mak angkat prof, jaga diri kita insyaallah Allah akan jaga kita. 
Ucaplah bismillahirahmanirahim…sedikit demi sedikit Allah akan buka kan pintu pada penyelesaian masalah kita tu. 
Pernah dulu sebelum bos prof belikan skuter untuk gerak ke tempat tuisyen, prof bawa adik2 naik erl…tunggu bas…jalan kaki nak ke tempat tuisyen. Diorg xmengeluh penat…tapi diam je, Faiq tu memang die jelah yang banyak mulut. Die genius…budak yang sangat penyayang, pemurah, baik hati. Semoga jadi insan yang cemerlang bile dah besar nanti…insyaallah
Memang penat…tapi bestie pesan, jangan mengeluh untuk setiap rezeki yang nak datang. Prof kene kerja nak cari duit sara adik2…xbanyak tapi cukup untuk beli barang dapur n bayar bil2 rumah. Alhamdulillah…
Penat balik tuisyen, xlarat nak jalan balik…ngantuk, takkan nak tidur tengah jalan plak. esok adik2 sekolah…sambil berjalan, kuatkan semangat n bace bismillahirahmairahim. Prof suruh adik2 bace jugak…sekurang2nye Allah kurniakan kudrat nak lalui perjalanan yang panjang malam tu. 
Alhamdulillah…semua OK. xlame lepas tu, datang rezeki yang xdisangka2…Bos prof belikan skuter untuk mudahkan pergerakan ke sane. 
Bile xde duit langsung nak makan…tiba2 datang rezeki Allah dari seseorang untuk adik2. Ya Allah…hadiah dari Allah memang xkan dapat disangka dalam bentuk apa mahupun dari siapa. 
Bile ade konflik dengan sesiapa pun, baca bismillah…Allah akan buktikan siapa dipihak yang benar. Insyaallah.
Ganjaran yang Allah bagi pada prof bukan setakat duit, makanan, skuter, tuisyen…macam2 lagi. Percayalah…alami sendiri. Cube amalkan mulai dari hari ini.
Pernah amalkan ayat ni???
I did it…sepotong dari ayat ni
Rabbi Yassir Wala Tu’Assir
Bermaksud: “Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”
Selain dari ayat Bismillahirahmanirahim…prof amalkan ayat ni. Mohon semua urusan prof dipermudahkan. Alhamdulillah…terlalu banyak yang Allah beri pada kami, korang amalkan ayat ni…dan alami sendiri.
Pada yang kedua ibu bapa nya masih hidup, berbaik dengan mereka…bahagiakan hati mereka. Dalam mencari redha Allah. 
Ada prof terbaca artikel dari GenQ pasal ibu bapa…and share this in my Fb. here you go: 
“Seorang anak akan menempuh kehidupan yang senang dan diredai oleh Allah s.w.t. disebabkan doa ibu bapanya. Kejayaan dalam pelajaran, mudah dalam urusan, dihindari daripada kecelakaan dan sebagainya merupakan kesan doa dengan kebaikan oleh kedua mereka ke atasnya. Semua ini adalah bukti keredaan dan kasih sayang mereka agar si anak sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t” (petikan dari Gen-Q)

Kualiti dijamin 100%

Jangan pernah merungut kenapa Allah xbalas kebaikan yang pernah korang buat…ikhlas ke x? ahaa…ikhlas kan hati bile buat baik pada semua orang. 

Mungkin bukan 5minit akan datang, dan mungkin juga bukan esok Allah akan balas, tapi bila kalian dah ready dan memerlukan bantuan dari Allah masa tu lah ganjaran Allah sampai. 

Macam yang prof cakap tadi, ganjaran Allah ni bukan setakat duit…tapi macam2 lagi. yang kadang2 tu kita xsangka pun akan dapat. Tapi jangan pula bangga dengan orang yang bagi rezeki pada kalian…ucapkan Alhamdulillah atau ape saja cara untuk berterima kasih pada Allah.

Manusia ni sebagai medium Allah nak share kan rezeki. faham?
Ok, kisah ibu bapa tadi..pada yang masih ada mak ayah tu, bila korang ada hubungan yang baik dengan mak ayah korang…insyaallah, setiap doa yang baik2 terlintas dalam hati mereka akan sampai untuk Allah makbulkan. Restu mereka penting…

Satu lagi tuah yang ada pada prof…Allah pernah pinjamkan seorang mak dan seorang abah yang sangat sporting, sayangkan anak2, kami sangat manja n rapat dengan mak abah kami. 

Mereka merupakan orang yang sangat kuat, baik hati, tulus…i wish i could be like them, ramai orang yang sayangkan mak abah prof. Mereka berdua sangat menjaga hubungan baik dengan mak ayah mereka (nenek/atok prof). Mungkin apa yang prof dan adik2 dapat harini adalah ganjaran dari Allah untuk setiap kebaikan yang arwah mak abah prof pernah buat. 

Simple! dulu…bile nak masuk dewan exam, kol mak minta doa mak supaya prof dapat jawab exam dengan baik. Dan alhamdulillah…terbukti berkesan. bukan tu je…nak drive, nak jumpe orang2 ternama, nak beli barang, nak interview, nak exam, nak g jalan2…minta doa dari mak abah dulu. Insyaallah semua urusan dipermudahkan. Insyaallah

Pada yang senasib dengan prof…jangan risau kalau tatau pada siapa nak mohon restu. Kita masih ada Allah…yang xkan kemana2 tinggalkan kita. 

Baca ayat ni

Rabbi Yassir Wala Tu’Assir
Hanya pada Allah kita mohon permudahkan segala urusan yang kita ingini. Insyaallah
Senyuman dan ketawa tu adalah penawar segala kesedihan. Trust Allah…mungkin xboleh nak luahkan melalui kata2 apa yang tersirat dalam hati, tapi Allah tahu. 
More to come dear…banyak nak share. till then…Salam
With Love, xoxo
Next Post
FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!