Skip to main content
Uncategorized

Tanam Gladiolus Kat Rumah Mak Mertua

By July 25, 2019No Comments

Sebelum kahwin haritu banyak tanam pokok bunga dalam pasu kat rumah mak. Bila dah kahwin ni tak larat nak angkat pepasu tu semua pindah ke rumah mak mertua, kita pun gigih la cari benih pokok bunga lain nak tanam bagi nampak varieties la konon kan.

Haaaaaa teka lah pokok apa ni? Mesti korang ingat ni pokok bawang kan? No no no…ni bawang pokok Gladiolus. Beli dah lama benih pokok ni dari Kuantan, tapi tanam nya baru beberapa minggu lepas.

Beli 12 biji bawang, tapi yang sempat di tanam ada 8. Selebihnya dah busuk sebab terperap dalam bungkusan lama sangat. Jadilah yang 8 ketul ni pun alhamdulillah membesar jadi pokok. Dah keluar daun.

Ini lah sebenarnya Pokok Bunga Gladiolus yang duk gian tanam sekarang. Siang malam tertunggu-tunggu dia keluar daun, ni pula tengah tunggu lagi banyak daun keluar lepas tu berbunga. Alahaiiiii cepat lah…tak sabar tau!

Sebelum ni dah tanam Pokok Garlic Vine, Peep Thong, Mulberry. Sesayur yang dah ada pula daun ketumbar, salad, bendi, terung, bayam purple hijau, asparagus. Tapi sudahnya semua pokok sayur tak terjaga, mati dah. Ni tengah semai benih tomato dan asparagus semula.

Konon haritu tanam asparagus sebab nak bagi Kanda Salmiah, lepas tu busy buat wedding preparation terus tak terjaga dah pepokok tu. Sorrrrryyyy cayang, kita tanam balik ya. Lepas ni hidup subur balik macam dulu tau sayang.

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!