Skip to main content
Uncategorized

Sayang adik

By June 27, 2012October 21st, 20172 Comments
Assalamualaikum, sahabat sekalian
Korang ade adik? Ape korang rase bile korang di suruh oleh mak tuk jaga adik kecik…korang kene masak, kene kemas rumah, kene handle adik2 dari hal sekolah sampai rumah. Hmm…
Jangan mengeluh! 
Pernah kawan prof pesan kat prof macamni >> Penat camne pun ko, jgn rase letih jage adik2. Penat sekejap x pe la. Mungkin ko rase penat nak larang tu, penat nak jenguk keluar bile diorg main. Tapi kene usaha kan jugak, Biar penat tapi berbaloi. Jangan ko nak senang ko hilang diorg. nauzubillah”
YES! Diorg memang xkesah dengan keadaan kitorg skang…Prof xpandai memasak, xde kereta nak bawak diorg jalan2, xmampu nak bawak diorg makan best2. 
Nak kemana2 prof akan usahakan naik public andai kata terdesak sangat2 baru mintak tlg kawan2…adik2 kecik prof manja. Kemana prof pergi, xkire urusan rasmi atau x mesti diorg nak ikut.Satu masa dahulu :
Biha: Kak Ique, nak g mana?
Prof: Akak nak g bank kejap, masukkan duit adik ye
Biha: Kite nak ikut!
Prof: Tak boleh la adik…jauh, akak naik bas. Kalau adik ikut nanti penat macamne?
Biha: Xpe, kite suke naik bas…dah lame xnaik bas. Boleh la!! ye?
Prof: Nanti…kalau adik bising2 cakap penat, siap adik. akak tak nak kawan tau!
Biha: Ok
Dan memang sepanjang perjalanan dari rumah nak ke bank die xde ngomel ape2 pun. Bile tanye penat x, die cakap x. 
Prof dah biasa berjalan jauh, tapi xsanggup tengok aadik2 kene jalan jauh…macam skang ni, prof kene mengajar kat Kota Warisan. Ade masa Aunty Iffah akan fetch us kat rumah…cuma kadang2 prof kene gerak sendiri. Macam harini, adik2 yg kecik ikut prof g mengajar.. Dari rumah naik bas g KLIA, sampai KLIA naik ERL ke Kota Warisan (Hentian Bandar Baru Salak Tinggi). Lepas tu, kami berjalan dari stesen ERL BBST ke tempat mengaja…diorg xbising pun, sepatah pun xcakap PENAT!
Memang kalau ikutkan, agak jauh dari tempat mengaja tu…kalau prof sorang memang boleg survive, tapi bukan dengan diorg. Tapi sebabkan nak ikut sangat, prof bawak.
Malam ni, kitorg tdo kat tutor center ni sebab xde transport nak balik. Nak naik ERL ke KLIA kang xde bas plak nak gerak dari KLIA ke rumah. So, stay je…hmmm, diorg XKESAH kene tdo sini…siap pesan kat prof suruh kejut diorg awal sebab nak g sekolah. 
Ya Allah! Prof nak nangis bila diorg cakap “Nak pergi sekolah” serious! Tulis entry ni pun sambil menangis sebab kenangkan diorg.  Sangat tulus!
Memang prof xbagi diorg ponteng, biar lambat tapi jangan ponteng! Sebab prof xpernah dididik oleh arwah mak abah sikit2 ponteng. NO!
Beralaskan toto dan sejadah jadikan bantal…diorg sanggup teman prof tdo kat sini, xkesah xde tilam. Alangkah terharu sangat hati prof…
Soal makan plak, diorg xkesah nak makan ape…janji perut diorg terisi.  Pernah prof bgtau diorg yang prof xpandai masak, simple2 je reti. Diorg cakap “Xpe, xkesah janji dapat makan”. Bila dah makan, diorg xkomplen pape. Prof tau bile makan kurang rase, xde rase, masin, xsedap. Tapi diorg tetap cakap sedap…membuatkan prof rase seronok nak memasak! Ramai pembantu skang tau
Yang paling menyentuh hati…bile prof cakap kat diorg, 
Prof: Kesian adik2 akak ni, orang lain naik kereta dengan mak ayah tapi awak semua kene jalan kaki dengan akak
Adik2: *Tersenyum* Xpelah kak ique, nanti bile dah keje kan kak ique boleh beli kereta.
Prof: Nanti solat, doakan akak kaya…ade rezeki boleh akak belikan kereta. Akak boleh bawak korang jalan2
*Ila terus masuk bilik air, amik wudhuk, solat, waktu doa tu die lame sangat…*
Ila: Kak ique, ila dah doa tuk kak ique supaya cepat kaya =)
Prof: Ya allah, time kasih ila! *dalam hati nak menangis sungguh2*
Dan satu lagi miracle dari Allah, dia akan bagi jalan petunjuk setiap kali prof menangis…prof solat…nangis puas2 lepas solat tu. Prof takot, xde tempat berlindung lagi…Allah je tempat prof berlindung, bergantung harap, mintak ape2 je sume pada Allah.
Dulu masa prof kecik, prof liat sgt nak kemas rumah…tapi mak abah pandai tackle prof suh kemas rumah n sampai satu mase bile dah mule berjauhan dengan mak abah n adik2, prof rase sedih sangat2. Fez time berjauhan dengan mak abah. 
Sampai skang, kalau dulunya prof makan basuh pinggan sendiri…skang prof makan basuh semua pinggan dalam sinki. Pastikan dapur tersusun rapi, lantai kering, makanan cukup, sinki kosong dan bersih.
Prof garang! prof akan pastikan lepas makan sinki bersih, ruang tamu kemas sebelum masuk tdo, buku2 xbersepah kat lantai sebab tu ILMU! kene hormat ilmu. Prof ajar adik2 supaya pandai kemas rumah…basuh pinggan lepas makan…kemas lepas main…tapi, name pun budak2. Dulu pun prof  macam diorg, so silap prof kalau terus melenting bile diorg terlupe tugas diorg…unfair kalau prof hukum diorg sedangkan mak abah dulu xpernah hukum atau marah prof kalau lambat buat kerja rumah…
Alhamdulillah…semakin hari semakin baik, kawan2 ingat ye…untuk berubah xkan mampu ambil masa yang singkat. Makan masa…insyaallah, niat yang baik mesti dapat nampak hasilnya =)
Pagi tadi amik report kad Ila, Faiq, Biha.. Alhamdulillah, ade peningkatan dalam pelajaran kali ni. Insyaallah lebih baik lagi masa akan datang. Sejak prof aja tuisyen ni, diorg follow…nampak semangat belajar tu. Prof je cikgu diorg…xmampu nak hantar diorg ke tuisyen mahal2. Alhamdulillah, owner center pun baik hati izinkan adik2 prof join klas. Syukur ya allah!
Prof sayangkan adik2 prof…bile ade benda pelik happened kat diorg, prof sedih sebab banyak pengaruh negatif untuk umur yang semakin meningkat ni. Prof akan buat yang terbaik as mak n abah diorg…
Kami anak yatim piatu, tapi prof rase bertuah n bersyukur sebab Allah dekatkan orang sekeliling untuk bantu prof hadapi dugaan sebesar ni…Alhamdulillah! terima kasih pada semua yang beraksi disebalik senyum tawa dan tangisan prof selama pemergian mak abah…hanya Allah mampu balas!
Prof cuba berikan yang terbaik untuk adik2 prof…prof akan pastikan diorg selesa bila dengan prof, walau susah tapi seronok timba pengalaman hidup! Apa yang diorg xpernah dapat mase mak abah ade, akan prof bagi mase mak abah dah xde…dan alhamdulillah, masih mampu berikan ape yang diorg mahu. Keajaiban dari Allah! rezeki adik2 meluas sejak mak abah pergi..alhamdulillah!
Hati prof kuat mengatakan adik2 prof akan berjaya jadi manusia kental dan berjaya…sebab pernah hidup susah, biar merasa SEKALI dalam hidup ni kite rase susah sebab Allah xkan berikan kesusahan untuk masa AKAN DATANG! Cukup SEKALI…

Ape yang diorg perlu tahu, diorg dilahirkan dalam keluarga yang hebat…mak abah prof antara idola prof yang terhebat! Prof akan remind adik2 betapa hebatnya Allah kurniakan abah dan mak sehebat Abdul Samad Sumadi dan Ba’ayah Sulaiman.

“Jaga diri, Allah akan jaga kita” , ayat ni prof simpan sampai bila2…dari Aunty Siti. Thank you semua!
With Love, xoxo
Next Post
FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Join the discussion 2 Comments

  • ima zahra says:

    prof…bergenang kot baca ,…
    ima tak penah ada adik beradik…
    semoga prof terus diberi kekuatan n dipermudahkan semua urusan ya…

    kalau datang KL, wajib roger ima tau !

  • nis menangis baca ini.nis ada seorang adik

    and

    yeah i hate him

    nis pernah bersumpah semoga adik tak pernah wujud dlm hidup nis

    tapi bila nis baca entri farah ni

    nis boleh menangis

    -__-

Leave a Reply

error: Content is protected !!