Assalamualaikum,
Sempena satu ramadan tahun 1438 hijrah ni, tergerak hati nak mulakan penulisan di blog baru ni. Alhamdulillah harini diberi kelapangan masa dan kesihatan yang baik untuk penulisan ini. Syukur ya Allah.
Ramadan ini merupakan kali ke 5 tanpa mak dan abah. Steady-lah rutin macam biasa malam sebelum sahur dah remind adik-adik bangun sahur, siapkan sahur untuk family, jaga waktu solat, bertadarus, berzikir, berbuka puasa dengan family, bertarawikh sama-sama. Alhamdulillah
Punya semangat nak sambut ramadan kalini, duk ulang dengar lagu fevret dari Opick, Ramadan Tiba. Lalalalala…
Semalam Acik Munah ajak makan malam sama-sama kat rumah di Nilai Impian dengan adik-adik sekali. Nak dijadikan rezeki, Faiq pun balik dari madrasah semalam. Berkumpul lah kami dinner kat rumah Acik Munah makan nasi ayam, 3 pack pizza, bubur kacang dan dihidangkan dengan air sirap ais dan air teh o panas.
Acik Munah siap bekalkan stok sahur untuk kami. Terima kasih acik. Sebelum balik siap berpesan,
“Nanti acik arrange kan masa untuk kita berbuka puasa sama-sama ya”
Seronok rasa ada orang ajak berbuka puasa bersama. Sebenarnya memang dah jadi rutin kami setiap ramadan akan terima banyak jemputan untuk berbuka puasa satu family. Dengan kawan-kawan, dengan sekolah, dengan persatuan kebajikan anak yatim, dengan family kepada kawan-kawan dan ramai lagi.
Terima kasih ya Allah.
Semalam sambil drive ke rumah Acik Munah dapatlah sembang dengan Ila, Faiq dan Biha.
“Raya tahun ni kita nak beli baju raya baru ke nak recycle je tahun lepas punya?”
Biha reply, “Tak kisah. Tapi kita nak cari seluar jeans tau”
Faiq menyelit, “Awiq nak seluar jeans juga boleh kak ique? Raya tahun ni awiq nak pakai jubah je”
Sampuk Ila, “Aaah la kak ique, Ila nak jubah jugak boleh?”
Boleh boleh boleh, janji korang happy. Nanti ada rezeki kita pergi cari jubah dan seluar masing-masing.
Kakak?
Tahun ni recycle baju tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ni. Sebab almari dah tak muat nak masuk baju baru. Ecewahhhhh
Sampai sini dulu first entry blog baru ni. Nak bersiap cari lauk untuk masak lauk berbuka harini dan teman Kanda Mia pergi cari baju raya anak-anak.
Recent Comments