Skip to main content
Uncategorized

Ramadhan Mubarak

By August 6, 2012October 21st, 2017No Comments
Assalamualaikum, sahabat-sahabat semua

Macamne ramadhan tahun ni? semakin membaik? maintain? berkurang?

Harapnya semua makin baik di ramadhan kali ni…

Prof? biasa saje…adik2 prof yang luar biasa. Setakat harini, faiq masih full…Ila Biha errrrrrrr?? Hahaha…terponteng satu hari. Xpe, dah pesan kat diorg kalau tinggal puasa nanti kene ganti. Kite gati sama2…faiq pun sibuk nak pose jgak??? yelah2…puasa sunat la faiq, kitorg puasa ganti. Ahaaa

So far macamne persiapan raya? Mesti shopping sakan kan?

Prof punya baju raya yang utama dah siap jahit, cantik…tp kalau prof pakai tatau la cantik ke x. Al-maklum lah, orang xcantik ni pakai ape pun serba xkene…haha

Itu pun kain yang Aisyah bagi as birthday present tahun 2007…2012 baru jadi baju. Adik2 plak mungkin jumaat ni atau isnin depan nak g cari barang2 diorg.

Haritu (3/8/12) kat Masjid Nilai ada buat program anak yatim dan ibu tunggal…adik2 dapat lah sorang RM100 tuk raya ni. Alhamdulillah…save bajet nak beli barang diorg.

Actually, kat rumah ni serba kekurangan…mesin basuh xde, peti sejuk xde, n perabot2 cantik ni memang asing la kat kediaman kami. Alhamdulillah, dengan duit sumbangan dari orang ramai, prof kumpul sikit2 tambah duit tutor dapatlah beli satu mesin basuh Panasonic 7kg tuk ringan kan kerja rumah…

Alhamdulillah, ramadhan tahun ni berkongsi rezeki 1% dari yang Allah bagi pada kawan2 sekolah prof…dapat sumbangan ikhlas dari kawan2 sebuah peti sejuk plak. Syukran ya allah, alhamdulillah…terima kasih kawan2 yang prihatin. Prof xsangka rezeki melimpah2 selama beberapa bulan genting sejak mak pergi…


Andai ada kawan2 prof yang baca entry ni…

korang, aku tatau macamne nak ucap terima kasih…terlalu banyak yang korang dah bantu. Hanya doa yang aku mampu beri mohon pada Allah moga setiap dari RM1 yang korang bagi, Allah akan gandakan untuk bahagian korang yang sudi berkongsi dengan aku

Menurut pengetahuan prof, kawan2 sekolah prof berkumpul n buat kutipan untuk tolong family prof…dan alhamdulillah, prof sangat xsangka dengan bantuan sebesar ni mampu diberi oleh mereka. Syukur alhamdulillah…

Sebelum ni, kalau nak masak baru pergi pasar yang berdekatan rumah…kalau prof kuar mengajar n adik2 tinggal kat rumah, prof xtenteram entah makan ke tidak diorg kat rumah. Dengan rezeki yang Allah bagi ni, harap lepas ni prof makin tenang nak tinggalkan adik2 kat rumah…boleh siapkan stok makanan tuk diorg masak. Insyaallah! 

Allahumma yassir wala tu’assir…mohon dipermudahkan segala urusanku Ya Allah!

Dan harini, alhamdulillah selesai urusan pembayaran zakat fitrah untuk 6 orang tanggungan termasuk prof. Korang macamne? Jangan lupa bayar zakat tau! =)


With Love, xoxo

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!