23 July– Pulang ke Jerteh
Ok, now ape jadi sebenarnya? Apa yang rushing sangat Nadya n Fadia sampai prof kene balik Jerteh balik??
Begini ceritanya…lepas percutian ke Kota Bharu, prof plan nak singgah Kuala Terengganu plak melawat rakan sebilik prof masa zaman matrikulasi, Ain
Dari Kuala Terengganu nnt baru direct balik naik bas ke Seremban…so, Nadya n Fadia menyampaikan hasrat diorg teringin sangat nak bawa prof ke hospital untuk medical checkup sebelum prof balik.
Sebab tu lah prof kene balik ke Jerteh, bincang pasal hal ni ngan diorg…
Harini pun dah petang kalau nak ke hospital, so jadinye awal pagi esok lepas subuh dah bersiap n gerak ke hospital.
24 July– Lokasi Hospital Universiti Sains Malaysia
Bangun solat subuh, terus bersiap nak ke HUSM…yang buat prof nak nangis tu, ayah Nadya ade belikan sarapan makanan kegemaran prof mase kat Jerteh (Nasi Mak Wan). Nasi tu berlaukkan ayam, lauk ayam tu yg menambat hati prof…aduh!~
Untuk mengelakkan sesak jalan dan ramai orang kat hospital, kitorang xsempat sarapan kat rumah…bawa bekal je ke hospital
Sampai kat sane, pesakit dah beratur panjang…nasib baik sampai pagi, mase prof sampai tu pun nombor giliran dah nak habis tuk sesi pagi.
Alhamdulillah, rezeki prof nak wat medical checkup kat HUSM…semuanya berjalan lancar. Sekarang, tengah tunggu giliran nak jumpa doctor tiba-tiba ada seorang akak ni dalam lingkungan 30++ cari mak die yang hilang dari pandangan die.
Kelam kabut die tanya semua orang yang tengah menunggu giliran kat situ jugak…
“minta maaf, ada jumpa seorang perempuan tua yang jalan pakai tongkat payung? Dia ada kat sini tadi, saya suruh dia duduk sini…mana pulak la perginya orang tua ni”
Orang keliling semua xnampak…dia pun jalan depan sikit pastu nampak kelibat mak dia tengah berjalan (mungkin cari akak tu jugak).
Lepas tu, akak tu pun cakap…
“Haa, tu dia…ya allah, kalau barang yang hilang boleh lagi nak ganti tapi kalau mak hilang mana nak ganti?” sambil diorang pergi kearah yang dituju…
Tersentap hati prof dengar ayat akak tu tadi, lepas akak tu pergi…prof terus mesej mak prof ayat tadi ending with “sayang mak”
Hmm, pengajaran dalam hidup ni kat mana2 pun boleh dapat…tapi jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri…(^_^,)v
Sampai giliran prof jumpa doctor, agak cuak…tapi cekalkan hati je, bukan nak amik darah pun =p. Ooh, prof takot kalau amik darah…jarum besar giler cucuk kat salur darah. Ouchhh! =(
Lepas da jumpa doctor, prof kene refer ke doctor pakar plak…huhu, kali ni rawatan lagi detail. Sebetulnya, sebelum ni tahun 2005 prof pernah wat medical checkup kat Hospital Putrajaya. Wad n OT (operation theater) pun dah siap ditempah oleh doctor untuk prof. But lepas my dad dah discuss ngan doctor, operation tu batal…
Kali ni, prof sepatutnya dimasukkan ke wad lagi untuk jalani pembedahan dalam masa terdekat sebab dah kritikal sangat. Malangnya, tujuan utama ke HUSM tu memang nak wat medical checkup je, tak de plan nak wat rawatan lanjutan pun. Lagipun, prof dah nak balik ke Nilai xlame lagi…so, hasil rawatan prof hanya dapat surat untuk refer balik ke Hospital Putrajaya yang lagi dekat ngan rumah prof.
Balik ke rumah Nadya lepas g HUSM tu…sampai kat rumah time tu dah petang, sepatutnya prof terus gerak ke Kuala Terengganu sebab dah janji ngan Ain nak jumpa harini tapi terpaksa tunda ke esoknya (Isnin) sebab xexpect nak ke hospital.
Bermalam tuk malam yang terakhir kat Jerteh (rumah Nadya) sebelum gerak ke KT esok, but malam tu I’m surprised!!!~
Nadya ada belikan kek untuk prof…
Thanks Nadya…love u
Besok paginya dah siap2 nak gerak ke Kuala Terengganu…bertemankan Nadya dan Fadia, perjalanan amik mase satu jam lebeyh gak. Sampai kat sane dalam pukul 1++ tengahari.
Ehee, sampai jugak prof kat Kuala Terengganu…
Menutup entry untuk kali ni, akan bersambung dengan entry baru…lokasi lain plak
Stay tuned!~
With Love,
Recent Comments