Skip to main content
Uncategorized

Pati halia???

By August 13, 2012October 21st, 2017No Comments
Assalamualaikum, blogger dan reader
Harini sepatutnya berbuka dengan family macam biasa, tapi memandangkan adik2 ade jemputan berbuka puasa dengan cikgu2 dan kawan2 sekolah tadi…so prof pun plan nak berbuka dengan bonda. Tapi masa xmengizinkan kami untuk berbuka bersama, prof berbuke sorang diri harini.
Ingatkan nak join adik2 berbuka puasa kat sekolah…sebab cikgu2 pun ajak sekali, tapi mula2 dah janji ngan bonda xsedap plak kalau nak cancel plan berbuka ngan die. Tapi last2 xjadi…berbuka ngan bonda xjadi, kat sekolah pun xjadi. hmm…kesorangan jela harini. totally bored!
Janji dengan diorg nak amik lepas waktu tarawikh, lepas berbuka dengan 2 biji pisang…4 buku roti…3 biji kurma…dan horlick suam, rehat2…maghrib, online sambil cari bahan untuk kelas english esok. Dalam jam 930 cepat2 g sekolah diorg kot2 diorg tunggu…
Sampai kat sekolah, cikgu2 dah siap bungkuskan nasi arab dgn bubur lambuk kelantan (xsempat rase sebab dah kene balun dengan 3 orang giants dalam rumah ni…ahahahahaha).
Petang dalam jam 6 lepas hantar diorg ke sekolah tuk program berbuka puasa dan tarawikh dengan cikgu2 dan kawan2…prof keluar g cari barang kat kedai2 kawasan rumah ni je. 
Konon nak g cari losyen mustajab pati halia…nak hilangkan selulit dan lemak. KONONnya lah kan!! last2…losyen kemana, prof kemana. susah plak nak jumpe benda ni kat kedai2 runcit berdekatan rumah ni. Tapi bonda kata ade kat kedai runcit yang prof g cari td. Ish! nape xde tadi???
Puas dah mencari benda ni kat sini…xde! =( kebetulan ada pasar malam isnin kat sini, memang setiap isnin prof akan lepak situ cari sayur n ikan. Yang iye nye pasar tu dekat ngan rumah…ade satu lagi pasar malam jumaat, jauh sikit dari rumah. Malas nak habiskan masa atas jalan nak menapak g sane…so, xpelah seminggu sekali je g pasar malam isnin. 
Sebelum g pasar malam, prof singgah pasar acheh dulu cari buah pisang…almaklum, buah kat rumah ni dah kehabisan stok. Dari arwah abah ade lagi, stok buah kat rumah ni xpernah putus…tapi skang prof xde kete, so susah nak gerak g tempat yang selalu mak abah beli buah kat taman semarak. situ murah2…besar2…melazatkan! ish!
Selalunya prof akan cari buah-buahan kat Tesco ngan bonda…tapi skang bonda pun dah xlarat nak drive bawak prof g Tesco cari stok makanan…tu yang kekurangan vitamin. eceh! 
Dan kebetulan jugak, ade duit sumbangan yang orang bagi, prof amik kesempatan g beli buah pisang…entah kenape tibe2 teringin pisang plak. Dah sampai kat pasar, nampak pisang n betik! pe lagi??? balun lah betik ngan pisang…alhamdulillah, ade rezeki tuk adik2 nak makan buah =) hmm…tapi tadi lalu kat pasar tu xde orang jual sayur la plak…ingat kalau ade tadi boleh singgah beli. Kat pasar acheh plak sayur xbest. hmm…xpelah!
Lepas balik dari pasar acheh beli buah, prof patah balik g pasar malam…sebab nampak ade orang jual ayam ngan daging. hehehehe
Sebelum2 ni bukan xde orang jual ayam ngan daging tu…tapi xde rezeki nak makan ayam. sebelum ni kan xde peti sejuk…kalau beli ayam, susah plak nak simpan. Selalu beli ikan n sayur terus masak…
Sekali lagi…rezeki adik2 nak makan ayam ngan daging. beli ayam sekor (1 kg = RM 6.50), ngan daging (1 kg = RM 18). Total RM 32. Alhamdulillah…
Mungkin sebab semalam berbuka dengan Kak Shila, Faizal, Syida ade menu ayam…tu yang teringin ayam kot. haha…
Tapi apa2 pun, prof bersyukur untuk rezeki yang allah bagi harini…alhamdulillah. 
Harini isnin…2hari akan datang, prof mengajar plak…last class on wednesday. Insyaallah, lepas rabu tu boleh la bawak adik2 jalan g siapkan ape2 lagi yang xde. Insyaallah…mohon dipermudahkan segala urusan. 
Oh ye! one more…sekarang prof tengah buat master. Supposed lepas master orang akan further ke PhD plak…but prof xrase mampu nak ke tahap tu, so xsesuai plak nak pakai title prof lagi…nanti akan cuba tukar kata ganti nama diri dalam entry2 akan datang ni. hehe…
Besok, jam 8.30am prof dapat jemputan dari pihak Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka untuk menerima sumbangan…besok juga dah janji ngan Arin nak mintak tlg temankan g cari vacuum cleaner. Insyaallah, kalau die free, nnt die roger la..kalau xde, apelah. 
Berkemungkinan besar prof xtdo malam ni sebab dah bape hari terlajak sahur…hari sebelum ni prof ade belikan adik2 koko crunch ngan susu…diorg asek sebut2 koko crunch je sepanjang hari…kesian diorg xbgn sahur sebab prof xbgn. sorry!!!!!
Ok korang…selamat bersahur dan beribadah di hari2 terakhir ramadhan ni ye. Insyaallah!
Salam
With Love, xoxo
FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!