Assalamualaikum sahabat blogger tersayang
Last tuesday, prof bersama Aunty Iffah ade program motivasi kat Sekolah Rendah Seksyen 16, Shah Alam. Bersempena dengan PMR yang akan berlangsung xlama lagi…
Sesi Aunty Iffah bersama adik2 PMR |
Waktu ni adik2 diminta untuk merenung sejenak tentang “Siapa Saya?” sambil prof mainkan lagu Opick-Rapuh…mase ni maintain lagi masing2, xnampak ade orang yang menangis pun. biasa2 je…warm up!
Kemudian, prof diminta oleh aunty untuk edarkan Qcard kat diorg…untuk tuliskan siapa mereka sebenarnya, apa yang mereka mahu dalam hidup, kehadiran kami bukan untuk mengubah masa depan diorg…tapi untuk bantu mereka untuk reka sendiri masa depan mereka. YES! itu nanti part prof…ehehehehe
Lagu: Opick Rapuh
Video: Best Motivation
Selingan untuk adik2! Video kat atas ni…kisah pemain ragbi yang sedang berlatih…half way die macam hilang semangat, tapi coach die memang best! xputus2 bagi harapan kat pemain2 die…pesan die, Don’t quit till you have nothing left!!!!
Lagu: Ke Akhir Garisan, Shila Hamzah
Video: BERNAS, Chinese New Year
Ya Allah!!!!! Sedih la tengok video BERNAS atas ni…belum sempat air mata kering, part prof pulak nak bercerita…dengan air mata yang meleleh2 tu, euwwww…melekit! haha
Ok, takes time bagi prof nak settle down mood dulu…amik mic, bagi salam kat adik2…baru je nak start cakap, air mata keluar dulu! Ya Allah!!!! Farah…STOP CRYING!
Adik2 nampak prof nangis…diorg yang cool kan prof, “Alaaaa…jangan la nangis kakak” pastu diorg amik tissue, lap air mata diorg…alahaiii, korang pun nangis!
Then prof said “Sorry guys! effect dari video tadi terbawak2 plak…macamne ni? kejap2…” sambil tarik nafas, then baca bismillah…and go!
Hmm…prof share pasal kisah suka duka kehidupan prof dari mula lahir sampai la sekarang, kisah ni pernah prof tulis dalam previous entry dulu2…so, sangat membantu prof recall balik apa point penting yang prof nak share dengan adik2…nah2! bace kat bawah ni.
Frankly speak, mase mula2 tulis entry tu setitis air mata pun xkeluar…bile berdepan dengan adik2…diorg bersemangat nak dengar kisah prof, buatkan prof tambah2 semangat nak nangis. Ya Allah! part “meninggal” je mesti prof stop kejap…nangis sampai puas, bayangkan lah 5orang pergi so 5x prof nangis. yang kisah prof sakit tu xde la touching sangat…tapi diorg terkejut n cpercaya yang prof dulu sakit. “You guys are unlucky sebab xdapat tengok akak waktu dulu”, prof cakap kat diorg.
Last sebelum sesi prof habis, prof pesan kat diorg…
“Kalau akak dulu xsekolah form2 sebab sakit, awak semua ni yang dikurniakan kesihatan yang baik jangan mengeluh cakap TAK BOLEH! awak BOLEH, kalau akak boleh, awak lagi boleh!. Lain orang lain pattern hidup, its time to CREATE your future darling…bukan nak cari masa depan awak…awak yang bentukkan masa depan yang macamne awak nak. Setiap langkah yang awak buat, baca bismillah…mohon pada Allah, itu yang terbaik untuk awak. Insyaallah! Ingat, kalau penat berjalan…merangkak, kalau xboleh merangkak…MENGENGSOT (cam salah, tapi layan jelahhh) apa yang terjadi, JANGAN BERHENTI, JANGAN MENGALAH!!!!”
With Love, xoxo
Recent Comments