Skip to main content
Bukit Cerakah 2011

Kayuhan Bukit Cerakah

By May 1, 2011No Comments
Salam buat kawan2 prof…

Jumaat (29/4/2011), prof ngan kawan2 lepak kat Bukit Cerakah. Kitorg jalan2 kat sane, nak berbasikal sebenarnye. Pergh, memang best giler mengayuh…otot2 kaki sure kental. hahahaha…

Mase mula2 sampai, cam biasa lah…tangan xlepas ngan camera. mata kene alert!! hahaha

Senaman muka…sebelum kayuhan bermula, =p


Sempat posing menuju ke tempat basikal

Ahaa, feel so terribly excited nak berbasikal ni…dalam kul 4.00pm kitorg sampai kat Bukit Cerakah tu, terus menuju ke tempat basikal but then orang tu kata tutup kul 4.30pm. Alaaa, xbest la sebab datang jauh2 nak men basikal lame2 kat situ sambil riadah tapi ley main 30minint je =(

Mahu xmahu kitorg amik jugak la basikal n main selama 30 min je ikut plan asal…

So, bermulalah perjalan kitorg memulakan ekspedisi Kayuhan Bukit Cerakah…ecewah, hahaha



Haa, ni starting…mule2 prof kayuh ok je, ringan je n sure lah perasaan excited n seronok dalam diri bertambah2. Tibe2…kayuh, makin kayuh makin perlahan makin berat. Halamak, mengapakah????

[sambil merungut2] Wey, korang!!!! nape basikal saye berat??? Gear berapa kalau nak naik bukit ni?

Kawan prof cakap…
Farah, tukar gear 1

Prof pun cepat2 tukar gear satu persatu…baru lah ley gerak n ringan sket. hahahaha, prof lupe…bile naik bukit ni mesti la pakai gear rendah, macam kite drive kete or ride motor. kan same…apelah prof!! harap lesen je dah full, tapi skill tu xlekat2 dalam kepala. hahahaha


Ok, nampak dalam gambar ni?? masing2 masih ceria…peluh pun wangi lagi, senyuman pun masih ayu lagi. haha, kite tunggu ke kat garisan penamat nanti. 

hahaha…pada korang yang xpernah sampai kat Bukit Cerakah ni, meh la datang sini…ade macam2 kat sini. Taman arnab, Sky trek, Rumah 4 musim, dan banyak lagi ar…prof pun xmampu nak senarai kan tempat2 best kat sini lagi sebab ade 30minit je nak merayau…so, mane yang sempat jelah. hee…
Balik pada kesah mengayuh tadi…haa, mule2 kayuh memang seronok. kayuh laju2 pastu turun bukit…memang syok xhengat!! 

Tiba2, kayuhan makin perlahan dan perlahan dan perlahan…cubaan kali pertama nak hadapi bukit memang berjaya, tapi bile dah lame2 memang xtahan…tengok lah gelagat sahabat prof sorang ni, sampai terpaksa tolak basikal nak naik bukit.


Berbasikal memang xingat dunia dah time ni…sebab dapat men basikal..masing dah lame xmain basikal. so, bile dapat peluang berbasikal tu kite LAYANkan jelah…hahaha

Sebabkan dah xlarat sangat2…memang mengharap sangat cepat2 jumpe jalan penamat. serious korang!! leteyh, sebab mengayuh kat bukit memang xtahan…pancit! hahahaha

Penat nye lebeyh kurang macam daki Bukit Broga dulu…cume daki bukit tu xnek basikal lah, yang kali ni berbasikal. tu yang leteyh tu. 



Xsabar nye nak abis, cepat!!! cepat!!! tengok sahabat prof sorang ni, siap buka peta lagi tau…cari jalan keluar. hahaha, bukan sesat tapi cari jalan..hahahaha

Bukit Cerakah ni memang banyak gak bukit (name pun bukit, hehe)…kalau jalan kaki mungkin xpancit sebab bukit nye biasa je, tapi sebabkan naik basikal…kedudukan lebih tinggi dari aras laut n bergerak menentang graviti plak tu yang jadi berat. 

Kitorang memang bersusah payah nak naik bukit tu…tapi, part paling best moment mestilah time nak turun bukit. Dah penat2 mengayuh, peluh pun dah menggelegak…tibe2, turun bukit. angin! angin! angin!!

Hoyeahhhhh!!! sejukk + beranginnn…

Berbukit bukau, pas naik bukit..turun..naik..turun..naik..turun. macam roda kehidupan kite, xselamanya kite akan berada diatas. dan xselamanya kite di bawah…renung2kan dan selamat beramal. haha



Alhamdulillah…sampai jugak kat penamat. risau gak kalau2 xjumpe jalan kuar n bermalam lah kitorg kat situ. huhu. Macam prof cakap kat awal2 tadi, senyuman ley ayu lagi..peluh pun wangi lagi…finally, reach kat tempat penamat ni tengok lah muke prof ngan kembang2 hidung mintak oksigen. hahahahaha 

 Agak2 kitorg sampai tepat pada masanya x???

Haha, sure lah tidak…kitorg sampai kul 4.55pm, terlajak 22minit. haha…memang best, kaki memang sakit2 + lenguh2. kalau datang lagi next time, dah tanak men basikal…nak jalan kaki or nek bas pelancong je…

 Ok lah kawan2…prof pun dah habis exam, dah free sangat2 skang ni. so, next plan…prof nak kemas barang2 yang nak bawak balik umah. prof tersangat rindu kan buah hati n kekasih2 prof kat rumah…

Nak KISS my mom…sangat2 rindu beliau.

Salam…



FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!