Skip to main content
Uncategorized

Ciuman seorang ibu

By September 23, 2012October 21st, 2017No Comments
Assalamualaikum, blogger dan reader terhebat semua =)
Semalam, prof ade kelas mathematics dengan student darjah 3,4,5…BM form 5 dan kelas geografi form 3. Ade sorang pelajar prof dari tahun 5, Nadzirah dan abang die Haziq tuisyen dengan prof.
Mase raya haritu sangat teringin makan mee kari mak Fais buat…pastu terliur sampai harini. Prof suarakan hajat nak makan mee kari…bukan setakat makan, nak belajar buat mee kari sedap jugak kat Nadzirah ni.
Keesokan hari lepas dah bagitau Nadzirah yang prof teringin makan mee kari, tibe2 die cakap “Cikgu, mak pesan suruh datang rumah nanti mak ajar buat mee kari”
Ya rabbi….Nadzirah, awak bagitau mak awak??? segan nye cikguuu…wuwuwuwuwuu.
Semalam, mase kelas dengan Nadzirah, die sampai2 je terus cakap “Cikgu, harini saya balik dengan cikgu tau…mak saya ajak cikgu datang rumah, mak buat mee kari”
Ya Allah!!! OK! kali ni betul punye mee kari mak Nadzirah buat…
Prof cakap kat Nadzirah, “Eh, ya Allah!!!!! awak ni…mak awak dah masak ke or nak ajar saye masak??? segan nye saye dengan mak awakkkk…haritu saya cakap je nak makan mee kari, bukan suruh mak awak buat. ish awak ni (tangan cubit lengan die…hehehe)
Nadzirah reply, “Entah, tatau…dah siap masak kot, mak suruh ajak cikgu. Eh cikgu eh…datang tauuu”
Seriously! segan dengan family diorg…
Dah habis kelas…dalam kul 4pm, terus hantar Nadzirah balik rumah. sampai2 kat rumah die makcik dah tunggu.
Ya rabbi! tuhan je yang tau perasaan masa tu…segan ya amattt!
Slow2 bukak helmet…pastu bukak sweater…pastu betulkan beg…saje lambat2 sebab segan. Tiba2 makcik datang kat prof…meh masuk meh, diusap2 tangan die kat bahu prof.
Prof pun salam, cium tangan…pastu mak Nadzirah cium prof. Ya Allah! lama xdapat ciuman macam tu…=)
Kali terakhir mak cium masa sehari sebelum konvo prof October 2011…yes, itu kali terakhir xsilap prof.
Ok…dah habis adegan romantik2 sweet2 ni, prof pun masuk…terus duduk kat meja makan. Ya ampunnn, mana sopannya prof??? xsopan betul terus duduk kat meja makan…=p
Xsabar makan mee kari!!!! sedapppp…
3x tambah…hahahaha, peduli ape, rezeki jangan ditolak. Prof tau perasaan tuan rumah bile tetamu makan banyak dengan bersungguh2…die akan happy!
Macam arwah mak…lebih suke masak tuk tetamu, xkesah bape kali masak pun. happy bile tetamu happy n selesa.
Makcik cakap selalu2 lah datang rumah die…Insyaallah makcik, ada masa dan kelapangan saya sampai lagi kat sane nanti =)
Sambil2 makan tu…makcik pun cerita2, nampak dari air muka die sangat bersyukur bile ade orang sudi tolong anak2 die dalam pelajaran. Haziq dan Nadzirah…
Macam tu rupanya perasaan seorang ibu nak sangat tengok anak2 berjaya…macam2 usaha sanggup buat untuk anak2 dapat pendidikan terbaik. 
Ya Allah! aku mohon padamu berikan aku petunjuk supaya dapat sampaikan ilmu dengan baik kepada anak2 murid ku. Insyaallah!
Terima kasih pada family Nadzirah dan Haziq yang sudi masakkan mee kari yang sedap untuk prof singgah isi perut =)
Prof doakan moga rezeki keluarga mereka akan berlipat kali ganda dari apa yang die berikan pada prof…untuk Nadzirah dan Haziq pula doa prof supaya suatu hari nanti mereka akan berjaya dalam pelajaran, kerjaya, mahupun kehidupan mereka dan keluarga insyaallah!
Settle dah makan…prof rehat2 jap, dalam kul 5 tu dah kene balik sebab adik2 nak mengaji kat rumah. Sekali lagi, makcik cium prof n siap peluk…2x =) *terharu!*
With Love, xoxo
FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!