Skip to main content

Harini bawa Amin check up di Klinik Kesihatan Kuarters KLIA bahagian ibu dan anak untuk 9 bulan. Seronok tengok keletah anak-anak kecil dengan ragam masing-masing. Saya termenung sambil ukir senyuman di sebalik pelitup muka. Comel.

Bila tengok orang pregnant, kita pun rasa macam nak pregnant lagi, Tpi bila fikir hari bersalin, cancel balik delete terus angan-angan nak beranak lagi, haha. Bukan trauma tapi takut nak bersalin. Boleh ke eh kita pregant je 9bulan tu tapi baby keluar magic terus ada kat sebelah. Haha

Kakak nurse cakap hari ini ramai yang datang check up pregnancy ada masalah. Allah. Teringat masa pregnant kan Amin, alhamdulillah semua elok cantik. Bacaan tekanan darah ok, gula ok, kedudukan uri ok, HB pula dari awal pregnancy cantik dan maintain 12-13gr/dl sedangkan masa sebelum kahwin saya ada sejarah anaemic tau. Rezeki Allah izinkan dapat bacaan HB cantik sepanjang pregnancy, alhamdulillahh syukur alhamdulillah.

Setiap kali datang check up untuk pregnancy dulu nurse mesti terkejut sebab bacaan HB saya tak berkurang, nurse cakap waktu-waktu dah nak akhir trimester selalunya darah ibu akan drop. Tak jadi pula kat saya. Alhamdulillah

Kalau tanya kenapa boleh jadi macamtu, jujur saya cakap saya pun tatau. Klinik hanya provide obimin untuk bekal ubat saya sepanjang tempoh hamil. Selebihnya saya hanya ambil minuman sarang burung brand Annona, Herbalife shake formula, jus delima, minyak zaitun, minyak kelapa, kurma dan ada juga yang sponsor saya susu C2Joy yang kayangan tu. Alhamdulillah.

Tapi masa dapat tahu saya pregnant, perkara pertama yang suami pesan “Jaga emosi”. Simple. Dia ada pengalaman besarkan tiga orang anak hasil previous marriage dia dulu. Mulanya saya tak faham kaitan emosi ibu dengan pregnancy. Ramai juga pesan jaga emosi sebab masa pregnant ni banyak benda yang buat emosi kita terganggu.

Bila dah beranak, baru dapat jawapan. Rupanya bila emosi ibu mengandung terganggu, kesan dia akan nampak pada anak. Perasaan sensitif, rasa nak marah, bergaduh dengan pasangan dan lain-lain yang triggered emosi jadi tak stabil. Kesan nya pada anak jadi kuat meragam.

Memang tak senang nak suruh ibu mengandung ni bersabar, nanti kena sembur balik “kau cakap memang la senang kau takda kat tempat aku”, ahgittew. Kita doakan ya moga sahabat-sahabat kita yang sedang pregnant semua kuat mental dan emosi.

Lain orang lain pengalaman kan, dengan izin Allah cerita pregnancy pertama kali saya alhamdulillah sangat indah dan tak banyak ragam.

Semoga Allah kurniakan kalian yang sedang dalam perancangan untuk ada zuriat sendiri dipermudahkan semudah-mudahnya dan perjalan cerita kalian juga indah belaka. Aamiin.

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Leave a Reply

error: Content is protected !!