0

Mulanya plan taknak buat kelas sepanjang ramadhan dan keserentakan nya dalam cuti sekolah juga. Nak berehat la kononnya, well actually boleh je nak berehat tapi bukan berlama-lama sampai sebulan. Baru je weekend lepas kebosanan sampai buntu tatau nak buat apa kat rumah. Memang kebanyakan masa dipenuhi dengan aktiviti mengajar tuisyen. Bila tak mengajar? Aaaaa tahu pun bosan.

Sebelum cuti sekolah mula haritu, ada beberapa orang pelajar request minta jangan cutikan kelas ramadhan ni sebab nak datang belajar. Akhirnya, cikgu mengalah dan buat juga kelas dengan syarat tak ada kelas malam. Limit kelas 8am – 5pm sahaja.

Janji korang happy ya anak-anak murid.

Last week perasan ada satu status dari member lalu kat news feed fesbuk. Terkena sebiji kat batang hidung sendiri. Katanya, bulan ramadhan ni memang bulan beribadah namun bukan sebab untuk kita tinggalkan rutin harian mencari rezeki.

Belajar susun dan bahagi masa untuk rutin harian dan extra masa untuk ibadah. Solat dhuha, zikir, selawat, istighfar, sedekah, solat tarawikh, qiam dan jangan lupa zakat fitrah juga.

Jaga niat dan submit semua kat Allah. “Ya Allah, jadikan setiap gerak kerja ku asbab untuk akuke syurgamu”. InshaAllah rasa seronok dan gembira bekerja dalam bulan ramadhan sebab yakin semua kerja kita itu juga ibadah. kan ­čśë

Geng tutor macam saya, niat sebelum mulakan kelas “Ya Allah, jadikan pembelajaranku hari ini asbab untuk aku ke syurgamu”. InshaAllah, sambil mengajar pun boleh istighfar, boleh selawat, boleh berzikir. Ok geng.

Kalau ada masa lebih lepas habis kelas boleh masak untuk juadah berbuka puasa kan? Lebih berkat jika air tangan kita sendiri bagi orang makan waktu berbuka puasa. Jimat juga duit poket daripada ke bazaar. Almaklum, nanti nafsu tak terkawal bila nampak makanan sedap. Toksah cakap nampak makanan, dari jauh kalau dah bau makanan pun terus tergugat iman. adoi

Selamat berbuka puasa guys!

 

FarahSamad

Author FarahSamad

More posts by FarahSamad

Join the discussion One Comment

Leave a Reply

error: Content is protected !!